Oleh Profesional Muda Kedah
Dear Tuan Syed,
I believe my article is probably more than 1000 words. So kindly use your discretion to truncate it. I really hope you could publish this article in your blog so that bapak2 menteri, or perhaps even TPM and PM themselves can read it.
Sebagai orang muda yang pertama kali akan mengundi dalam PRU13 nanti, saya cuba untuk memahami suasana politik khususnya di Kedah, tempat kelahiran saya. Dibesarkan dalam keluarga yang terlibat secara aktif dalam dunia politik, dan ditambah pula dengan kerjaya saya sebagai golongan "professional" membuatkan sy melihat senario politik malaysia, khususnya di kedah dari pandangan yg berbeza jika dibandingkan dengan rakan2 seusia.
Blog Tuan Syed mmg wajib sy baca setiap hari. Kejap2 mesti sy check blog Tuan melalui HP. Dari pembacaan sy, isu2 di kedah ni Tuan Syed ada la sebut sekali sekala, tak banyak sgt dihighlightkan. Namun, kita berdua bersetuju secara kesimpulannya, pentadbiran UMNO/BN kedah huru hara dan pincang sekali.
PM dan TPM dah banyak kali melawat kedah......PM dan TPM "seronok" disambut ribuan rakyat ....dijamu dgn hidangan yang sedap2 belaka. Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Dato Bashah akan pastikan apa saja kesukaan PM dan TPM disajikan.
Dalam lawatan terakhir pada 31/1/12, PM berjuma dengan 8 bahagian "bermasalah" (bermasalah di sini paham2 je la Tuan Syed : cantas mencantas antara AJK bahagian sebab berebut nak pegang jawatan, khianat calon sendiri pada PRU yg lalu, gerak kerja tak buat apa lagi etc).
Berdasarkan maklumat yg diterima, "War Room" UMNO/BN Kedah ketika memberi taklimat kepada TPM pada bulan Disember yang lalu, banyak disanggah oleh ketua-ketua bahagian yang hadir.....mcm mana data yg dibentangkan kepada pemimpin tertinggi parti boleh dipersoalkan oleh Ketua Bahagian? Bahagian yang dikatakan "kelabu" oleh "war room", di sanggah oleh bahagian yg berkenaan..katanya dah lama jadi "putih".....Kata mereke tak ada pre council or discussion dulu ke dengan semua bahagian?...TPM jelas tidak berpuas hati dan memberi tempoh datu bulan kepada Dato Bashah untuk memperbaiki data dan memberikan laporan lengkap.
Sementara itu, ada ketua2 bahagian yang berulang balik ke KL menjenguk peluang untuk berjumpa dengan PM & TPM - nak pastikan dirinya dicalonkan....mengikut sumber, ada yang pergi jumpa TPM minta nak jadi MB...Aiyoooo ...bagi la BN menang dulu...then serah la kepada PM utk pilih siapa nk jadi MB. ** kalau mengikut sumber tu lagi Tuan Syed, ketua bahagian yg minta nak jadi MB ni dah pernah KALAH dalam PRU sebelum ini. Bukan skali tapi 2 KALI!!!! adoi masih ada niat lagi tu nak jadi MB. Org kawasan sendiri pun tak mau undi, inikan pula satu kedah nak terima
BN sebenarnya masih berpeluang "merampas" kembali kedah dari pakatan pembangkang, namun kini peluang itu dah samar samar. DS Najib silap dalam percaturan bila menghantar DS Shafie Afdal untuk menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri. DS Shafie adalah orang yg baik, namun beliau tiada masa untuk kedah. Kedah memerlukan Panglima Perang yang handal dan komited.--2 tahun UMNO/BN di bawah pimpinan DS Shafie Afdal, semua org UMNO/BN "selesa dan lena"...ianya berterusan hinggalah sampai sekarang....lesu.
Ketika DS Shafie Afdal nk digantikan sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri, ada ketua bahagian yang pergi berjumpa DS Najib untuk minta jadi Pengerusi Perhubungan....namun, ada juga yg minta DS Najib untuk membuat keputusan "berani" iaitu melantik Dato Mukhriz sebagai pengerusi sebab PM sendiri pun selalu sebut ini adalah era org muda. Akan tetapi, DS Najib nampaknya tak bersetuju dengan tu...jadi akhirnya beliau melantik Dato Bashah kerana Dato Bashah adalah kawan DS Najib yg beliau yakin
Dato Bashah mmg kerja kuat, ada pengalaman..tapi "he has no command"....dia byk bergerak solo tanpa perancangan & strategi..serta tanpa sokongan ketua2 bahagian...pun begitu, masih ada harapan utk BN. Tapi bergantung kpd beberapa faktor seperti:
1. calon terbaik (winnable candidate)
2. tidak ada kerja sabotaj
3. gerak kerja mesti mantap dan bersepadu
pengundi juga nk tahu siapa bakal MB Kedah, Ramai pesara dan bekas pegawai kanan kerajaan di kedah nk tgk calon MB kedah yang berwibawa. "Siapa MB" ini amat penting..sokongan mungkin bertambah kalau pengundi yakin dengan org yang bakal menjadi MB tu.
namun, DS najib jangan ingat org muda saja. Walaupun sy muda, sy berpendapat org muda perlu belajar dulu...Dato Mukhriz tu biarlah dia "bermesra" dengan pelbagai lapisan pemimpin & masyarakat terlebih dahulu. Ada tokoh lama yang berpengalaman dalam politik, pentadbiran, korporat dan kemasyarakatan, cergas dan berwibawa yang boleh jadi calon MB. Nama2 seperti Dato Wira Affifudin Omar, Dato Wira Othman Abdul, Prof Dato Dr Wira Othman Ishak serta Prof Dato Dr Mustafa Ishak (VC UUM) bukanlah nama asing bagi org kedah,
Sebagai org muda, "I want a dynamic leader to lead kedah".....tak mahu bila org sebut kedah je, terbayang kampung2, or tempat org pergi bila bersara. Yang penting Calon MB mesti lebih hebat dari Ustaz Azizan dan para exconya
Akhir kata, DS Najib jangan "takut" sangat dengan ketua2 bahagian tu, dan kalau dah pernah kalah, pernah sabotaj calon & parti, pernah dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti, buang je laa..say bye bye for good...ramai lagi pemimpin yang lebih bermaruah dan berintegriti walaupun bukan di kalangan pemimpin bahagian (mcm mana pelapis nak menonjol di peringkat bahagian kalau nampak je calon yg educated dan berwibawa, awal2 lagi dah cantas...pastu lantik semua JKKK dan AJK bahagian dari kalangan geng2 sendiri yg "kurang pandai"...so that boleh jadi pak turut)
Tak ada maknanya kalau menang dalam pemilihan tap parti gagal membentuk kerajaan.
Bagilah pengundi di kedah ni ada selera skit nak mengundi BN...yg penting calon tu...janganlah DS Najib syok dengan sambutan org ramai bila melawat kedah...di masa semua pakat nk cium tangan PM ...kerna belum tentu semua itu pengundi UMNO/BN
professional muda kedah.
My comments : Terima kasih sdr Profesioanl Muda Kedah atas kesudian dan keperihatinan sdr untuk menukilkan pandangan yang panjang dan serius berkenaan politik BN di Kedah.
Saya telah siarkan tulisan sdr tanpa sebarang tapisan atau pembetulan. Cuma bagi saya, saya harap Dato Mukriz Mahathir akan disahkan sebagai pemimpin BN di Kedah dengan sasaran menjawat pejabat Menteri Besar jika BN menang di Kedah. Bagi saya isu ini lebih melibatkan memberi peluang kepada barisan muda muncul sebagai pelapis dalam saf pimpinan negeri dan negara. Saya juga khuatir pengundi memang sudah 'meluat' melihat muka-muka lama yang sama.
Ini tidak bermaksud bahawa pemimpin yang berpengalaman tidak berkaliber. Jauh sekali. Saya cuma khuatir pengundi sudah cukup fed up dengan orang lama - tidak kira bagaimana hebat latar belakang mereka.
Di Kelantan pula di mana PAS telah memerintah selama 23 tahun, saya yakin BN boleh tewaskan PAS jika Dato Mustapa Mohamad menerajui pasukan UMNO/BN dan juga disasarkan sebagai calon Menteri Besar Kelantan. Walaupun Tok Pa orang lama, tapi di Kelantan beliau mewakili Pembangkang. Yang lebih usang di Kelantan adalah geng serban yang jelas sudah nyanyok. Saya yakin jika Tok Pa memimpin UMNO/BN di Kelantan kita boleh tewaskan PAS dan menerajui Kelantan untuk 20 tahun yang akan datang.
Sekian.
25 comments:
harapan bn utk kedah mungkin tinggal harapan. Sebab utamanya tak bersatu hati.
Org masyitah tak ngam dgn dato' aziz mat rempit kat baling. Pilih dato' aziz jadi calon, payah nak menang walaupun dia kerja kuat. Masyitah mungkin boleh menang tapi kerja hampeh.
Det khalid tu tak perlu la ambik calon lagi.
T
T
T
Tukar Kerajaan di Kelantan
Pada pendapat saya daripada era parti perikatan sampai la ni, para pengkhianat yang bermersera ngan zaman dollah kaki tidur dulu patut di pancungkan daripada pentadbiran UMNO Kedah. Ada ke patut mantan perdana menteri, statesman, a hero of the third worlds,representaive from Kubang Pasu , di singkirkan olih parasit dalam UMNO ni sendiri. Pendapat saya , biar kalah tapi, in the long run dan jangka waktu panjang ke hadapan kita membuang anasir anasir ni daripada merosakkan UMNO Kedah.No point in electing backstabbers within the ranks of UMNO Kedah,for what.? Forever mereka ni akan memegang bola atau "cuntoi" aka teluq pemimpin kedah selama nya. For now, during this tenure while in BN the elected reps from Kedah who holds post in the cabinets and the Aduns, what great contributions does they show> not dynamics enough. Even the pengkhianats is given deputy menteri / menteri posts. These backstabbers are rotten and should be scrapped off. Do not forget how they orchestrated for the shamefulls act towards Tun Mahathir, practically , these are the dogs who bite the masters hand. Honestly, Kedah needs total revamped from these old and obsolete political idiots. Kalah tak pa janji kita membuat pembahruan terhadap peneraju ahli politik Kedah. We definitely needs young blood in the state of Jelapang Padi. We do not need another exodus of exporting manpower just like Kelantan to other states.
Syed, ini org muda ada sikit kurang...when a state is named...is Kedah!...not kedah...dia mesti belajar lagi apa yang boleh diabaikan dan apa yang mesti dikekalkan dalam tulisan lah!...
This reflects the whole character of Gen Y!...lost lot!...
agree with professsional muda kedah- similar situation exists in selangor - ds najib should anounce who would lead selangor if bn wins; right now the ordinary people in selangor does not know who would be leading selangor and the last thing they want is khir toyo or somenone similar to him.
i disagree with your suggestion that dato mukhriz mahathir be given the leadership. sorry to say this but so far he has been riding on his father's popularity rather than on his own steam.
Pak Syed,
Reading between the lines of this young man's article my assessment is that he is confused cos at one point he wanted young and energic candidates from BN and in between he suggested that young potential candidates to gain experiences first before holding major post.Nevertheless there were some truth of what he wrote,but from what I gathered PR esp PAS will encouter the same problem like UMNO in 2008,not because the opponents are weak but the internal problem that besieged them coming from their own Akar Umbi members.Too many unpleasant things had happened lately which involved their leaders at National level and state level as well which had hurt their feelings and difficult for them to counter the allegations.
As Salam
Saya juga merupakan pengundi di Negeri Kedah dan spt Profesional Muda, saya juga amat bersetuju dgn pendapatnya. Saya dan rakan2 telah membuat satu group dimana kami telah membuat akujanji sesama sendiri jika UMNO masih meletakkan muka2 KB yg tak sedar diri (sy raya tuan faham siapa), kami akan mengundi PAS but not PGayR@DAPigs. Jum kami adalah dlm 20 org x isteri dan suami x keluarga x kwn2 lain yg boleh kami pengaruh = kalau UMNO masih degil, kurang2pun 50-100 undi dah melepas.
Tapi jgnlah Prof Mustafa VCUUM tu, cam takdak org lain ke? Si mamak artis tu kalau jadi MB atau ahli EXCO, mampus Kedah jadi pusat hiburan.
Apapun, bagi UMNo/BN kalau nak try sekali lagi cam 2008, silakan buat perkara bodoh dan bongkak cam selalu.
Apa salah nya Datuk Mukriz menjadi Mb Kedah. Bukan kah beliau telah menjadi menteri di dalam kabinet.? Ini cukup untuk beliau mendapat pengalaman dalam pentadbiran negara,specialising in external trades dan segi penjanaan ekonomi. Tidak kah ini ciri ciri sesebuah negeri di perlukan untuk kemakmuraan negeri Kedah? Simple theory, No Money No Talk,No Pembangunan.! Negeri Kaya rakyat mewah, semua happy, ada pekerjaan rakyat negeri Kedah terbela. Futuristics thinking sikit lah bro. Ini darah muda membawa pembangunan, selain daripada pemimpin berkarat yang lama yang tak bawak apa apa perubahan pun, selain berpolitik meracunkan pemikiran rakyat Kedah untuk menyokong mereka, ideoliji lama, tanam padi, jual padi. Selain dari mereka ni menziarahi kematian dan majlis kenduri apa kah modernisation mereka akan membawa kepada negeri Kedah, ZERO..! Jangan lupa dik kerana nak memegang jawatan dan nak ampu si kaki tidoq , orang lama kat negeri Kedah ni juga menjadi pengkhianat kepada anak negeri Kedah yang telah banyak berjasa kat negara Malaysia dan orang Melayu am nya. Siapa.? Tun Mahathir yang telah di khianati olih anggota peneraju politik UMNO Kedah sekarang ni. Satu plus point untuk Datuk Mukriz, dengan ada nya bapa beliau sebagai seorang yang di akui pintar, bapa nya bolih memimpin dan menasihati beliau tatacara kepempinan negeri Kedah. Siapa yang mula mula membuka Langkawi kepada dunia, proton, putra jaya, KLIA, KLCC, highways dan sebagai nya.? Bukan nya pemimpin yang berkarat kat Kedah tu, tetapi bapa beliau.
Kenyataan mantan PM Tun m agar pilih parti drp calon adalah tidak sesuai lagi.Rakyat bukan buta huruf atau kuda kayu lagi.Rakyat Kedah mahu calon bersih.Tak perlu kira muda atau tua.KB UMNO di Kedah akan menjadi penyumbang pada kemenangan Pas PRU 13 nanti.
Pemuda UMNO lena.Wanita tak bertenaga.PU3 ada tapi macam takada.Lebih baik tak perlu ada.
Zaman UMNO paling lekeh dan mandom dalam sejarah.Silap Najib dan Mahyudin buat keputusan yang tak betul lantik panglima UMNO di Kedah.Pas akan menang percuma kalau letak calon kotor.Hero bunga UMNO
Semoga Najib dan semua pemimpin UMNO ada masa baca tajuk ini.demi masa depan UMNO...
Keadaan semasa Umno Kedah, dah bungkus. Sebab Mat Bashah yang hanya lulus SRP nak jadi MB. Ha..Ha..Ha..
Sapa Professional muda tu, Tuan Syed sendiri kot yang meyamar. Dream on!
i‘m a kedahan...kedah is a dooomed state, with doomed politicians from all parties. i see a better future of kedah under mukhriz but i know mukhriz wudnt be able to survive the doomed. even this boy, who wrote the article above and claimed to be a professional is made to believe tht mukhriz isnt ready or capable..based on his "instinct". well, mukhriz is a professional, he doesnt go by the usual tricks and strategies like other politicians becoz he doesnt think like a politician but .. , like a professional. which is why most kedahans including the boy who wrote the article above are having difficulties "accepting" him. kedah is a hopeless state... i'm sorry to say.
Jika nama2 seperti Dato Wira Affifudin Omar, Dato Wira Othman Abdul, Prof Dato Dr Wira Othman Ishak serta Prof Dato Dr Mustafa Ishak (VC UUM) yg disebut oleh pro muda kedah ini dikatakan paling wibawa, saya rasa pro muda memang tersasar sikit atau kurang info tentang latar belakang kebanyakan mereka ini. Di alam cyber world and cyber warfare, dimana mereka2 ini?
Dato Mukhriz sangat connect dengan Gen Y. Beliau amat aktif dan walaupun popular due to Tun M, beliau membuktikan kebolehan dan berpengalaman dalam dunia korporat dan interaksi dengan young professionals. Tanyalah young entrepreneurs dan professional muda2 di KL misalnya. Beliau amat participate.
Dato Nawawi Ahmad adalah lulusan universiti yg sangat work smart dan aktif, antara online campaigner yg paling agresif selain Dato Najib sendiri, serta berpengalaman menjadi exco.
Gabungan Dato M dan Dato N dilihat amat mantap dan lebih mendekati generasi baru. Mereka tiada rekod calar berbanding yang lain.
majoriti rakyat berpendapat muka2 lama dalam umno mesti meletak jawatan secara sukarela..
barulah kelihatan baru..& jangan menjadi parasit semula apabila cuba membolot projek2 rakyat untuk menjaga status anak2 anda yg tiada kepakaran & menganggur tapi mahu jadi BOSS.
hak rakyat bukannya milik peribadi..nak kaya bukak kilang & bisnes mcm Adabi, KTM Duke, Ramli, Tan Chong..& bukannya kasi cukai tinggi2 200% paksa orang beli barang rejek dan memulankan semula 500 bantuan rakyat..
banyak orang Melayu add math A++ sekarang..calon2 yg digambarkan untuk lead kedah belum tentu lulus matematik dgn cemerlang..
Mereka hidup alam kepompong syok sendiri..kononya status ELIT walhal dinilai sebagai bodoh bertuah oleh rakyat jelata yg telah lama celik..ane jual kacang putih pun "boleh baca punya" cuma tak mau cakap..
untuk jadi baru perlu orang baru
Tuan,
Saya orang Kelantan. Kami berkelana. Cuba survey Kelana Kelantan samada mereka mahu menetap di Kelantan. Pasti mereka sayang Kelantan. Tapi untuk kemajuan, negeri negeri lain yang di pilh.
yang dah dua kali kalah dlm pru dan lobi jawatan MB 2 macam penah dengar..orang Pendang kot...Semua orang Pendang xsuka dekat dia....kami org Pendang lagi suka dkt Man Bedol..Allahyarham Fadzil Noor pon kalah dekat dia parlimen Pendang...
1. Bila Tun M meluat dengan UMNO ,orang Kedah pun meluat dengan UMNO .
2. Sentimen marah kat Pak Lah dan sikap 'juak' orang UMNO dah nipis sikit pengundi .Insyaallah orang Kedah akan kembali undi BN.
3. Orang kebanyakan sekarang ini bukan peduli siapa Ketua Bahagian Umno. Orang kebanyakan dah tak perlu diangkut dengan kenderaan bila pergi mengundi .Orang kebanyakan bukan boleh dibeli dengan RM50 so DS najib jangan takut dengan ketua bahagian sebab tiada siapa yang pedulikan mereka.
Macamana nak menang balik Kedah kalau BN berdendam dengan pengundinya? Pak Mertua saya orang Kuala Kedah. Tanam padi. Bila BN kalah, habis semua subsidi ditarik balik. Itu ini tak dapat. Kononnya balasan sebab pilih pembangkang. Ada ke patut macamtu? Orang melayu tau tak. Sesama agama pun hendak didendam sampai macamtu sekali.
Dapat pulak pada PAS, sama saja halnya. Tambah pulak PAS mana ada duit. Langsung tak dapat apa-apa.
Nak tanya orang politik, korang nak jadi wakil rakyat sebab nak tolong rakyat atau nak tolong diri sendiri saja?
Profesional orang muda....tapi masih melobi untuk ketua2 bahagian yang tidak connect xdengan orang muda. Mcm mana orang muda nak terima?
Artikel ini jelas ditulis oleh atau bagi pihak kuda2 tua yang disenaraikan di atas, tetapi berselindung di atas nama pro dan muda kononnya.
Mukhriz pun dah berusia 50 tahun dah jadi MP dan berada dalam kabinet. Nak pengalaman macam mana lagi? Nak tunggu umur dia 70 tahun baru dikira pengalaman ke?
Najib jadi MB pun ketika usia 29 tahun. So Mukhriz jauh lebih experience locally dan internationally melalui MITI.
Professional muda, anda dari kuala muda kot, atau orang tua bahagian xxx menyamar muda.
Kalau bubuh mereka2 ini yang sarat dengan pangkat dato2 wira, dato2 wira dr, dato2 wira prof dr dan sewaktu dengannya, generasi2 muda memang jauh dari dr2 prof2 bijakpandai ini. Lazimnya mereka ini menganggap terlalu pandai dan tinggi langit ilmu, dr prof atau prof dr whatever lah, maka untuk mereka dengar atau rasa pemikiran orang2 muda agak jauh, atau setidak2nya begitulah persepsi rakyat kebanyakan. Gelaran2 inilah yang menakutkan anak2 muda.
Justeru, saranan profesional muda kedah sangat menyimpang. Pengalaman? Kalau usia 20-30 tahun mungkin ada benarnya, but for those 35-50 tahun saya rasa mereka cukup sedia jadi adun atsu MB. Ramai yang sudah very educated dan exposed to work and social environment skrg berbanding dahulu.
Untuk Dato Mukhriz yang berusia 50 tahun, he is very ideal dan sesuai dgn masyarakat pelbagai lapisan usia. Nak banding beliau dgn dato2 wira dr prof2 lain tu, hmmm sorry to say, terlalu jauh. Tambah2 lagi skrg ramai prof2 kangkung yang luar biasa bodoh dari pandai mereka.
Affifuddin Omar dulu Timbalan Menteri Kewangan zaman Anwar jadi MoF.
Othman Abdul dulu Setiausaha Politik Pak Lah.
NAK MAMPUI KA BAGI DEPA JADI MB!!!
Najib dulu umuq 28 dah jadi MB Pahang. Mukhriz la ni umuq berapa?
Trojan
Setuju dgn pendapat yg kata faktor terbesar adalah politik balas dendam.
Ia berkait rapat dgn sistem penyampaian kpd org2 kampung (delivery system). Iaitu yg terdekat dgn mereka ialah JKKK (la ni jkkkp).
Inilah root cause.
Org kampung tengok tv, baca suratkhabar dan faham apa yang Najib nak buat, sedang buat dan telah buat.
Tetapi, JKKKP ini byk yg tak tau dan buat2 tak tau apa yg Najib nak. Sbb tu byk org kampung yg susah dan patut dibantu tapi tak dapat. Lebih2 lagi kalau org tu kaler lain.
Sebenarnya org kampung byk orang atas pagar. Yg hardcorenya tak lah ramai sgt. Jika bantuan apa yg patut di terima oleh org yg sepatutnya, mungkin keadaan boleh berubah.
Kita tengoklah kesan BR1M macam mana.
Affifudin Omar tu barua Anwar al Juburi - kenapa tak tendang mamat ni masuk masuk bakul sampah?
Kedah Bn beruapaya menang tahun ini. Kecewa dgn Azizan.
Org muda bukan nak pemimpin muda yang senang di dekati.. hangpa memang duduk bawah tempurung la.cuba tengok situasi semasa pasaipa org muda dekat dengan pas sedangkan pemimpin depa tua tua.? Org muda mudah tertawan dgn sifat murah senyum dan memahami dari golongan tua selain dari mempunyai latarbelakang agama yang kuat. Perjuangan di Kedah adalah amat berlainan dari negeri lain. Kedah adalah negeri lahirnya pendekar terkemuka oleh itu perjuangan bersifat kependekaran adalah lebih tepat. Sepertimana negeri kelantan yang banyak melahirkan ulama terkemuka, perjuangan pas adalah tepat dengan cita rasa muda mudi disana. Justeru itu, perubahan kaedah perlu dilakukan di negeri Kedah dengan menyeluruh. Bagi saya pemilihan datuk mukhriz adalah kurang tepat, kaedah merempit juga jelas terpesong dan menjadi bahan ketawa masyarakat. Pendapat saya kekalkan pemimpin sebelum lantikan pak lah. Pendang, naikkan dato othman abdul kerana orang pendang amat menyukai beliau tak kira pas atau umno. Yang membenci man bedui hanyalah segelintir penyokong rozai yang lidah bercabang, menjadi gunting dalam lipatan kepada umno itu sendiri.
-mahaguru-
Post a Comment