From : Utusan Malaysia
Surat Pembaca yang dipaparkan di dalam Forum Utusan Malaysia pada 30 Januari lalu perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan dan rakyat Malaysia. Jika benar seperti yang didakwa penulis bahawa perjanjian-perjanjian hartanah Medini dengan konsortium Arab berat sebelah, seolah-olah Khazanah Nasional begitu terdesak untuk membawa masuk pelabur asing ke Medini. Ini perlu diperjelaskan kepada rakyat.
Umum mengetahui kerajaan Malaysia telah memberi banyak insentif pelaburan di Medini, sama ada insentif fiskal dan bukan fiskal, sebagai galakan untuk pelabur asing melabur di sana. Jadi mengapa perlu Khazanah menandatangani perjanjian sebegini dengan konsortium Arab?
Sebagai rakyat biasa, persoalannya berkisar kepada dua perkara.
Pertama, jika benar, apakah Khazanah tidak mempunyai kecekapan untuk berunding dengan pelabur hartanah dari luar negara sehingga menyebabkan perjanjian-perjanjian berat sebelah ini ditandatangani. Kedua, yang lebih merisaukan, apakah Khazanah dengan sengaja menandatangani perjanjian-perjanjian sebegini untuk membolehkan pihak-pihak tertentu mengaut keuntungan, lebih-lebih lagi apabila surat pembaca itu menyebut perkataan 'warga asing' dan 'syarikat pesisir' berpengkalan di British Virgin Island.
Kedua-dua persoalan ini mengundang pelbagai kerisauan. Kerajaan telah memberi amanah kepada Khazanah sebagai institusi pelaburan negara untuk membangunkan Iskandar Malaysia.
Sekiranya konsortium-konsortium Arab ini gagal membawa pelabur Asia Barat lain ke Medini, dan gagal mematuhi jadual pembayaran kepada Medini Iskandar Malaysia Sdn. Bhd. (MIMSB), mengapa perlu membenarkan mereka menjual balik tanah pada harga yang lebih tinggi daripada harga asal atau memulangkan sebahagian dari tanah Medini kepada MIMSB? Bukankah patut perjanjian-perjanjian ini terbatal dengan sendirinya?
Khazanah mempunyai ramai profesional muda yang memegang ijazah dari universiti-universiti terkemuka di dunia. Sukar untuk difahami bagaimana perjanjian-perjanjian berat sebelah ini boleh ditandatangani.
Yang lebih menghairankan, ahli Lembaga Pengarah Khazanah sehingga kini masih membisu tentang perkara ini. Apakah tindakan ini untuk membolehkan perkara ini dilupakan selepas beberapa minggu?
Persoalan lain, di manakah fungsi kawalan dan imbangan (check and balance) di kalangan ahli Lembaga Pengarah Iskandar Investment Berhad (IIB)? Walaupun Khazanah memegang 60 peratus saham di dalam IIB, ini tidak bermaksud ahli-ahli Lembaga Pengarah lain dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) tidak boleh menyuarakan kebimbangan mereka tentang perjanjian-perjanjian hartanah Medini.
Ahli-ahli lembaga pengarah dari KWSP dan KPRJ patut dipertanggungjawabkan untuk menjelaskan kedudukan mereka mengenai perkara ini. Adakah mereka menyokong atau membangkang perjanjian-perjanjian berat sebelah ini?
Difahamkan dana modal yang disuntik ke dalam IIB berjumlah RM3.2 bilion dalam bentuk wang tunai dan tanah, ini bermaksud pegangan 20% oleh KWSP adalah RM640 juta. Tentunya pencarum-pencarum KWSP ingin mengetahui apakah pelaburan mereka di dalam IIB akan memberi pulangan keuntungan kepada pencarum.
KPRJ juga perlu dipertanggungjawabkan mengenai perkara ini. Kerajaan Johor telah bermurah hati mengecualikan kuota pemilikan bumiputera di Medini. Tidak elok sekiranya kemurahan hati kerajaan negeri dipersenda dengan perjanjian-perjanjian pelik sebegini, yang hanya memberi keuntungan atas angin (seperti yang ditulis oleh Rakyat Johor Prihatin) kepada konsortium Mubadala.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti menyiasat dengan teliti ke semua perjanjian-perjanjian melibatkan hartanah Medini. Perkara ini tidak boleh didiamkan.
Masa depan Iskandar Malaysia akan terjejas sekiranya pelabur-pelabur lain melihat Khazanah dibiarkan begitu saja dalam skema hartanah Medini yang mencurigakan.
Khazanah pula mesti membuat kenyataan jelas mengenai apa yang telah didakwa oleh Rakyat Johor Prihatin kerana ia membangkitkan persoalan-persoalan serius mengenai tindak-tanduk Khazanah di Medini. Integriti Khazanah mesti dipertahankan.
Rakyat Malaysia mahu mendapat kepastian yang Khazanah tidak dicemari oleh individu-individu yang mahu mengaut keuntungan dana rakyat Malaysia melalui perjanjian-perjanjian berat sebelah yang ditandatangani oleh mereka.
15 comments:
Tuan Syed,
Ada banyak cerita meragukan pasal khazanah ini,tapi diorang macam untouchable je.so samada semua berita ini palsu or gomen pun sama bersekongkol,what's next?
Tax Payer.
The one sided agreement that are probably drafted by these boys to cover the their `legalised corruption',i.e. just like some rich middle eastern men justfying their annual `Legalised Prostitution' tourist trip to Egypt by so called ` Khawin Mutaah'
You should see how these boys spend their time among themselves talking about money, boositing about their Ferari,Mercs , private plane trips or other expensive gadget , smoking cigars drinking fine wines etc and laughing all the way to the bank. The other directors from other agencies is probably too stupid to notice or too shy to argue in the meeting because they do not know much about the issue or their english knowledge is too `GOOD'. Remember PERWAJA issue. It happen because the other directors comprising of old pensioned government officer probably do not understand terms such as `iron ore, scrap iron, hot rolled etc. It is so easy to deceive them!
You should send `Drones' like Tuan Syed , if these boys send in their `Tanks' in their argument to deceive us. Send in LHDN to go over their personal account, Card spending and of course help from other countries to trace their secret account. It can be done.
Syed: Do you know that some Khazanah hot-shot periodically makes trips to London to watch his favourite team play ? And it's not on personal account....
Godfather
Gaji pegawai pegawai GLC terlalu tinggi,berbanding gaji pegawai pegawai tinggi Kerajaan yang telah berkhidmat lebih 30 tahun. Skop kerja GLC juga amat kecil berbanding skop KSU Kementerian. Malahan gaji mereka melebihi gaji Menteri. Mereka ini hanya respect Menteri Kewangan dan pegawai pegawai MOF. Menteri Menteri lain walau pun yang membabitkan core business nya tidak dihirau. SEbab yang melantik mereka ada lah MOF. Oleh itu adalah perlu Kerajaan semak balik pemilihan orang ke GLC, ambil lah pegawai Kerajaan yang berprestasi tinggi yang telah lama teruji kesetiaanya kepada Kerajaan serta teruji integritinya.
and a new outfit,worst than Khazanah is doing the same crimes - 1MDB
Tuan Syed
What to you do on the advisory panel of MACC?
Tuan Syed,
As a member of the MACC's Consultation and Prevention of Corruption Panel, you should bring this up with them. This is urgent. If the matter is not dealt with soonest, I fear it will tarnish the good name of the Prime Minister, who is also the chairman of the board of Khazanah.
In my kampong everybody of all races are talking about this Khazanah many misadventures and the wastages that go with it. In our mind there can only be one answer to it and that is somebody head must roll down in Khazanah or the government of the day will disappear after GE13 for sure. We are utterly very fed up now!
mana ada check and balance, semua syok dok kat kerusi empuk, gelak gelak besar in board meeting, end of the day play golf... bulan bulan mashuk gaji, allowance pelbagai.. apa susah?
Tuan syed..
Met with some or this hot shots. All young fellows with oversea degree.. Oxford boy?.. Some of them.. Excellent in speaking but none having experience in land or technical matters.. Very dangerous type of people.. Spending khazanah monies like nobody else business, they appoint consultant consist of friend so that they can manipulate figures..
That's why 10 million project can be approved As 100 mill budget..
..'make hay while the sun shine', what do you expect from political appointees??their tenures are not indefinite and their crony and bodek kaki are hungry
many elites enrich themselves in the name of NEP, many mainstream malays do well or make it themselves without unmo help
u want the story, u must be one of their gang- MCKK boys
Ha ha ha..
Tuan. Kalau tak dak apa-apa tindakan dari YB PM unuk menangani Penyamun-penyamun ni..baik hang berhenti sokong Parti Penyamun nih..
Ni rupanya legasi Tingkat Empat..ha ha..patutnya YB PM dari dulu lagi tranformasi Tingakat Empat ..ha ha ha.
Tak pun YB PM kena tranformers Khazanah dengan MOF ni ..ha ha ha.
Burung punai ada ka?
my friends,
what you have discussed and the said quantum of $ & cent gone / sucked by these people are merely at a tip of the ice berge. its much much more than that.the crux of the issues is zero integrity, honesty, etc etc ,sincerity n sense of love, responsibilty to the rakyat n country. when MAS were managed by aziz and siow - x civil servant, their sense of belonging/responsibility were very strong etc etc etc, MAS were making handsome profit every year and never in such a mess mess as today!!!!. come those " people " then mas is in shamble n every thing is gone to the drain. next come " a savior " who sold the family silver wares. lucky the parent were not sent to an old folk homes. what says you bro???
Post a Comment