Please Send Me Stuff

If you have articles, information, thoughts you want to share just send it to me at ali.syedakbar@gmail.com. Please keep your articles brief, not more than 1000 words or just use bullet points. If you have pictures to go with the articles, that is even better. Towards an excellent Malaysia.

Thursday, February 28, 2013

Berita Hangat : Mulai Mac 2013 Gaji Minima RM1100 Bagi Kakitangan Kerajaan P. Pinang, Kelantan, Kedah, S'gor.

1.  Janji Pakatan Rakyat melaksanakan Gaji Minima RM1,100. 

Sepatutnya Pakatan Rakyat tidak perlu menunggu lagi untuk melaksanakan dasar Gaji Minima RM1,100 yang dijanji mereka. Lebih elok bagi mereka menunjukkan contoh yang baik.  Kepimpinan melalui teladan.

Gaji Minima RM1,100 adalah janji Pakatan Rakyat kepada semua orang. Jika mereka memerintah, mereka akan membayar Gaji Minima RM1,100 sebulan. Mereka sudah pun memerintah empat Negeri - Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.  Jadi mula daripada bulan Mac 2013 semua kakitangan kerajaan Negeri (State Civil Service) yang layak di negeri Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor akan dibayar Gaji Minima RM1,100.  Sila sebarkan berita gembira ini kepada semua kakitangan kerajaan Negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Soalannya bolehkah Pakatan Rakyat laksanakan Gaji Minima RM1,100 di negeri  mereka sendiri atau tidak? Jika mereka tidak boleh jadi bagaimana pula mereka hendak melaksanakan Gaji Minima RM1,100 di tempat lain?

Urusan bayar gaji kakitangan kerajaan Negeri tidak tertakluk kepada Kerajaan Persekutuan.  Kakitangan kerajaan Negeri dibayar gaji mengikut keputusan kerajaan Negeri sahaja (State civil service). 

Kita jelas melihat kuasa kerajaan Negeri untuk membayar gaji dalam isu Lim Guan Eng cuba membeli Tunku Aziz dengan tawaran gaji lumayan RM50,000. Sebagai ketua kerajaan Negeri, Lim Guan Eng mempunyai kuasa untuk menentukan gaji RM50,000 itu.   

Dengan merujuk kuasa yang sama, Guan Eng sepatutnya membayar Gaji Minima  RM1,100 kepada kakitangan kerajaan Negeri Pulau Pinang mulai bulan Mac 2013.  

2. Pakatan Rakyat's promise to implement RM1,100 Minimum Wage. 

They should not wait any longer. They have to show a good example themselves.

Beginning March 2013 the Pakatan Rakyat should pay their lowest ranking State Civil Servants minimum wages of RM1,100. 

Can they do this or not? If they cannot they must explain why they cannot do so?

The State Civil Service is not under the control of the Federal Government. The State Civil Service is under the control of the State Governments.

Just like Lim Guan Eng tried to bribe Tunku Aziz with an RM50,000 a year job (or was it RM50,000 per month??) He was able to do that because he had the purview over spending State funds.

In the same way, he should make sure that the State Civil Servants in Penang get paid Minimum Wages of RM1,100 per month. 

11 comments:

Anonymous said...

duit petrol pun kena beku!!

Anonymous said...

anwar wishful thinking

Anonymous said...

I think they did, for Penang (1000) and Selangor (1500) state staff and linked GLCs.

I suppose there is a reason for their silence on the matter atm?

Anonymous said...

hahaha, start with kelantan first!! (sarcasm)

dannalli said...

Terimakasih SAA kerana memberi peluang kepada orang yang seperti dengan saya dapat memahami apa luahan saudara. He He ... a good move Sir and its a good start. It need not be too comprehensive... as long as the message is delivered, it is fine.

Anonymous said...

jgn lupa pendidikan percuma bagi Unisel dan KUIN juga akan bermula pada masa yang sama..

Anonymous said...

Undi PKR boleh dapat 10000 Sq ft tanah free di bulan atau bintang. Boleh pilih lagi!

Anonymous said...

yay....yay, thank you, thank you Tuan Kim Guan Eng, thank you, thank you, thank you Tan sri Kolid, thank you, thank you Datuk Jan and Pok Nik, my tears is not drying yet because I'm so happy for those who will NEVER get what was promised, is it?
One amongst you said a manifesto is not an akujanji, it is just something printed on worthless paper to get all the chickens and cattle voting for PR.

Anonymous said...

still ada hati to believe in them?

no way man..

Anonymous said...

Tuan Syed,

Mungkin bagi penyokong - penyokong mereka, memang belum dapat gaji sebanyak itu sekarang ini sebab masih berada di dalam dunia, nanti ya...nanti masa di akhirat akan dapat gaji sebanyak itu..telah dijanji dan dijamin oleh tuan guru...maka teruskan menyokong ya..teruskan..

Anonymous said...

amboi....bukan main hebat dengan janji2. Lebeh mengkagumkan ada pulak penyokong2 bangang yg mati2 percaya. Bila dah kena baru lah nak sedar dah kena tipu lagi atau memang ada yg antara mereka sama kaki kelengtong. Besuk cucu cicit sedekahkan maki hamun dlm kubur.