Apa yang saya faham daripada keadaan nazak dan jahiliyah ini? Saya melihat orang Melayu biasa, orang bawahan ditipu bulat-bulat oleh orang Melayu juga. Melayu atasan yang kaya, yang berkuasa, yang mempunyai kedudukan menggunakan pengaruh mereka untuk menipu orang Melayu bawahan.
Sebab yang terlibat dalam kes ini, dan hampir semua kes-kes lain adalah wang rakyat. Harta rakyat. Duit kita. Kes yang terlepas DNAA itu, selepas dipanggil membela diri, melibatkan dana anak yatim pula !! Duit anak yatim pun mereka sakau. Dan telah terlepas.
Dan saya tidak akan lupa seorang Peguam Negara pada waktu itu yang mengadakan Press Conference khas untuk mengumumkan bahawa dia akan menghentikan kes terhadap si penjenayah yang sama juga. Dia kata tidak ada kes. I could not believe my ears.
Apa yang saya lihat adalah dalam hampir semua aspek kehidupan harian dalam negara kita ini orang Melayu atasan sudah dan sedang mengambil kesempatan dan mengeksploitasi orang Melayu bawahan.
Kes jenayah yang melibatkan orang kaya dan ternama ini adalah contoh yang besar. Tetapi bukan saja kes ini. Tuan-Tuan ingat tak banduan yang duduk dalam penjara dan dilepaskan secara kilat (bila parti dia menang) setelah diampunkan kesalahannya oleh Tuan Yang Tertinggi ketika itu. Politik punya pasal.
Tetapi bagi saya kecurian harta dan duit rakyat yang jauh lebih besar oleh orang atasan berlaku pada setiap hari dalam ekonomi negara kita. Common denominator-nya adalah duit dan harta rakyat.
Politik ke, ekonomi ke, agama ke, pentadbiran kerajaan ke hanya menjadi kaedah atau alat atau saluran untuk tujuan sakau duit. Dan duitnya adalah duit rakyat. Duit kita. Orang atasan, orang politik, orang berpengaruh, pegawai tinggi, orang agama, ahli perniagaan (konon) semuanya boleh bersekongkol untuk sakau duit rakyat.
Tak kisahlah samada secara rasuah, secara ketirisan, secara mencuri, salahguna kuasa, secara monopoli dan oligopoli, sapu projek besar-besaran, menerusi kutip derma untuk tabung, secara peruntukan dsbnya tetapi bottomline-nya melibatkan duit rakyat. Dalam bahasa Inggeris taxpayers funds dan public funds.
Dalam kes yang di atas ini ianya adalah jenayah yang straight forward. Kawan itu mencuri. Dia kena tangkap, didakwa dan dipenjarakan. Tetapi sekarang, politik punya pasal dia boleh dapat pengurangan pula (diskaun) hukuman dan denda.
Tetapi ada lagi kes-kes lain yang tidak begitu straight forward yang kita tidak nampak kesalahannya tetapi sebenarnya juga adalah kes curi. Contohnya ada orang bertugas sebagai pegawai kanan taikun perniagaan yang boleh mengumpul harta (gaji, elaun, bonus, saham dsbnya) hampiri RM100 Juta dalam tempoh 10 hingga 15 tahun saja. Ini pegawai saja. Bukan taikun perniagaan itu. Soalannya apakah kelebihan produktiviti pegawai itu yang membolehkan dia dibayar duit gaji RM100 juta dalam tempoh yang singkat juga, hanya daripada menjadi pekerja atau petugas? Dia bukan tuanpunya bisnes pun.
Jawapannya terletak kepada taikun itu yang cari hidup dengan sakau pelbagai kontrak, projek, monopoli dan perniagaan dalam negara kita. That is the only way taikun itu boleh bagi duit dan harta RM100 juta kepada seorang pegawai dia saja !!
Soalannya duit itu datang dari mana Tuan-Tuan? Duit itu datang dari kita - rakyat marhaen. Samada duit kita sebagai taxpayers funds, duit public funds yang lain atau duit kita yang mereka telan menerusi monopoli, oligopoli, lesen dan konsesi.
Kartel daging itu beroperasi lagi. Satu kilo daging lembu lebih RM40.
Kartel impot tepung dan gula ada lagi.
Setiap tahun Tuan-Tuan akan terpaksa membeli insurans kereta. Insurans adalah oligopoli. Bila mereka kira bayaran insurans mereka letak nilai yang tinggi atas kereta kita (untuk sakau duit premium). Tetapi bila kita nak jual kereta itu, harga pasarannya jauh lebih murah. Sahabat saya mengadu nilai insurans BMW-nya dikira RM240,000. Tetapi bila dijual kereta itu harganya hanya RM190,000. Dia kena tipu insurans premium berlebihan RM50,000 !!
Baru ini kami nak bayar 'fire insurance' untuk kedai kami - mengikut syarat pinjaman bank (oligopoli). Bank pula suruh kami beli fire insurance daripada anak syarikat mereka. Kami bayar kurang lebih RM1,500 setahun. Yang latest pula bank itu suruh kami beli fire insurance daripada syarikat insurans lain pula (masih dalam kandang oligopoli depa kut) tetapi premiumnya sudah naik jadi lebih RM2,000 !! Kami tidak ada pilihan.
Jadi semua ini adalah sakau juga. Cuma kaedahnya berbeza. Only the method is different. Samada
secara rasuah, secara ketirisan, secara mencuri, salahguna kuasa,
secara monopoli dan oligopoli, sapu projek besar-besaran, menerusi kutip
derma untuk tabung dsbnya tetapi bottomline-nya sakau duit rakyat secara tidak adil atau secara jenayah. Tujuan al-wahidnya - untuk sakau duit rakyat. Untuk mengambil harta orang secara paksa, secara tidak adil atau secara mencuri.
Dan kita rakyat biasa tidak mempunyai pilihan. We have no choice. Bank dan syarikat insurans semuanya adalah oligopoli yang dikawal kerajaan. Kerajaan pula dikawal oleh orang atasan juga - orang politik yang pegang kuasa dan pengaruh.
Dalam sistem ini orang atasan membuli dan menghisap darah orang bawahan secara paksa. Orang bawahan tidak ada pilihan yang banyak. Dan hampir kesemua orang atasan ini adalah orang Melayu.
Tuan-Tuan of course orang bukan Melayu pun lagi kaya raya. Tetapi lazimnya mereka tidak sakau duit rakyat secara paksa, secara tidak adil atau secara mencuri. Saya baca autobiografi Tan Sri Lim Goh Tong pengasas Genting Highlands Casino. Dia sendiri yang potong bukit naik ke Genting Highlands itu. Dia sendiri yang buat jalan naik bukit itu. Pada satu ketika dia sudah dekat nak bankrap, tak cukup duit bayar gaji, tak cukup duit bayar minyak, tak ada duit nak bayar tractor dsbnya. Jadi dia desperate tersungkur atas bukit itu dan dia bernazar minta bantuan tokong dan dewa Cina dia. Lim Goh Tong bernazar akan membina sebuah tokong di atas bukit itu jika projek Genting Casino itu berjaya. Maka hari ini terjumpalah tokong Chin Swee Caves Temple yang sangat cantik itu di jalan naik Genting Highlands.