*****************************************************************************************************
Saya telah menulis berkenaan isu PPSMI ini sebanyak tiga kali. Ia itu :
.
Saya melihat bahawa lebih ramai pembaca yang sokong PPSMI dikekalkan daripada pembaca yang sokong PPSMI di mansuhkan. Dari gaya mereka, pembaca yang sokong pemansuhan PPSMI hanya penjawat awam (Civil Servant) atau penyokong politik pro-pemanushan PPSMI. Maksudnya komen mereka memihak kepada agenda tertentu. Maksudnya komen mereka tidak mewakili hasrat majoriti rakyat.
.
Blog ini telah membangkitkan isu PPSMI ini untuk maklumkan kepada rakyat marhaen akan kegelapan masa depan anak-anak kita tanpa PPSMI. Dan Blog ini juga telah memberi ruang kepada pembaca menyalurkan pendapat dan fikiran mereka berkenaan PPSMI. Saya harap Kerajaan akan akur dan mengambil kira komen pembaca ini.
.
Sehingga kini, jelas bahawa hujah untuk menamatkan PPSMI tidak berasaskan fakta yang betul ataupun mewakili hasrat majoriti ibu bapa dan pelajar sekolah.
.
Misalnya, kajian survey oleh UPSI dipertikaikan terlalu ramai orang sebagai tidak tepat dan mempunyai kelemahan ketara. Dan jika majoriti penjawat awam (Civil Servant) di kalangan professor UPSI sudah pun menyuarakan sokongan mereka untuk menamatkan PPSMI, maka sudah tentu UPSI tidak boleh diharap untuk membuat kajian atau penilaian yang neutral terhadap PPSMI. UPSI tidak boleh dianggap pihak yang neutral atau profesional dengan secukupnya untuk menangani isu ini. Jadi jika Kerajaan bergantung kepada survey UPSI saja (yang cacat cela itu) untuk menyokong penamatan PPSMI, ianya akan menjejaskan lagi kredibiliti Kerajaan.
.
Hujah bahawa pelajar berpeluang belajar bahasa Inggeris di peringkat universiti sungguh tidak lojik atau masuk akal. Kenapa pula hanya mahasiswa university diberi peluang belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris? Bukan semua pelajar sekolah akan layak masuk ke university. Setiap tahun, peratusan pelajar yang layak memasuki university kurang daripada 2% daripada keseluruhan bilangan penduduk negara. Apakah kurang daripada 2% saja daripada bilangan penduduk negara harus diberi peluang menjadi orang yang berpendidikan dan berkebolehan dalam Bahasa Inggeris?
.
Pendekatan seperti ini tidak pedulikan nasib rakyat marhaen. Pemikiran seperti ini lebih rela untuk mewujudkan golongan elitis dalam negara kita ia itu golongan berpendidikan university yang menguasai Bahasa Inggeris, berbanding dengan marhaen yang mempunyai kebolehan terhad dalam semua perkara. Dan secara sedar atau tidak, pendapat seperti ini juga mengakui bahawa Bahasa Inggeris adalah bejana untuk memajukan generasi muda, tetapi dikhususkan untuk mereka yang layak memasuki University sahaja. Rakyat marhaen boleh menjadi penjual pisang goreng atau pengusaha keropok lekor dan tom yam - kerjaya yang tidak memerlukan penguasaan Bahasa Inggeris.
.
Penduduk kampong dan luar bandar boleh terus menjadi peneroka, ahli ekonomi kampong dan sebagainya, tidak perlu bagi mereka menguasai atau menggunakan bahasa Inggeris (selain daripada pelajaran sekolah sahaja).
.
Baru ini, kita di nasihatkan untuk mencontohi Singapura dalam beberapa perkara termasuk cara mereka majukan industry pelancungan. Harus kita faham bahawa keseluruhan sistem pendidikan Singapura menggunakan Bahasa Inggeris. Dan Bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda orang Singapura pun.
.
Dan sekarang rakyat Singapura sudah menduduki tempat No. 3 dalam dunia mengikut pendapatan GDP per capita. (International Monetary Fund 2010, purchasing power parity) .
.
Pendapatan GDP per capita rakyat Singapura melebihi Amerika Syarikat, Britain, Australia, Norway, Jepun, Korea, Taiwan, Switzerland, Germany, France, Italy dan banyak negara lagi. Malaysia pula menduduki tempat No. 58.
.
Jadi hujah yang mengatakan bahawa Sains dan Matematik harus diajar dalam bahasa ibunda sahaja adalah hujah yang tidak berasas atau lojik. Tambah lagi bahasa Mandarin (bahasa pengantar di sekolah Cina) bukanlah bahasa ibunda orang Cina pun. Bahasa ibunda rakyat Cina di Malaysia kebanyakannya bahasa Hokkien, Kantonis, Teo Chew dsbnya. Jika dipanjangkan hujah yang tidak lojik itu, apakah kaum Iban, Dayak, Kelabit, Kadazan dan Murut di Sarawak dan Sabah juga patut diajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda mereka? Jadi saya harap hujah 'bahasa ibunda' itu tidak perlu diulang lagi.
.
Sudah tentu pada PRU13 nanti, isu PPSMI ini akan diambil kira ramai pengundi yang tidak setuju PPSMI ditamatkan. Di sini saya ingin memaparkan semula komen daripada sebilangan pembaca Blog ini yang sokong PPSMI diteruskan. Dan kemungkinan besarnya mereka tidak akan mengundi Kerajaan BN jika PPSMI ditamatkan.
.
Samaada Kerajaan peduli atau tidak akan luahan hati oleh umum ini terpulang-lah kepada Kerajaan. Blog ini hanya menyalurkan pendapat dan pemikiran orang berkenaan PPSMI.
.
Kerajaan cuma perlu memikirkan perkara berikut : jika PPSMI dikekalkan, Kerajaan tidak akan KEHILANGAN sebarang undi, terutama sekali undi orang Melayu, atas isu ini. (Makhluk anti-PPSMI itu yang berjambang putih dan berkelakuan ganjil seperti orang kurang siuman yang kerap merayau di kawasan Masjid India itu tidak akan mengundi Kerajaan, walau apa pun berlaku. Makhluk ganjil itu sudah sah penyokong Pembangkang).
.
Tetapi sebaliknya jika Kerajaan menamatkan atau mansuhkan PPSMI, kemungkinanya paling ramai juga pengundi (terutama sekali pengundi Melayu) akan membantah tindakan ini dengan TIDAK mengundi BN. Sebenarnya "Mansuhkan PPSMI" ini bakal menjadi isu besar pada PRU13.
.
Kerajaan seolah tidak peka bahawa isu pendidikan dan masa depan anak-anak kita adalah isu yang sangat besar dan sangat penting bagi terlalu ramai orang. Ini bukan perkara sia-sia atau isu remeh. Dan majoriti ibubapa Melayu inginkan anak-anak mereka menguasai Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
.
Jadi sebenarnya pilihan bagi Kerajaan sangat mudah dan jelas :
.
Pilihan Pertama : Tamatkan PPSMI, jejaskan peluang majoriti paling besar rakyat marhaen (yang tidak akan memasuki university) untuk menguasai Bahasa Inggeris yang akan seterusnya mengurangkan peluang mereka untuk mencapai kejayaan hidup. Maka oleh itu, BN akan menghadapi risiko kehilangan undi secara besar-besaran pada PRU 13.
.
Pilihan Kedua : Teruskan saja PPSMI yang akan disambut dengan tepukan dan siulan meriah oleh majoriti orang Melayu, majoriti besar orang China, hampir kesemua orang India, majoriti penduduk Sarawak dan Sabah; PPSMI yang akan membina generasi muda yang mahir berbahasa Inggeris, yang akan peka sains dan teknoloji dalam bahasa Inggeris, yang akan mempunyai daya saing untuk mencari pekerjaan dan peluang niaga sehingga ke peringkat antarabangsa dan akan baik segala-galanya. Tambah lagi, jika PPSMI di teruskan, golongan yang begitu besar dan ramai ini tidak akan mempunyai alasan untuk memarahi Kerajaan BN (atas isu ini) di Peti Undi pada PRU13 kelak.
.
Bagi saya, walaupun memerlukan cermin mata untuk membaca, tetapi penglihatan saya masih jelas untuk memahami bahawa pilihan yang paling mudah, terbaik dan betul adalah Pilihan Kedua.
.
Bagi saya Pilihan Pertama adalah Pilihan Maut (Death Wish). Apakah Kerajaan kita rela membunuh diri?
.
Sekarang saya mengulangi beberapa komen daripada pembaca Blog ini (yang juga pengundi) yang tidak setuju dasar menamatkan PPSMI.
.
1. Anonymous said...
.
Saya menyokong PPSMI diteruskan dan amat merasa dukacita mengapa DS Najib dan TS Mahyuddin Yassin begitu berat hati untuk menerima kehendak rakyat demi kejayaan masa depan rakyat ini. Lebih-lebih lagi merasa terkilan bila Mahyuddin Yassin mengeluarkan kenyataan kononnya peratusan yang menyokong PPSMI adalah terlalu sedikit, mengapa tidak diadakan undian secara telus tanpa bias untuk mengetahui jawapan sebenar?!!
.
Mari ramai-ramai kita sokong PPSMI 100% jika PPSMI ditolak saya sebagai mewakili sebahagian dari rakyat Malaysia khususnya orang Melayu berjanji akan menolak BN khususnya UMNO sebagai protes kami dipilihan raya ke-13 nanti.
Thursday, October 27, 2011 5:01:00 PM
.
2. Anonymous said...: Just take it easy lah Tuan Syed, may be it will be a blessing in disguise, BN akan hancur come GE13.
.
Thursday, October 27, 2011 7:34:00 PM
.
3. Anonymous said...: Tobat lahum saya tak akan pangkah BN--- Rahim Bakar
Friday, October 28, 2011 7:47:00 AM
.
4. Vote for PPSMI said...: Salam Tuan Syed. We, the parents knows whats best for our children. PPSMI is the best option. Borrowing the statement from anon 4:43 'Lets fight for PPSMI!'
Friday, October 28, 2011 9:56:00 AM
.
5. Anonymous said...: Saya tak mahu undi BN lagi dah,pemimpin nya tak farsighted.
.
6. Anonymous said...Macam ni sajalah Tuan Syed, kita golongan marhaen ni bertegang urat cakap dengan harapan mata dan fikiran pembesar negara terbuka. Hakikatnya, dia orang hantar anak2 ke sekolah swasta dan antarabangsa! Cuba buat survey anak pembesar mana yang hantar anak ke sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan. Boleh dibilang dengan jari, beb! Hatta yang the so called pejuang bahasa tu pun anak2 depa mengaji sekolah swasta dan sekolah berbahasa pengantar inggeris. Yang hantar anak2 ke sek kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan pun boleh dibilang dengan jari.
.
Itulah sebabnya mereka tidak merasai kegetiran hidup masyarakat marhaen sebab pembesar kita duduk diam2 di puncak. Kalau turun pun ke bawah siap dengan segala hulubalang dan pencacai yang jaga mereka sampai pijak lumpur pun tak boleh.
.
Kenanga
.
7. CheWal said...: I've done similar online survey about PPSMI with about ~ 3,000 respondents. Its not big, but bigger then survey being done by Merdeka Center normally.
.
the survey result is here and it covers different type of community.
.
http://chewal.blogspot.com/2009/03/keputusan-survey-terhadap-ppsmi.html
.
The result shows 86% support PPSMI. The teachers support PPSMI, the students support PPSMI and the parents support PPSMI.
.
so far, I've never seen surveys that do not support PPSMI.
.
yet, the government still want to hear the street buggers that have nothing to do with the education.
.
Sunday, August 28, 2011 1:06:00 PM
.
8. Anonymous said...
.
Najib boleh revoked plan take over of Chinatown depleting buildings on lease land for MRT. After presure by MCA. Tak kan abolition of PPSMI tak boleh reversed. Tak mau dengar rintihan Middle class Malays. Kami tak akan pangkah BN PRU13.
.
Prof Awe Kecik
.
Saturday, August 27, 2011 3:37:00 PM
.
9. sharifah said...
.
Salam Tuan Syed, Minta tolong coordinate all bloggers to buat campaingn to pressure the Govt on this issue. We can get volunteer parents to gather signatures from every neighbourhood/taman. They can ignore surveys but kalau ada signatures, takkan dia ignore juga. I am a concerned parent who would like to do something but dont know where to go and who to turn to.
.
Sayang rasanya nak vote for the incompetents just because saya tak setuju dengan polisi the ruling Govt. So, bagaimana kita nak roar so that the Govt will hear our concerns.
Rgds, sharifah.
.
Sunday, August 28, 2011 11:38:00 AM
.
10. Anonymous said...: BN will be at a disadvantage if it decide to cancell PPSMI.
.
So sorry for you BN, my children education is my top most priority and sure you know whom we will vote even if we don't like them. U make us not voting for you.
.
11. Zaini said...: Pak Samad Said Janggut tu Indonesian (well, he speaks with an Indonesian accent anyway). Why are we following him? We want PPSMI for our children/grandchildren. It's their future we are talking about. There is no compromise. Vote for whoever is championing PPSMI!
Wednesday, August 31, 2011 6:12:00 AM
.
12. Anonymous said...:I agree with - Vote NO BN. To all parents who have children in Year 5 and Year 6 who anticipate the anguish of transition Math and Science from English to BM in 2012 and 2013 – I urge them to vote No to BN in the coming elections.
.
13. Anonymous said...: The BN govt will definitely loose my vote because of this decision ALONE. Just thinking how many other families are there swayed because of this dumb-ass decision!
Wednesday, October 05, 2011 5:40:00 PM
.
14. Anonymous said... I fear that the PPSMI decision will cost the BN govt a whole lot more than it calculated or assumed. I for one am going to garner enough voters/parents to make a statement on PRU-13. You have been duly warned.
Wednesday, October 05, 2011 5:54:00 PM
.
15. Vote for PPSMI said...: Salam Tuan Syed. I want PPSMI for my children and grandchildren. Why dont kita tunjuk perasaan in front of the Education Ministry? Why don't we make an angry video like whose that guy and use all the four letter words. Maybe then they will notice us parents. Cakap lembut lembut tak lut la sekarang ni.
.
16. Anonymous said...Let vote BN out this time. If every one of us can influence 10 friends to vote against BN and this 10 get another 10, and another 10 gets 10 sure we can vote BN out.
.
We have to teach BN a lesson, because they mess up with our children's future.
Wednesday, October 05, 2011 8:40:00 PM
.
17. Anonymous said...: Dear Parents, We all know that our government is playing politic with our education system for theirs own political survival.....I am tired of their antics, I have decided to move my both of my children to private school. I believed our minister sent their children to private school while they continues to play with the rest of Malaysian. What can we do because they seem not even want to listen to parents...they will just do wayang a bit here and there...I am not rich but I promised to give best education to my children and I will work hard to support them since our government playing around. I finally decided cukup lah......ini punya kerajaan betui betui tak boleh harap.
Wednesday, October 05, 2011 8:49:00 PM
.
18. rafa's revolution said...: Dear Tuan Syed, I like this part.. I think u hv to exert, reinforce, reinstate this part over and over again until it goes into the dungu heads of the ministers..
.
'....Before we changed the education policy in the 70s and 80s, thousands of students at Government schools learnt Maths and Science in English. At that time our Government schools were no different from schools in Australia or England in terms of the quality of the education that we received. We took the same Cambridge 'O' Levels and 'A' Levels to the same levels of English proficiency as any student in England or Australia...'
.
I agree with u. If back then our father's generations could do it why not now or even the future generation? All because of 1 dumb policy done by 1 dumb Minister to ruffle the feathers has gotten us into what we are today...
Wednesday, October 05, 2011 11:05:00 PM
.
Jadi, ambo rokyat doh. Dont say I did not tell you.
.