Please Send Me Stuff

If you have articles, information, thoughts you want to share just send it to me at ali.syedakbar@gmail.com. Please keep your articles brief, not more than 1000 words or just use bullet points. If you have pictures to go with the articles, that is even better. Towards an excellent Malaysia.

Tuesday, June 20, 2017

Hiroshima & Nagasaki vs Mati Keluar Air Mani By Dean Kadeer

Another posting by Dean Kadeer

 
Bom atom yg pertama(di gelar Little Boy) di jatuhkan ke atas bandar Hiroshima,Jepun pada pukul 8.15am 6 Ogos 1945 ,menyebabkan kematian penduduknya yg dianggarkan seramai 140,000 orang.

Bom kedua(digelar Fat Man)pula dijatuhkan pada 9 Ogos 1945 ke atas bandar Nagasaki dan menyebabkan kematian penduduknya yg dianggarkan seramai 80,000 orang.Kedua-dua bandar tersebut menjadi padang jarak padang tekukur.Jepun menyerah diri kpd tentera bersekutu yg diketuai oleh Amerika dan Great Britain dan akhirnya peristiwa ini telah menamatkan perang dunia ke dua.

Apakah sikap masyarakat Jepun selepas perang?

Adakah masyarakat Jepun dan tentera Jepun yg terkenal dengan "kamikaze"(suicide attack) nya menyimpan dendam kpd rakyat Amerika dan Eropah dan berazam utk membunuh mereka dgn meletupkan diri ditengah-tengah kumpulan orang awam di New York atau London?

Jika dilihat dari senario jumlah manusia yg terkorban dari dua pengeboman tersebut,sudah pasti agamawan Jepun akan berkobar-kobar melaungkan slogan jihad dan "perang salib" kpd dua syaitan besar iaitu Amerika dan Great Britain yg telah menghancurkan negara mereka.Sudah pasti Jepun(yg sudah pun maju dan mempunyai armada tentera yg maju dan hebat pada waktu itu) akan mencipta senjata baru utk dililitkan kpd badan warganegara mereka untuk diletupkan di bumi Amerika dan United Kingdom sebagai tindakan balas dendam.

Kesatuan orang-orang Jepun dan moral bangsa mereka sangat tinggi.Mereka sanggup membunuh diri sebagai simbol pertanggungjawaban(Harakiri/Seppuku).Aksi sebegini biasa kita lihat dan dengar dlm banyak filem-filem Jepun atau kisah Samurai.

Untuk membunuh diri(kamikaze) sebagai tindakan balas dendam kepada manusia yg mengebom ratusan ribu warga negara mereka rasanya tidaklah terlalu sukar,tetapi ini tidak berlaku,kenapa?

Kenapa kita tidak pernah mendengar warga Jepun menjadi pengebom berani mati di bumi Amerika atau Britain kerana isu Hiroshima dan Nagasaki?Mereka bukanlah bangsa penakut,mereka juga punya teknologi utk berbuat demikian.Kenapa mereka tidak membalas dendam kpd negara yg telah membunuh ribuan nenek moyang mereka tanpa belas kasihan?

Selepas perang,masyarakat Jepun telah bangkit.Mereka sedar,tidak ada cara yg lebih ampuh untuk mengembalikan maruah bangsa Jepun selain dari menjadi peneraju dalam semua bidang kehidupan spt  teknologi dan sains.Inilah azam masyarakat Jepun.Hari ini,tanpa laungan "JIHAD" atau "KAMIKAZE",bangsa Jepun menjadi bangsa terbilang didunia dan menjadi antara negara yg berada dlm 10 negara yg kukuh ekonominya.Penderitaan perang dijadikan pengajaran yg pahit utk mereka membina tamadun baru dan maju ke hadapan.

Bagaimana pula dengan umat Islam yg berjumlah 1 billion yg mengaku bahawa bumi ini seharusnya diperintah oleh Khalifah Islam?

Afghanistan diserang oleh tentera Soviet Union(USSR) pada tahun 1979-1989.Laungan "jihad" dan "perang suci" mula kedengaran dan menjadi buah mulut umat Islam.Di waktu yg sama,kedatangan Khomeini membawa kepimpinan ulamak dan Khalifah Islam di Iran menyemarakkan api "negara Islam" dan "JIHAD MELAWAN AMERIKA & ISRAEL". Setelah hampir 4 dekad perang Soviet-Afghan berlalu,hasilnya cuma umat Islam semakin teruja untuk meletupkan badan sendiri di tengah-tengah masyarakat kafir yg mereka sangkakan musuh.Inikah kebangkitan mereka?

Laungan "JIHAD" menjadi anutan umat Islam seluruh dunia seolah-olah dengan melaungkan "tuhan yg maha besar" akan mampu mengubah nasib negara mereka dan umat Islam yg mereka akui "ditindas dan ketinggalan".

Kata seorang Anthropologist Scott Atran; "since 2004 the overwhelming majority of bombers have been motivated by the ideology of Islamist Martyrdom". Ya,mereka mahu mati syahid dan segera ke syurga dgn membunuh orang awam.Adakah ini sahaja kemajuan dan perancangan umat Islam utk mengembalikan maruah mereka?

Ideology "jihad" yg pada asalnya tertumpu dlm kerangka zon perang sekarang ini merebak teruk ke segenap jiwa umat Islam.Mereka yakin memerangi orang Yahudi dan Kristian adalah tuntutan agama.Lalu membunuh orang awam samada Yahudi,Kristian atau non muslim adalah sesuatu yg dihalalkan.

Bayangkan,kanak-kanak Melayu yg berusia hanya 10 tahun sudah mula melaungkan slogan "membenci Yahudi". Apakah corak masa depan bagi kanak-kanak spt ini?Mereka tidak tahu erti perang,erti kemanusiaan,politik dan ekonomi,tapi orang Melayu dan Islam menanamkan kebencian dlm jiwa kanak-kanak atas nama agama.Bayangkan apabila kanak-kanak ini mencapai umur 30 tahun,setelah 20 tahun dibajai dengan kebencian,tidakkah mereka berpotensi membunuh manusia atas nama "agama"?

Isu negara Palestin dijadikan lambang "Yahudi itu jahat" dan kerja Yahudi hanya utk memusnahkan Islam.Cuba baca baik-baik,isu Palestin ini bukti Yahudi jahat atau bukti umat Islam bodoh?Hanya orang bodoh dan naif  sahaja yg boleh ditipu dan di jajah sepanjang masa,dan ini lah yg berlaku kpd umat Islam.

Masyarakat Jepun bangkit setelah di bom pada tahun 1945.Masyarakat Yahudi bangkit selepas Holocaust pada perang dunia ke 2 yg meragut jutaan nyawa orang-orang Yahudi angkara tentera Nazi.Adakah masyarakat Palestin,Afghanistan dan umat Islam sedunia bangkit sptmana rakyat Jepun dan Yahudi?

Apa yg dibuat oleh masyarakat Palestin semenjak tahun 1948 selepas tertubuhnya negara Israel di tanah yg mereka akui "tanah suci mereka" itu?.Cuba kita baca di bawah ini apakah kejayaan yg di capai oleh masyarakat Yahudi hari ini setelah mereka menubuhkan negara mereka sendiri pada tahun 1948 di "tanah suci umat Islam Palestin"

"Israel is a developed country and an OECD member,with the 35th-largest economy in the world by nominal gross domestic product as of 2016. The country benefits from a highly skilled workforce and is among the most educated countries in the world with one of the highest percentages of its citizens holding a tertiary education degree. The country has the highest standard of living in the Middle East and the third highest in Asia, and has one of the highest life expectancies in the world". Ini tidak termasuk lagi tentang perihal kecanggihan armada tentera Israel yg telah diketahui umum.

Lihat,Yahudi sudah tentu tidak sibuk untuk melayan kerenah retorik agama bahawa umat Islam adalah "musuh mereka".Sebaliknya mereka mengejar ilmu dunia utk bangkit sebagai individu dan negara yg dihormati serta berkemahiran tinggi.Sebesar mana pun kebencian atau retorik masyarakat dunia tentang perangai jahat "Yahudi",mereka tidak peduli.Mereka tahu hanya dgn ilmu dan kemahiran lah masyarakat mereka akan dihormati oleh dunia.Trauma tentang Holocaust mengajar mereka sesuatu.

Sekarang mari kita lihat apa kegiatan umat Islam.Berdekad-dekad lamanya mereka membazirkan masa berkhutbah di masjid dan surau tentang kejahatan Yahudi dan Kristian terhadap umat Islam dan tentang kejatuhan Khalifah Uthmaniyah angkara hasutan orang kafir serta negara Islam dibuli oleh kuasa imperialis dunia.Mereka tidak habis-habis menabur benih "JIHAD" dan "Perang Suci" kpd kedua-dua syaitan ini,tetapi hasilnya apa?Mereka menabur kisah bagaimana Baitul Maqdis itu adalah kiblat suci umat Islam yg wajib di ambil semula.Tetapi selepas 7 dekad Palestin "dibuli",apa yg umat Islam ada untuk merampas semula Baitul Maqdis?

Mereka fikir dengan menambahkan kebencian kpd Yahudi,Kristian dan non muslim,maka bertambah kuatlah umat Islam.Mereka fikir dengan memperbanyakkan letupan bom di negara-negara kafir akan membuatkan umat Islam lebih dihormati.Mereka fikir dengan memperbanyakkan hukum-hakam agama dan imej-imej agama mampu menguatkan umat Islam dan mereka akan berjaya bersaing dgn manusia lain.

Umat Islam sekarang hanya tahu melihat dosa orang lain dan kemudiannya "menerakakan" mereka tanpa menyedari bahawa merekalah yg terperosok ke dalam neraka dunia pada hari ini.Akhirnya dunia hanya melihat umat Islam sebagai manusia yg tidak boleh hidup aman damai bersama dgn masyarakat lain.Siapa yg mahu hidup dgn umat yg menjaja kebencian kpd sesama manusia?

Bertaubatlah umat Islam..contohilah masyarakat Jepun dan Yahudi yg melihat kedalam diri mereka sendiri dan bangkit sebagai manusia contoh.

Nota : Mati keluar air mani diambil dari kisah benar Mujahideen Afghan yg mati di medan perang Soviet-Afghan.Itu tanda mereka baru saja selesai berjubur dengan bidadari.





13 comments:

Anonymous said...

Straight to the heart of the matter. Well written. The Muslims should be angry at themselves for being so stupid to be used by their religious leaders. Did you see Hamas leaders for instance bombing himself? No. They send stupid pawn to do the dirty job with a fake promise of paradise.

Anak2 Muslim dari kecil diajar yg org mati sahid badan mereka tak hancur bila mati. Mana buktinya? Mana gambar para shuhada yg badan mereka tak hancur bila mati? Kalau tak ada, if we were to follow their logic, mereka bukan mati syahid kan? Tidak ke itu membuktikan perjuangan jihad mereka itu palsu?

Malangnya orang Islam tak diajar untuk berfikir.

mizie jutaperkasa said...

Power!!

Anonymous said...

STUPIDITY has made the Muslims backward. We can see this in Bolehland with PAS and some retarded Umno goons paving the way to living hell.

Anonymous said...

Mereka fikir dengan menambahkan kebencian kpd Yahudi,Kristian dan non muslim,maka bertambah kuatlah umat Islam......what about the insane continuous killing of muslim - children and women in Iraq, Iran, Egypt, Afghan, Pakistan, Syria...etc...by these terrorist? Jihad? Perang suci?

Anonymous said...

there are many verifiable reports linking RELIGION with POVERTY

i could be lying...
check out yourself...
google is a click away...



p.s.
they are proportionate!
they meaning RELIGION and POVERTY

Anonymous said...

coincidence again?
nope, its
SYNCHRONICITY!

Anonymous said...

I agree that muslims from war-torn countries shouldn't blow themselves up in the name of syahid.

But, comparing atomic bombing of hiroshima & nagasaki with zionist occupation of Palestine is just too wrong.

The Palestinians didn't invade any country. It is their own country that is invaded by the zionist. Even now the massacres of the Palestinians by the zionist regime is just beyond words.

Anonymous said...

Islam and its teachings make the Malay Muslims backward . Tak abis2 dgn alam ghaib yg mengarut2 . Dlm Quran pun citer tahyul bersepah2 . Bila tanya kenapa banyak citer tahyul begini ramai Melayu yg educated pun masih percaya , diaorg ckp cerita2 tu metafora , kener contextual baru paham tak boleh menggunakan akal . Pigidah mabuk . Cuba lah Melayu2 semua dok analisa betul2 Islam dan Quran nie secara neutral tanpa prejudis brainwashing baru lah terbukak hijab baru paham dengan auta citer lama Pak Arab nie .

Anonymous said...

The Arabic God is one confused God . First Kiblah was Jerussalem then it was later changed to Kabbah . If the God of the Jews , Christians and Muslims are allegedly the same God then He wouldnt change the Kiblah forever . I strongly believe that it was the human author of Quran or Muhammad who changed the Kiblah for political reasons because of the dispute with the surrounding Jews at that time . Since then the Quran(Muhammad himself) started many hate speeches denoucing the Jews . Imagine the all-powerful God of the entire universe ( with billions of galaxies under His command) encouraging Muslims to hate the Jews . Hahaha . After 45 years living in this world interacting with people from all walks of life and religions , i will say that Quran is a man-made book . It cannot be from the true God .

Anonymous said...

Cognitive dissonance lives on. Dah tau Islam tu yg membawa kejahanam dan macam2 musibah, masih tekun cari excuse lagi. Takut sngat dgn *janjian2* akhirat hebat P.Unta punya Tuhan. Punya lah maha baik dan pengampun Tuhan ni, dia kasi itu special last message 1500 tahun pas tu korang pandai2 lah. Warning konon. Tipu diri sendiri lagi senang.Hidup penuh dgn takut mengarut.What a waste!

Anonymous said...

I need the balance for your statement

The western Bomb CIVILIAn with Jet.

They are also SATAN..

JBBoy said...

Knowledge is power! The Quran stresses that one must acquire knowledge in all things but that message sadly are often ignored and without knowledgeable Muslims have only themselves to blame for all that they see happening today.

Anonymous said...

You can't say, war is over..

Western still atacking weak nation esp when they have natural resources..

1. Find a reason - dictator etc.
2. Kill the civilian nation (not the leader) by terrorists jet areal wmd bombs.
3. Destroy their Public Administration building, to erase the ownership.
4. Take the most, give less as charity.
5. Make them out from homeland.
6. Hopefully all of them will live in smile when receive Western charity.

If any come revenge..that is terrorists.

If you Areal Bomb civilian using Jet..eer..that is technology..

Please judge from neutral view, not from Obama or Trump eye..

Remember Rambo first blood..

Hey US GB, stop your WMD terrorists attack..then no more land Molotov terrorists