Artikel berikut adalah sumbangan Sdr Norman Fernandez. Sedikit editing oleh saya. Sila baca komen saya di bawah sekali.
*BILA MARANG Menjadi PERMULAAN*
-Norman Fernandez-
Siapa sangka Marang, Trengganu menjadi permulaan.
Pada Ahad lalu telah menular di media sosial gambar sehelai kain putih yang digantung di sebuah jejantas dengan tulisan, 'Ini bukan Selayang, ini Marang' yang dipercayai bantahan penduduk tempatan yang menolak kehadiran pelarian Rohingya.
Trengganu dianggarkan mempunyai 6,000 pelarian Rohingya, kebanyakkan mereka tertumpu di daerah Marang (terutamanya di kawasan Rusila), Kuala Terengganu (seperti di kawasan sekitar Pulau Kambing), Kuala Nerus dan Dungun.
Pada 29 Mei lalu sebuah Petisyen yang dilancarkan oleh akaun 'Aku Anak Malaysia' yang antara lain menuntut kerajaan mencari penyelesaian alternatif menangani kebanjiran Rohingya telah meraih lebih 195,000 tandatangan.
Mutakhir ini video-video yang diviralkan dalam Tik Tok, komen dan debat media sosial menuntut pelarian Rohingya diusir keluar atau dihantar pulang.
Kemarahan dan fed up yang begitu terpendam makin menjelma.
Bukannya kerajaan tidak tahu kemarahan rakyat. Rakyat sudah lama bangkitkan masalah sosial yang dicetuskan Rohingya.
Orang ramai cukup kecewa melihat kerajaan tiada hala tuju dan rancangan jelas untuk menyelesaikan Rohingya ini.
Simpati sudah makin hilang dan kini berubah menjadi kebencian. Kerajaan akan hilang berpuluh ribu atau beratus ribu undi disebabkan Rohingya yang menjadi spesis yang begitu bermasalah.
Di Indonesia pula Rohingya tidak ramai pun, sekitar 2,600 orang sahaja, hampir semua di Aceh. Dulu Rohingya disambut dengan tangan terbuka, tetapi hari ini Rohingya diusir secara paksa oleh orang Aceh. Penduduk tempatan tidak lagi mahu Rohingya tinggal di kawasan mereka dan menuntut Rohingya diusir keluar dari Indonesia.
Di Malaysia dipercayai terdapat hampir 200,000 pelarian Rohingya yang berdaftar dan tidak berdaftar - SEPULUH kali ganda bilangan Rohingya di Indonesia. Malaysia menjadi negara tumpuan bagi Rohingya.
Rohingya memang mahu ke Malaysia, sebab Malaysia membenarkan mereka bergerak bebas, boleh berkerja dan berniaga, boleh membeli bot dan jadi nelayan, boleh membawa kenderaan tanpa lesen, boleh beranak-pinak dengan potongan 50% bayaran hospital, diberikan pelbagai kemudahan dan bantuan termasuk wang zakat?
Dan UNCHR pula menjadi seolah ‘Kementerian Dalam Negeri Hal Ehwal Rohingya’ berserta pelbagai Badan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Hak Asasi Manusia yang membela hak asasi mereka.
Setelah berpuluh tahun terpaksa toleransi Rohingya orang ramai tidak percaya lagi penipuan kononnya perlu seimbangkan keselamatan dan kemanusiaan dalam mengurus Rohingya atau kerajaan peka dan sedang dalam proses merancang solusi. Itu hanya kongkalikong. Berpuluh tahun sudah berlalu, dan kerajaan sudah banyak kali berubah. Rohingya masih kekal di sini.
Kerajaan perlu mengambil langkah lebih tegas dan menyeluruh dalam menangani isu pelarian Rohingya ini.
Sejak lebih enam tahun penulis telah memberikan pelbagai cadangan untuk menyelesaikan masalah Rohingya.
Apakah begitu sukar untuk kerajaan mengarahkan pejabat UNCHR ditutup? Apakah UNHCR lebih berkuasa dan lebih berdaulat daripada kerajaan Malaysia?
Jangan biarkan Rohingya bebas bergerak dalam negara kita lagi. Kumpulkan semua Rohingya yang menceroboh perairan kita dan masukkan mereka dalam kem yang boleh menempatkan semua pelarian Rohingya? Kemudian mereka patut dihantar pulang.
Apakah begitu sukar untuk kerajaan berunding dengan kerajaan Bangladesh, untuk mengambil Rohingya untuk ditempatkan di pulau Bhasan Char?
Negara kita akan menghadapi pilihanraya. Sebuah poster politik di media social menyatakan bahawa undi rakyat akan diberikan kepada mana-mana parti sama ada BN, Pas atau PKR yang boleh menghalau pulang Rohingya ke negara asal mereka.
Masalah Rohingya akan jadi lebih hangat dan rakyat akan melihat parti mana yang boleh mengusir mereka keluar.
Perhatikan gambar di atas itu sekali lagi. Sepanduk menolak Rohingya makin timbul di sana sini. Video mendesak Rohingya dipulangkan makin viral di media sosial, suara-suara marah makin lantang.
Marang sudah memberi isyarat.
*Norman Fernandez*
*Norman Fernandez adalah seorang peguam dan pengamat isu Rohingya sejak tahun 2014.*
MY COMMENTS:
Tuan-Tuan, tidak ada siapa pun suka atau setuju Rohingya. Tetapi bilangan mereka sudah hampir 200,000 orang. Jadi siapa yang tutup mata sebelah (atau tutup mata dua belah) membiarkan mereka masuk dalam negara kita?
ChatGpt kata: repeatedly reported existence of people-smuggling and human-trafficking syndicates bringing Rohingya into Malaysia, through Malaysia–Thailand border and by sea into Kedah, Langkawi, Kelantan, and Penang.
Some notable reports include:
2024: Rohingya Smuggling Syndicate Busted in Kelantan. ..arrest of 10 individuals, including a Rohingya man mastermind of migrant-smuggling syndicate. Authorities also arrested two alleged tekong darat (ground coordinators). The operation took place around Kota Bharu, Kelantan.
2025: Kedah Syndicate Linked to Rohingya Arrivals. raided a transit house in Kuala Muda, Kedah, and detained 18 Rohingya migrants together with two Malaysian suspects believed to be the syndicate's masterminds.
Tentu sekali ada orang yang benefit atau mendapat faedah. Tentu sekali ada orang yang dapat untung daripada kehadiran Rohingya. Mereka dapat duit.
Dulu-dulu (zaman pemerintahan 1MDB) kita pernah dengar khabar bahawa terdapat perkampungan Rohingya di kawasan parlimen tertentu di Pahang. Pelbagai tuduhan dibuat.
Tetapi yang jelas adalah sudah berpuluh tahun tetapi Rohingya bukan saja boleh kekal dalam negara kita tetapi makin ramai pula.
Tuan-Tuan orang Melayu, mereka sedang menjual negara kita. Our country is being sold. Untuk sedikit untung.
