4. Pembentukan Malaysia
Selepas Merdeka pada 31 Ogos 1957, Sabah, Sarawak dan Singapura telah menyertai
Parti PAP telah memberi nafas baru kepada konsep ‘Malayan
Formula 4+1 ini telah dipersetujui oleh semua kaum dan sudah termaktub dalam Perlembagaan yang menjadi asas kepada perpaduan kaum di negara ini. PAP juga tidak mahu terima hakikat bahawa persetujuan antara kaum inilah yang menghasilkan kejayaan sewaktu rundingan kemerdekaan dengan British.
Tindakan PAP menentang empat perkara hak pribumi itu dan konsep “Malaysian
Harus kita faham bahawa apabila rundingan diadakan untuk menggubal Perlembagaan melalui Suruhanjaya Reid, tidak ada wakil dari Singapura yang hadir kerana kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 tidak termasuk Singapura. Singapura merdeka melalui pembentukan
Lee Kuan Yew tidak pernah terlibat dalam sebarang rundingan, kata sepakat atau konsensus yang dicapai antara wakil berbagai kaum UMNO, MCA dan MIC di Semenanjung. Tetapi itu tidak bermaksud bahawa Lee Kuan Yew tidak peka mengenai persetujuan “4+1” yang telah dicapai. Pada masa itu semua akhbar utama
Tindakan Lee Kuan Yew untuk menentang Perlembagaan Negara yang menjamin hak orang Melayu serta dasar “Malaysian
5. Kelahiran Parti DAP.
Setelah Singapura disingkirkan dari Malaysia, sebahagian cawangan-cawangan parti PAP di Malaysia telah bertukar namanya menjadi DAP atau Democratic Action Party. DAP teruskan dasar dan perjuangan PAP untuk menentang hak berperlembagaan orang Melayu. Hingga ke hari ini mereka terus perjuangkan konsep “Malaysian
Mereka berpura-pura saja mendokong Perlembagaan Negara sebab kedudukan hak istimewa kaum pribumi yang termaktub di dalam Perlembagaan terus di bantah dan pertikaikan oleh DAP (hingga ke hari ini). Persetujuan itu terus dipersoalkan dan provokasi terhadap kaum pribumi dibuat secara melampau oleh DAP dan turut disokong pula oleh parti pembangkang lain ketika itu. Maka pada pilihanraya umum 10 Mei 1969, apabila parti pembangkang mendapat kemenangan di beberapa buah negeri dan berakibat dari provokasi sentimen perkauman yang melampau, tercetuslah peristiwa berdarah pada 13 hb Mei 1969.
Kerajaan bertindak dengan bijaksana untuk mengawal keadaan. Satu Jawatankuasa Perundingan ditubuhkan untuk mengkaji punca pergaduhan itu. Hasil kajian itu Kerajaan dapat merumuskan peristiwa berdarah itu berpunca daripada perbuatan parti politik khususnya DAP yang menyentuh sensitiviti kaum hingga berkembangnya perasaan tidak puas hati serta sentimen perkauman.
Parti DAP yang teruskan dasar PAP untuk mempersoalkan Perlembagaan dan untuk berdegil dengan konsep ‘Malaysian
Dan di kalangan orang Melayu pula sudah mula ada golongan yang mengungkit status kerakyatan yang telah diberi kepada bukan Melayu. Isu ungkit mengungkit
Sentimen perkauman menjadi isu yang sangat sensitif hingga ke hari ini. Jika terus dibiarkan bercambah di kalangan masyarakat berbilang kaum negara ini, di kemudian hari nanti akan menjadi perkara yang amat sukar dibendung. Isu yang menyentuh
Oleh kerana Lee Kuan Yew tidak terlibat dalam rundingan yang telah mencapai persetujuan konsensus mengenai lima perkara asas, apabila parti PAP masuk ke Semenanjung selepas Malaysia dibentuk, Lee Kuan Yew mempersoalkan 4 perkara berkenaan kedudukan hak orang Melayu saja. Kemudian apabila Singapura keluar dari
Apabila hak kaum peribumi diungkit, orang Melayu pula mula mengungkit isu kerakyatan yang telah diberikan kepada kaum bukan Melayu.
Dasar PAP ketika Singapura dalam
Oleh kerana dasar “Malaysian
Bagi orang Melayu khususnya mereka seharusnya sedar dasar dan agenda DAP yang pada awalnya bermula sebagai cawangan parti PAP Lee Kuan Yew.
Amatlah jelas bahawa dasar perjuangan DAP akan sentiasa mengancam dan mencabar hak kepentingan orang Melayu dan kaum pribumi yang lain. Dasar DAP bercanggah dengan asas kemerdekaan negara dan perjuangannya bakal mencetuskan isu perkauman. Seluruh rakyat
Oleh itu, orang Melayu harus mempunyai kesedaran politik atau ‘Political Awareness’ terhadap politik DAP ini. Orang Melayu seharusnya sedar apakah implikasi yang akan menimpa nasib kaum mereka sendiri jika dasar parti DAP itu turut disokong oleh orang Melayu sendiri.
Malangnya sebahagian orang Melayu kini tidak mempunyai kesedaran politik yang betul. Kesedaran politik mereka sudah mula bercelaru. Ramai orang Melayu tidak sedar diri mereka sedang diperalat oleh DAP hingga mereka menjadi leka dan turut berseronok ikut menari mengikut rentak gendang yang dipalu oleh politik DAP yang amat licik itu.
Matalamat DAP tidak lain tetapi berhasrat hendak memancing undi untuk merebut kuasa politik dari orang Melayu di negara ini. Untuk memancing undi Melayu mereka perlu menggunakan orang Melayu sendiri sebagai umpan. DAP bersorak dengan begitu bangga bahawa mereka sekarang mempunyai sebuah cawangan DAP di mana semua ahlinya adalah orang Melayu. Mereka berjaya menubuhkan satu cawangan Melayu saja dalam tempoh 44 tahun. Sekiranya DAP dapat menawan kuasa, mereka mungkin akan menubuhkan cawangan Melayu yang kedua.
Di antara parti politik Melayu yang tidak sedar dan sedang diperalatkan oleh DAP itu ialah Parti Islam SeMalaysia atau PAS. Hari ini Pas telah berjaya ditangkap oleh DAP untuk dijadikan umpan bagi memancing undi orang Melayu.
Konsep “Malaysian
Jika orang Melayu sejak zaman sebelum merdeka dahulu mempunyai kesedaran politik yang mantap, boleh bersatu padu menentang gagasan Malayan Union yang hendak menghapuskan HAK kaum pribumi di negara ini, maka amatlah malang sekali apabila orang Melayu yang hidup 50 tahun selepas negara merdeka makin kabur kesedaran politik mereka.
Ramai orang Melayu kini tidak lagi mempunyai semangat dan kesedaran politik untuk mempertahankan ‘HAK’ Bangsa, Agama dan Negara. Orang Melayu kini tersangat mudah dipengaruhi kebendaan untuk kepentingan diri sendiri. Ramai yang sudah boleh dibeli dan dijadikan alat supaya mengkhianati bangsa sendiri. Ramai yang sudah hilang semangat jatidiri dan sanggup bersekongkol serta membantu DAP yang berakar umbi dari Singapura yang agenda mereka adalah untuk menghapuskan Hak kaum Pribumi untuk digantikan dengan gagasan “Malaysian Malaysia” mereka itu.
Akan bersambung Bah. 3
2 comments:
Cinta kan Bangsa ??? Agama ??? Sejarah ??? Jujur Terhadap Kebenaran ??? https://www.warispekembar.blogspot.com
Fine...tell us the whole history to the letter. We know u were there when we were not yet born....but what is the new thinking u r bringing in? what is so outsyed the box?
U r not living up to your title la...or maybe just a ciplak...hampir2 sama but not the real deal.
Post a Comment