This is from a Blog reader.
Oleh Pihak Tertentu
Setiap kali orang Melayu bertelagah pasal isu Israel-Palestin, aku rasa meluat. Sebab-sebabnya macam ni. Dulu ulama Arab cakap haram mengiktiraf atau berdamai Israel, sehinggakan Presiden Mesir Anwar Sadat ditembak mati. Orang Melayu berpegang kepada 'fatwa' ini melebihi kuatnya daripada orang Arab sendiri.
Hari ini, negara seperti Mesir dan Jordan mempunyai hubungan diplomatik penuh dengan Israel sementara Qatar, UAE dan Oman mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel. Ulama-ulama Arab seperti Yusof al-Qaradhawi sendiri yang mengapi-apikan pemimpin Melayu (dari Pas dan Umno) mengenai isu Israel-Palestin ini beliau sendiri mendapat layanan istimewa dari negara seperti Qatar. Ulama Arab seperti ini muncul dalam TV kerajaan negara Arab yang berkawan dengan Israel. Apabila dijemput berceramah di negara ini, berapi-api menyeru orang Melayu menentang Israel.
Cuba bayangkan, mereka (negara Arab) senang-senang berbaik-baik dengan Israel tanpa dikecam oleh ulama mereka sementara kita pula bertelagah mengenai isu ini. Pada saya, pedulikan sahaja isu ini. Kalau Wall Street Journal tanya, cakap sahaja, "We support whatever solution decided by Palestinian people. Our interest is only the well-being of Palestinian people."
Cukuplah menyusahkan hidup kami di sini. Kerana fatwa ulama Arab zaman dahulu, hari ini kita tidak memberi salam kepada orang berlainan agama, tetapi mereka di Arab Saudi pula bebas memberi salam kepada orang Amerika, Filipino dan sebagainya yang berlainan agama.
Orang Melayu yang tidak membaca Quran gemar membuat kenyataan "Yahudi dikutuk oleh Quran". Memang benar terdapat ayat mengutuk orang Yahudi, ini kerana kebanyakan nabi diutuskan kepada kaum mereka.
Tetapi bagaimana dengan ayat Quran mengenai "orang Arab itu paling kuat munafiknya..". Kenapa ayat ini tidak digembar-gemburkan di kalangan orang Melayu? Nampaknya fikiran kita orang Melayu telah dikolonialisasikan oleh Arab demi kepentingan mereka. Kita bertindak seperti hamba politik mereka.
Setiap kali ahli politik Melayu, Anwar Ibrahim atau Mahathir, menyentuh isu ini, aku naik meluat.
21 comments:
saya sokong...bangsa arab memang terkenal sifat munafik mereka sebab itu mereka tidak bolih bersatu.
kalau berjanji bangsa arab ini jarang yg mahu tepati..
alam Alqur'an pun banyak ayat yg memperkata tentang sifat burok kaum arab...
betul le tuan syed...arab tu tak peduli pun kita tiap tiap tahun saudi dok kutip duit visa haji umrah..kalau depa penting sesama islam kasi free visa or visa on arrival je le ..bodoh kita dok bergaduh hal depa dengan israel.. depa naik syok dengan shisha dengan israel..
pelajaran politik 101. "Kerajaan mesti menakut nakutkan rakyat supaya mereka boleh bersatu dan tidak mencari kesalahan kerajaan" Dulu rakyat di takut takutkan dengan komunis, lepas tu agen agen luar dan sekarang ini yahudi dan Amerika. Di Malaya dan juga di kebanyakan negara Islam, Yahudi sebagai orang jahat adalah hanya satu satunya perkara yang di persetujui oleh mereka, tak kira pegangan politik atau mazhab mereka.
salam Tuan Syed,
pada saya arab ni mmg munafik especially bab2 hubungan dgn israel. Jadi pada saya bagus lah kalau kita orang Melayu berpegang teguh kita tidak akan berbaik dgn israel. Nampak lah dgn jelas bangsa kita bukan lah bangsa yg munafik dlm dunia ni kecuali beberapa mangkuk tingkat yang cuba merubah pegangan bangsa kita. kalau pak arab terjun longkang (berbaik ddgn israel) tak kan lah kita nak ikut sama..kita hanya mengikut pd jalan yg benar.
Touche my friend I too am meluat bila sasiapa membawa isu Palestine-Israel ni. Sabenar ny tak ada kena mengena pada kita, except people like BABI dan Dolah Bodohwi sudah banyak ambil wang Wahabist, dari Saudi Arabia untuk mengembang kan kuasa Ibn Saud dan keluarga nya, yan Melayu memang bangsa yang bodoh senang di antok-antok kan oleh sasiapa!
hahaha..bodoh piang punya catatan bloger..haram makan babi..tapi bela babi takpe..kt hutan ada org islam makan babi (perang Bosnia..bc sejarahnya)..buatpe nak fikirkan psl hukum haram psl babi..
bro..haram tetap haram..lantak pi depa punya pandangan..kita konsisten krn sesama sedara islam..
Tetapi bagaimana dengan ayat Quran mengenai "orang Arab itu paling kuat munafiknya..".
ini ayat mana? dari surah mana?
jangan nak compare Arab dengan Melayu. al-Quran sendiri kata mereka munafik. So, why must we impress them? Malaysia is better than Arab nation, indeed
Tak pulak jumpa button'Like' dalam page ni.
Teringat kesah bila ASTRO mula memperkenalkan saluran ART Arabic Channel dulu maka ramai la Pak2 Lebai yg gembira berlapang dada kerana akhir akan ada satu saluran khas yg berpaksikan agama.Mereka ini jadi demam tak kebah bila tengok mak2 arab yg dedah sana tonjol sini bila tengok saluran tersebut.Pun begitu masih ramai Org Melayu kita yg beranggapan 'anything arabic is islamic..!'
Brilliant observation, but the dungus here will not accept it.
Setuju pandangan tulisan ini 04-Mar-12 1:10:28 PM
Mana ada Melayu lagi ma.Dah jadi pseudo Arabs.We talk, pray, dress, eat etc like them now. Everywhere this budaya goes it wipes out the local culture.
Kepada sahabat2 yg prihatin,
Malaysia telah sertai United Nations pada 17 September 1957. Sembilan tahun sebelum itu, pada May 1948, United Nation telah mewujudkan negara merdeka Israel. Israel telah diwujudkan oleh UN melalui Resolusi UN No. 181.
Soalannya kenapa pula Malaysia menyertai UN ia itu sesuatu pertubuhan naungan Yahudi Sedunia (World Jewry) yang juga telah diwujudkan hanya untuk menghalalkan penubuhan negara Israel?
"UN Resolution 181, defined the outline of a settlement in Palestine creating both a Jewish and a Palestinian homeland. The 1947 UN Partition divided the area into three entities: a Jewish state, an Arab state, and an international zone around Jerusalem.
At midnight on May 14, 1948, the Provisional Government of Israel proclaimed the new State of Israel. On that same date the United States, in the person of President Truman, recognized the provisional Jewish government as de facto authority of the new Jewish state"
Pasal Palestin pula, Arab sendiri tidak peduli nasib Palestin. Rombongan Malaysia ke Gaza telah menghadapi halangan dpd orang Mesir. Anak muda Malaysia yg ditahan itu telah ditawan oleh tentera Mesir, bukan tentera Israel. Dia dimasukkan ke dalam lokap Mesir, sehingga Rosmah terpaksa talipon isteri Hosni Mubarak utk membebaskannya.
Pada masa kita hendak menolong Palestin, Pak Arab sendiri tidak pedulikan nasib Palestin lagi.
Yasser Arafat telah menandatangani perjanjian damai dgn Israel, maka tertubuh lah Palestinian Authority di Gaza. Arafat pun jadilah Presidennya yg pertama.
Tapi perjanjian damai itu tidak merangkumi 3 juta pelarian Palestin yg telah diusir keluar dpd Israel (Palestine) pada 1948.
Nasib mereka tidak dihiraukan oleh Yasser Arafat pun. Arafat hanya membuat perjanjian berkenaan Gaza.
Orang Saudi, Kuwait dan Raja2 Arab lain tidak terlalu simpati dgn Palestin. Mungkin ini kerana Palestin tidak percaya sistem Kerajaan Raja (Monarchy). Bila Saddam Hussein menawan Kuwait pada 1990, ramai Palestin di Kuwait telah sokong Saddam. Lepas Saddam undur, hampir semua Palestin diusir keluar dpd Kuwait.
Arab banyak berkemelut dan berkomplot sesama sendiri.
Kita perlu sedari semua isu ini sebelum kita terlalu ghairah untuk kibarkan bendera perjuangan apa pun.
SAA
Ni pasal bagi salam.. Very interesting subject.
Kita di Malaya.. Tak boleh bagi salam ke Cina, India dan yg bukan muslim.. Kenapa? Kata siapa? Sejak bila?
Pasal dia tak bagi salam kepada mereka.. Maka mereka pun tak pernah ucap salam kepada kita. Oleh itu timbullah fatwa (iya kah fatwa?) haram atau amalan mengatakan haram menjawab salam dari bukan muslim?
Pengalaman duduk di Sudan, Nigeria & Pakistan.. Orang kristian boleh bagi salam.. Dan orang islam jawab. Orng islam bagi salam kepada org kristian dan org kristian jawab. Boleh pula??
Kalau kita ke Dubai, Doha, Saudi dan semua negara teluk yang bergantung kepada warga Filipino, India dan warga asing yang mencari makan di sana.. Meraka juga bebas memberi salam sesama meraka... Tak salah pun?
Kenapa dia Malaysia tak boleh?
Tuan Syed,
Pada saya tak ada apa rugi pada Israel kalau M'sia ni nak boycott depa... satu sen haram pon depa tak heran. Kita ni yg muka tak malu dok teriak ke hulu ke hiliaq kata tak mo kawan dgn Israel.. pada hal depa pon macam la terhegeh sangat nak kwan dgn M'sia..
M'sia tak mo ada diplomatic/trade dgn Israel pon, bukan depa bole jatuh bankrap pon... berkudis pon depa tak.. So apa yg depa nak heran sangat.. for them who needs another enemy like M'sia... mampuih kat hang la kata depa..
Kita ni bukan apa tuan.. suka sgt la ikot telunjok arab.. arab kata israel jahat, kita pon ikut kata arab. Arab kata israel patot kena boycott, kita pon berubut2 ikot.. hujung pangkai tak tau..
Main ikot2 aja... bodo piang M'sia ni..
To Anon 12:16
Munafik tentang Arab..Taubah (9:97)says..
Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak mengetahui had-had (hudud) yang Allah menurunkan kepada rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana."
All humankind are equal to the eyes of God...Just believe in Oneness of God..be it Arab, Malay, Muslim, Non Muslim,Christrian, Jews...God does not discriminate. but we are too obsessed with Arabs..apa kejadahnya.....
2:62. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan membuat kerja-kerja kebaikan, maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
The Quran is easy to read bro...just spend your time..
Lihatlah ayat2 berikut menceritakan hal orang2 Arab dari ayat Al Qur'an
Surah At-Taubah ayat 90-109;
9:90 Maka datanglah orang yang bermasa’alah dari orang a’raabi minta izin duduk bersama orang yang mendustakan Allah dan penyampainya maka ditimpakan keatas orang yang tidak percaya azab yang dahsyat.
9:91 Tidak bersalahan keatas orang yang lemah dan yang sakit dan yang tidak mampu berbelanja dan yang jujur dan yang tidak berputus-asa membantu dijalan Allah dan penyampainya maka hanya Allah yang pengampun yang penyayang.
9:92 Dan tidak juga atas orang yang datang kepadamu dan rela dibawa bersamamu dan kamu telah berkata, aku tidak dapat membawa kamu maka mereka berpaling dan menangis berjujuran air mata kesedihan kerana tidak dapat memberi bantuan kepadamu.
9:93 Maka jalan bagi orang yang meminta izin darimu sedang mereka kaya dan rela tinggal bersama orang yang duduk maka Allah menyita hati mereka lalu mereka tidak dapat memahami apa pun.
9:94 Mereka kemukakan alasan kepadamu apabila kamu kembali kepada mereka maka katakan jangan kamu memberi alasan dan kami tidak percaya kepadamu dan Allah telah khabarkan kepada kami dari pengkhabaranya dan Allah melihat segala apa yang kamu lakukan kemudian kamu dikembalikan kepada yang mengetahui yang ghaib dan yang benar dan dikhabarkan kepadamu apa yang telah kamu lakukan.
9:95 Mereka berikrar dengan Allah apabila kamu kembali kepada mereka supaya kamu berpaling maka berpalinglah kamu dari mereka kerana mereka sangat keji dan tempat mereka jahannamu sebagai pembalasan kepada apa yang telah mereka usahakan.
9:96 Mereka bersumpah denganmu supaya kamu meredhai mereka dan jika kamu meredhai mereka maka Allah tidak meredhai kaum yang fasik.
9:97 Orang al a’raabu sangat dahsyat keingkaran dan kemunafikanya dan wajarlah jika mereka tidak mengetahui hukum/huduuda Allah yang diturunkan kepada penyampainya maka Allah mengetahui, bijaksana.
9:98 Dan diantara orang a’raabi ada yang mendapatkan nafkah dari denda yang tidak berpatutan dan hanya menunggu peluang baik bagi mereka dan peluang buruk bagi kamu maka Allah mendengar, mengetahui.
9:99 Dan diantara orang a’raabi sesiapa amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan berbelanja dijalan Allah dan membantu penyampainya maka Allah dekat dengan mereka dan dimasukkan kedalam rahmat pengasihaNya dan Allah yang pengampun yang penyayang.
bsmbg...
9:100 Dan orang terdahulu dan yang terawal berhijrah dan menolong dan mentaati kebaikan maka Allah meredhai mereka dan mereka redhaiNya dan disediakan bagi mereka taman syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai dan mereka kekal didalamnya dan itulah kejayaan agung.
9:101 Dan dikalangan a’raabi disekeliling kamu adalah orang munafik dari penduduk -lmadiinati mereka berbangga dengan kemunafikanya, kamu tidak ketahui mereka tetapi Kami mengetahui mereka maka diazabkan mereka dua kali-ganda dan dikembalikan kepada azab yang dahsyat.
9:102 Dan selainya, mereka mengakui dosanya dan mencampurkan amalan soleh dengan amalan buruk dengan harapan supaya Allah menerima taubat mereka maka hanya Allah yang pengampun yang penyayang.
9:103 Dan ambillah sebahagian harta mereka sebagai sedekah supaya kamu dapat sucikan dan murnikan dan restui mereka dan kewajipanmu dapat mententeramkan mereka dan Allah yang mendengar yang mengetahui.
9:104 Tidakkah mereka ketahui yang Allah sedia menerima taubat dan sedekah hambanya dan Allah yang menerima taubat yang penyayang.
9:105 Katakan, beramalah kamu dan pastinya Allah melihat amalanmu dan penyampainya dan orang yang amanah maka kamu pasti dikembalikan kepada yang mengetahui yang ghaib dan yang menyaksikan maka akan dikhabarkan kepadamu apa yang telah kamu lakukan.
9:106 Dan selainya Allah tangguhkan perintahnya, sama ada diazabkan atau diterima taubat mereka dan Allah yang mengetahui yang bijaksana.
9:107 Dan orang yang mengambil institusi kepatuhan sebagai kemudharatan dan keingkaran dan memecah-belahkan orang yang amanah dan tempat menentang Allah dan penyampainya sejak dahulu dan mereka berikrar palsu dengan berkata, kami tidak menghendaki melainkan yang terbaik sedangkan Allah menyaksikan mereka itulah sebenarnya pendusta.
9:108 Maka janganlah kamu berdiri didalamnya selama-lamanya melainkan institusi kepatuhan yang telah didirikan atas dasar keperihatinan dan kebenaran sahaja yang kamu berhak berdiri didalamnya dan terdapat orang yang memurnikan dan mensucikan diri mereka didalamnya dan Allah mencintai orang yang memurnikan dan mensucikan diri mereka.
9:109 Maka sesiapa telah mengasaskan pembinaanya atas keperihatinan dan diredhai Allah dan diutamakan dan sesiapa mengasaskan pembinaanya ‘dipinggir tebing yang curam’ pasti runtuh kedalam jahannama dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
Fahamilah apa yyang dimaksudkan...
Jgn cuba menyalahkan orang lain...Melayu jadi mcm ni kerana kebodohan sendiri,Allah bg kita akal utk kita guna kearah yg bolih membri kbaikan tp kita guna utk menjilat pungung pemimpin politik,org brpankat besar,ulama2 yg hipokrat dn tak lupa juga Raja2 Melayu yg berdaulat konon.....ini lah yg terjadi dgn isu Palestin,nak tunjuk kita pembela Islam konon...Islam apa,Islam hipokrat...hidup penuh dgn kepuraan,minum arak,makan babi tak bolih tapi main prempuan dn betting d padang golf dn rasuah dtempat kerja tak apa sbb kita buat...barang yg kita buat halal,barng yg kita tak buat haram....piii la Melayu Islam.....Ingat Allah taala bodoh mcm kita ke????????
here, kita suka identify dgn arabs tetapi arabs tak suka identify with melayu
Post a Comment