Please Send Me Stuff

Sorry folks. No more comments will be allowed in this blog. I average one to two death threats a year and so far have been served two legal notices. Anyway do keep coming here. Lets change the world. Lets rename the Earth. Lets call it 'We're Here'.


Sunday, July 5, 2020

Naga Tasik Chini Gives Dr M Tight Slap In The Face No. 6 - Serves You Right

Dr Mahathir got his butt kicked in FIVE BY ELECTIONS before this : Kimanis, Cameron Highlands, Semenyih, Rantau and Tanjung Piai.

Tanjong Piai was the worst where Dr Mahathir's U-Tuning and failed reforms saw him lose Tg. Piai by over 15,000 votes. It was a wipeout.

And now Dr Mahathir has lost for the SIXTH time - in Chini. 

As predicted by some (including me) Dr Mahathir's candidate has lost his deposit.  

Here are the results :




The "worrying factor" is the high turnout - 74%. 

And a solid 91% of the 74% who turned out (13,872 / 15,231 = 91%) were obviously mesmerised by that pot bellied moron riding around on that quadbike and kapcai bike etc. As I said before, the people are easily impressed.

Does Chini reflect how the Malay voters will vote in the next General Election? 

I dont think so. It depends.

If the General Elections are held today then the Malay voters may still vote for a pot bellied moron riding around on a quadbike.

But if the General Elections are held later (or in 2023) then the outcome is going to be unpredictable. Why? Because the economic situation is worsening. 

The unemployment figures for April 2020 has exceeded 800,000 (according to the MTUC yesterday). We must add the May and June figures on top of that. 

There does not seem to be any economic turnaround situation in the immediate future. Not in the next SIX months.

And when that Loan Moratorium is lifted in October 2020 the loan defaults are going to skyrocket, especially Hire Purchase loans and Credit Card debt. 

The banks are going to be in trouble.

If the Loan Moratorium is extended the Banks will still get into trouble because they would not have earned interest income for MORE THAN SIX MONTHS. 

So the more time passes things are going to get worse - for everyone.

Even if there is a turnaround it is going to be the more efficient sectors first. 
Those sectors of the economy that are more used to open competition will turnaround first.  
Those NOT dependent on government money should see a quicker turnaround.

Those sectors of the economy that are dependent on easy government money (taxpayers money), on oil money etc are going to suffer for a longer period.  Or they may not recover at all.

Race, race, race again. Its always race in Malaysia.

Back to the Chini By Election. This win by the BN / PN candidate is another nail in the coffin for Dr Mahathir's plan to call for a Vote of No Confidence against the PM.

I dont know how Dr Mahathir is going to even start the No Confidence process.

The No Confidence Motion will not work without Brader Anwar's 38 PKR MPs.
That is Matematik Darjah Empat. 

But U-Tun now says he wants Shafie Apdal for PM.
So why should Brader Anwar throw in his 38 PKR MPs to support U-Tun's No Confidence Motion just so that Shafie Apdal can become the next PM? 

What type of cock and bull is this?

Now if you know this, I know this and everyone knows this surely U-Tun also knows this.  The No Confidence Motion is not going to happen.

My reading is Tan Sri Muhyiddin Yassin will remain Prime Minister until 2023.
And U-Tun knows this as well.
It is just a wayang going on.

By that time I think pot bellied Super Moron and his quadbike will be locked up. 
Some jail time is coming. 
Java Man will also spend some time behind bars. 
They are out of the picture. Gone.

I was right when I said before that Muhyiddin Yassin will be our 8th PM.
Because that has ALWAYS BEEN PLAN A - from U-Tun himself. 
This was common knowledge inside Bersatu.

I believe the next two closest candidates for PM will be Mohamad Hassan and Hishamuddin Hussein Onn.  One will be PM and the other will be DPM. 

And all this is already being planned.
The rest is wayang.

Saturday, July 4, 2020

Jom Menyusahkan Manusia - Sedikit Idea Baru Bagi Modal Politik Pemuda, Ahli Tua, Lebai Politik Dsbnya


Posting kali ini agak panjang juga.
Saya harap Tuan-Tuan akan baca apa yang saya menulis ini.
This is also important.

Esok (hari ini dah) 4hb July 2020 adalah tarikh PRK Chini di Pahang. 

Sahabat saya dalam Bersatu semua telah diarah membantu calon BN menangi PRK Chini. 

Feedback mengatakan kemungkinan besar calon UMNO akan menang besar. 

Dan saya rasa calon Dr Mahathir akan kalah teruk - mungkin ke tahap hilang duit deposit.  

Jika calon Dr Mahathir kalah, ini bermakna bahawa politik Dr Mahathir (dan Anwar Ibrahim) sudah pun ditongsampahkan oleh pengundi Melayu kawasan luarbandar. 

Malangnya samada calon BN menang atau calon Dr Mahathir menang, nasib orang Melayu tidak akan berubah. 

Terutama sekali nasib orang Melayu kampong seperti di Chini. 
Sedihnya masa depan orang Melayu akan menjadi makin gelap. 

Untuk memancing undi Melayu, sekali lagi parti politik Melayu akan menyembur ubat serangga (insecticide) untuk meracuni fikiran orang kampong.  

Dan mereka akan mainkan "watak jahat" seperti Cina jahat, haramkan arak, RUU355 (kembali balik), tukar nama bandaraya, tukar nama "Bangsar South" dan isu sensasi seperti itu.  


Contoh isu 'Cina jahat'

Ini adalah strategi yang berkesan juga. 
Apabila orang kampong terkena racun, maka mereka tidak akan undi parti 'jahat'.   
Mereka akan mengundi parti yang 'baik'.  
So simple and predictable.

Esok hari, sesudah PRK habis, orang kampong akan bangun tidur dan mendapati bahawa nasib mereka tidak ubah pun. 

Ataupun nasib mereka lebih teruk daripada sebelum hari mengundi. 
Inilah nasib majoriti besar orang Melayu dalam negara kita juga. 

Saya harap suatu hari nanti, dalam masa yang terdekat, semua lapisan orang Melayu akan sedar bagaimana mudah sekali bagi orang politik untuk pukau mereka dengan isu-isu yang remeh yang tidak membawa sebarang kebaikan pun kepada kedudukan ekonomi mereka. 

Kecuali mendapat sedikit bantuan duit sewaktu pilihanraya. 
Dan duit itu pun sebenarnya adalah duit mereka sendiri.

Hari ini saya ingin kongsi sedikit maklumat berkenaan satu isu yang patutnya jadi perjuangan dan modal politik bagi pemuda, ahli tua dan para lebai yang berpolitik.

Masalah ini kekal sekian lama dan ia memiskinkan orang Melayu juga. 
Saya pernah bangkitkan perkara ini beberapa kali sebelum ini. 

Isu ini berkaitan hartanah kepunyaan orang Melayu dan kerumitan dalam urusan jual-beli harta yang dihadapi ramai orang Melayu - terutama sekali dalam keadaan ekonomi hancur sekarang termasuk kiamat yang dibawa wabak Corona.

Saya bukan maksudkan Tanah Rizab Melayu. 
Dengar baik-baik ya - saya tidak rujuk isu Tanah Rizab Melayu.

Yang saya maksudkan di sini adalah urusan jual beli hartanah yang melibatkan 'izin'  atau 'consent' kerajaan (PBT, Kerajaan Negeri, Pusat dsbnya) sebelum boleh dijual beli. PBT maksudnya Pihak Berkuasa Tempatan.

Dan cara mengatasi masalah ini pun adalah sangat mudah tanpa melibatkan satu sen pun perbelanjaan duit rakyat (taxpayers funds). 

Beberapa hari yang sudah, sedikit analisa saya berkenaan hartanah di Shah Alam yang telah dipetik oleh   blog Permadu   pada Januari 2020 telah tular semula (jadi viral semula) melalui WhatsApp. Inilah tajuk perbincangan itu :






Shah Alam makin menjadi ghost city. Hari ini terdapat banyak rumah dan kedai yang kosong yang tidak dapat disewa atau dijual.

To be fair, sejak krisis corona virus dan harga minyak jatuh merudum (sejak 2014) di tempat lain pun terdapat rumah dan kedai yang kosong yang susah untuk disewa atau dijual. Bukan saja di Shah Alam.

Tetapi keadaan di Shah Alam dan kawasan seperti Shah Alam adalah sedikit lebih rumit kerana majoriti penduduknya adalah Melayu.  Memang dari dulu lagi nilai hartanah di Shah Alam dan kawasan lain seperti Putrajaya dan Cyberjaya (yang ramai penduduk Melayu) tidak meningkat sangat pun. 

Di sini adalah pandangan seorang penghuni Shah Alam :

"You want to know how bad things are here in Shah Alam? 
K’s house is up for rental - no takers, one year already.   
Lots of shop houses empty.  Up for auction.   
Stop at any major traffic light.  
Look at the 'Lelong Bank' auction signs.  

We have a piece of land up for sale for the past three years. 

No takers. 




  • Selling own property in Shah Alam is also an issue.
  • To get consent from the pejabat tanah to transfer title - another headache.  
  • A lot of red tape. Even if the transfer is from non bumi to another non bumi
  • It is up to the land office to take their time. 
  • No non bumi will buy 2nd hand property in Shah Alam. 
  • Buying from developer is the only hope here. 
  • If you sell your property, to transfer the house/shop title big issue, takes months.    
  • If transfer is from Malay to non Malay - aiyoooooo - must get MB's permisssion. 
Malays here in Shah Alam are a very frustrated lot.

My comments :  Ok itu al kisah Shah Alam. 

Yang berikut pula dua gambar yang saya sendiri mengambilnya di Cyberjaya beberapa hari yang sudah.  

Sila lihat begitu banyak kedai yang kosong dengan notis 'For Sale / Rent' tergantung di depan kedai (saya telah padamkan nombor telefonnya).






Cyberjaya pun makin serupa ghost town. 

Soalannya dalam keadaan ekonomi yang tenat dan penat kronik seperti ini kenapa pula kerajaan negeri atau PBT masih kekalkan pemikiran totok yang merumitkan urusan jual beli hartanah kepunyaan orang Melayu? 

Terutama sekali hartanah yang memerlukan 'consent' (izin) PBT atau pihak kerajaan? 

Saya bagi satu lagi contoh. Ini melibatkan orang Cina pula.

More than 10 years ago, saya telah beli sebiji apartmen (2nd hand) yang lama (usia lebih 20 tahun). Urusan jual-beli apartmen itu memerlukan 'izin' atau consent DBKL kerana projek apartmen itu dimajukan sebagai JV antara DBKL (tuan tanah) dan syarikat pemaju. Saya beli apartmen itu daripada seorang wanita China.

Apabila wanita Cina itu (dari Sabah) serahkan Perjanjian Jual Beli, dokumen dsbnya kepada DBKL, permohonan itu ditahan pula. 

DBKL tanya "Apa sebab wanita Cina itu ingin menjual apartmennya?"

Jadi wanita China itu jelaskan dia ingin pulang ke Sabah. 
Dia tidak duduk di Kuala Lumpur lagi.

Sesudah beberapa minggu, DBKL tahan lagi jual-beli itu. 
DBKL suruh wanita itu tunjuk bukti pula bahawa dia sudah pindah ke Sabah !! 

Maka wanita itu terpaksa hantar melalui courier sekeping Bil Letrik dari Sabah (yang menunjukkan nama dia) sebagai bukti dia telah pindah ke Sabah.

Masih tidak ok. 
Akhir sekali, setelah berkali-kali telefon, saya terpaksa pergi berjumpa dengan DBKL dan minta di-izinkan pembelian apartmen itu. 
Dan tunggu lagi. Akhir sekali, DBKL pun beri 'izin'.

Jadi saya nak tanya sedikit-lah.

What will happen jika wanita Cina itu tidak mempunyai Bil Letrik Sabah?
Lets say dia balik ke Sabah dan duduk dengan ibu atau anak dia. 
Atau dia tidur bawah pokok kelapa sajalah. 
Tidak ada Bil Letrik atas nama dia.
Then what will happen?
DBKL tidak akan "izinkan" jual-beli apartmen itu? 


Kenapalah DBKL ini dunggu sangat?
Apa kena mengena DBKL (atau PBT) dengan keputusan orang untuk menjual harta mereka sendiri?

Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) tidak perlu izinkan sebelum saya boleh jual  kereta saya.  Dalam negara kita harga kereta boleh lagi mahal daripada harga rumah.

Tuan-Tuan, posting kali ini memang terlepas panjang sikit.
Tetapi saya terpaksa explain perkara ini dengan jelas.
Otherwise, ramai orang tidak akan faham serius isu ini.
Merugikan dan menyusahkan manusia saja.

Saya bagi satu lagi contoh.
Ini adalah andaian sahaja.

Membeli harta (rumah, apartmen, kondominium, dusun, tanah lot, tanah kosong, tanah bendang dsbnya) adalah savings atau simpanan lah. 

Serupa simpan duit dalam tabung, serupa simpan duit dalam dalam ASB dsbnya. 

Savings atau simpanan itu hasil daripada penjimatan belanja kita atau pendapatan yang melebihi belanja kita atau kedua sekali. 

Our excess. Duit lebih. Itulah savings.

Tak kisah lah simpanan hari tua ke, hari muda ke, hari separuh tua ke. 
Savings is savings lah.  

Cara simpan duit itu (atau method of savings) hanya kaedahnya. 

Simpan duit dalam tabung piggy bank, simpan duit bawah tilam, simpan duit dalam peti besi, simpan duit dalam bank, simpan duit dalam ASB, simpan duit dalam Unit Trust, simpan duit dengan membeli jongkong emas, simpan duit dengan cara membeli rumah, tanah, dusun, apartmen, kedai dsbnya adalah kaedah atau method simpan duit sahaja. 

Tetapi semunya adalah savings atau simpanan. 

Setiap hari kita bekerja untuk mendapat gaji bulanan. Bila sudah dapat gaji selepas bayar sewa, bayar kereta, bayar susu anak, bayar bas sekolah, yuran sekolah dsbnya kalau ada duit lebih kita masuk savings lah. 

Contoh No 1. So katakanlah setiap pagi Encik Hassan bangun pagi, gosok gigi, mandi, minum kopi dan pergi bekerja. Cukup bulan dia dapat gaji. Selama puluh tahun inilah kerjaya Encik Hassan. Sudah settle semua bayaran, duit dia yang lebih itu dia masuk dalam simpanan atau savings ia itu menerusi tabung EPF. 

Bila sampai umur 55 tahun, Encik Hassan pergi ke EPF, isi borang, letak cap jari dan tiga hari kemudian simpanan hari tua En Hassan masuk dalam akaun banknya.  Alhamdulillah.

Contoh No 2.  Ataupun katakanlah setiap pagi Encik Hussein bangun pagi, gosok gigi, mandi, minum kopi dan pergi bekerja. Cukup bulan dia dapat gaji. Selama puluh tahun inilah kerjaya Encik Hussein. Sudah settle semua bayaran, duit dia yang lebih itu masuk dalam ASB (Amanah Saham Bumiputra). 

Bila sampai umur 55 tahun, Encik Hussein pergi ke ASB, isi borang, letak cap jari dan 24 jam kemudian simpanan ASB En Hussein masuk dalam akaun banknya.  Alhamdulillah.

Contoh No 3 Katakanlah setiap pagi Encik Hashim bangun pagi, gosok gigi, mandi, minum kopi dan pergi bekerja. Cukup bulan dia dapat gaji. Selama puluh tahun inilah kerjaya Encik Hashim. Savings atau duit dia yang lebih dia guna untuk beli rumah teres satu tingkat di ___ (tolong isikan ruang kosong). Jadi rumah yang dibeli itu menjadi savings Encik Hashim juga.

Bila sampai umur 60 tahun, Encik Hashim ada keperluan untuk bayar yuran anak di universiti, bayar hutang bank, bayar hutang kereta, bayar hospital, bayar belanja kahwin anak perempuan, bayar naik haji dan bayar banyak lagi. Jadi En Hashim nak jual rumah nya. (En Hashim masih ada tempat tinggal untuk baki hidupnya - bersama anak, di kampong dsbnya). So En Hashim pun jumpa seorang pembeli untuk rumah dia (house buyer), dia sign S and P, isi borang tukar nama dsbnya dan serah kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan untuk 'consent' atau 'izin' penjualan rumah itu. 

Tetapi PBT pula kata 'Kepala b-p-k kau nak jual rumah ini  pasal apa? Tunjuk sebab.'

PBT kata 'Kau nak balik duduk di kampong? Kepala b-p-k kau. Tunjuk Bil Letrik'.

PBT kata 'Kalau kau tak boleh tunjuk bukti kau ada rumah lain, rumah ini kau tak boleh jual'.

Ini andaian sahaja. Tetapi begini lah yang sedang berlaku pun apabila ORANG MELAYU ingin menjual hartanah yang perlukan consent atau izin PBT untuk urusan jual belinya. 

Seperti di Shah Alam, di kawasan bawah naungan DBKL dan tempat-tempat lain dalam negara kita.

Dan pernah juga berlaku kes apabila penjualan rumah itu TIDAK DIBENARKAN sebab pembelinya bukan Melayu. 

Ingat ya ini BUKAN kes tanah rizab Melayu.  
Ianya juga berlaku bila bukan rumah 'bumiputra lot'.

Oleh kerana rumah atau apartmen itu adalah hasil JV atau usaha sama antara pemaju dan PBT (negeri, dewan bandaraya, majlis perbandaran dsbnya) maka secara otomatik semua jual beli rumah perlukan consent atau izin PBT yang boleh lewatkan atau pun batalkan jual beli. 

Dan seringkali rumah orang Melayu yang terlibat.

Dan sudah tentu pembeli bukan Melayu sangat takut membeli rumah 2nd hand daripada orang Melayu yang perlukan 'consent' atau 'izin' Pihak Berkuasa Tempatan. 

Oleh sebab itu banyak rumah, kedai, apartmen 2nd hand di kawasan seperti ini TIDAK POPULAR di kalangan pembeli bukan Melayu.  

Maka nilai hartanah pun kurang 'berprestasi'.  
Orang Melayu yang tanggung rugi.

(I know all you ketuanan Melayu fellows will be getting over excited tapi baca dulu.)

Anehnya apabila pemaju perumahan (taukeh Cina contohnya) siap membina projek rumah baru dan apartmen baru, tidak ada halangan bagi sesiapa pun membeli rumah yang baru siap itu.  

Cap cop, cap cop, sign sini, sign sana rumah itu jadi milik Melayu, China, India, Iban, Dusun dsbnya. 

No problem.
Syarikat pemaju taukeh Cina jadi kaya.
PBT rakan kongsi taukeh Cina (seperti DBKL)  pun jadi kaya.

Maka En. Hashim pun beli apartmen, pinjam housing loan dan bayar setiap bulan sampai nak mati.  

Tetapi bila En Hashim nak jual rumah itu : "Kau nak jual rumah ini? Kepala b-p-k kau. Tunjuk sebab. Tunjuk Bil Letrik baru, dsbnya".

Tuan-tuan isu 'izin' atau 'consent' PBT untuk jual rumah ini adalah sangat relevan bagi negara kita terutama sekali orang Melayu.  Orang Melayu jadi miskin dulu.

Tetapi malang sekali parti politik Melayu tidak merasai bahawa isu ini adalah penting.

Tuan-tuan sekarang biar saya tukar lorong sikit ok. 

Karl Marx dan pemikiran komunis yang kuno sangat terbatas kepada keperluan asas untuk control "four  factors of production"  iaitu land, labour, capital dan organisation.  

Pemikiran komunis bertujuan untuk control kesemua 'factors of production'. 
Lepas itu pemerintah komunis akan AGIH factors of production itu mengikut kepala hotak dia. 

Pemikiran komunis tidak lain tidak bukan kecuali AGIH kekayaan negara.
Orang yang pegang kuasa akan memutuskan macam mana hendak AGIH semua harta dalam negara termasuk harta persendirian orang. 

Pendek kata komunis itu adalah 'control freaks'.  
Itu adalah cara pemikiran ekonomi zaman batu. 

Pada hari ini tiga manusia yang terkaya di dunia adalah Jeff Bezos (trillionaire taukeh Amazon), Bill Gates (trillionaire taukeh Microsoft) dan Jack Ma (trillionaire taukeh Ali Baba). 

Kekayaan Jeff Bezos, Bill Gates dan Jack Ma melebihi harta Qaroon, Haman dan Firaun dicampur sekali. 

Tetapi mereka tidak perlu kepada tanah. 
Jauh lagi mereka perlu kepada bumiputra lot, tanah rizab Melayu dsbnya. 

Jika Karl Marx hidup hari ini beliau akan sedar bahawa pemikiran ekonominya sudah jauh ketinggalan zaman. 
Pemikiran ekonomi dinosaur zaman batu. 
Hari ini tiada siapa pun boleh jadi trillionaire dengan berpegang kepada tanah. 

Sebaliknya Jeff Bezos, Bill Gates dan Jack Ma menjadi trillionaire dengan gunakan computer software sahaja. 
Computer software hanya perlukan tiga komponen yang sangat besar ia itu sekeping kertas, sebatang pen untuk “menulis” nya dan sedikit akal atau otak. 

Di Malaysia pun bakal trillionaire kita (InsyaAllah) tidak akan perlu kepada tanah rizab Melayu ataupun bumiputra lot untuk menjadi kaya. 
Mereka pun akan perlukan software - yang pada asasnya ialah penggunaan akal atau minda.

Jadi pemikiran bahawa orang Melayu perlu kepada tanah rizab Melayu, bumiputra lot dsbnya untuk “mempertahankan” ekonomi bumiputra adalah peninggalan daripada pemikiran dinosaur zaman batu. You are totally out of date and totally out of touch.

Saya pernah cerita dulu (dalam tulisan bahasa Inggeris saya) berjumpa dengan seorang Cina Malaysia di Kuala Kubu yang bekerja sebagai textile designer. 
  • Dia tidak perlukan pejabat pun. 
  • Kerja design dibuat gunakan laptop. 
  • Kemudian design itu di emel ke London (kepada majikan dia). 
  • Majikan Mat Salleh pula akan emel corak design itu ke kilang textile di Vietnam yang akan manufacture design itu. 
  • Kawan Cina kita dari Malaysia tadi akan naik flight ke Vietnam untuk make sure quality control semua ok. 
  • Majikan Mat Salleh di London pula akan bayar “gaji” menerusi Online Funds Transfer terus masuk akaun bank dia di KL, di Singapura atau mana pun. 
  • Tak perlu pun tunjuk Bil Letrik dari Sabah.
Seorang lagi Cina yang saya jumpa bekerja sebagai arkitek . Beliau membuka pejabat cawangan di Teheran di mana gaji arkitek Iran hanya 1/3 gaji arkitek di Malaysia.  

Mereka berurusan antara KL dan Teheran secara online video conferencing (Skype, WhatsApp call, Google dsbnya). Tidak perlu pun kepada tanah, bukit, lembah dan gunung untuk mengumpul “kekayaan”.

Jadi pemikiran kuno bahawa kita perlu control tanah, control urusan jual beli tanah, syaratkan bumiputra lot, consent PBT dsbnya adalah pemikiran bebudak kampong zaman batu.

Dan yang sedihnya pada hari ini pemikiran zaman batu ini lebih memiskinkan orang Melayu daripada membantu mereka. 

Tetapi inilah konspirasi ahli politik pun. 
Mereka nak jadi hero pembela kepala hotak mereka. 
Mereka tidak mahu orang Melayu jadi kaya dan independent. 
Mereka lebih suka main watak “control freak” yang suka control nasib orang Melayu. 

“Kau golongan B40 miskin ke? Nah ambik, aku bagi kau duit BRIM RM500”.
“Kau penjawat awam miskin ke? Nah ambik, aku bagi kau duit raya RM500”.

Apa? Kau nak jual rumah kau? Harga RM500,000?
Kepala b-p-k kau. Tunjuk bukti dulu!

Tuan-tuan 50 tahun dulu Dasar Ekonomi Baru atau DEB telah dibentuk tanpa rujuk sebarang teori ekonomi yang waras. The DEB cannot be found in any textbook of economics. 

DEB ini adalah dasar politik yang juga berteraskan konsep AGIH.
Pemerintah akan AGIH kekayaan negara.

DEB hanya dasar politik. 
Yang dipengaruhi pemikiran sosialis dan ateis Fabian Society di mana Tun Razak adalah ahlinya. 
Pembentukan DEB juga sangat dipengaruhi seorang peguam dan sahabat Tun Razak yang juga ateis, pro sosialis dan komunis. 
Sahabat Tun Razak itu pernah dipenjarakan oleh British atas tuduhan terlibat komunis. 
Beliau kemudian dihalau keluar Singapura oleh Lee Kuan Yew juga atas tuduhan terlibat komunis. 
Orang itu juga terlibat membentuk Dasar Ekonomi Baru.

Komunis pula gagal sebab mereka ikut pemikiran Karl Marx dinosaur zaman batu. Mereka sudah ketinggalan zaman.

Kalau nak nyanyi lagu favourite Karl Marx senang saja “We must control land, labour, capital, organisation. We must control land, labour, capital, organisation.” Ulang 50 kali.  Bodoh macam pintu.


Tuan-tuan, dalam negara kita ini, apa yang saya lihat (terutama sekali) ialah perselisihan besar antara what is good for the Melayu marhaen and what is good for Melayu politik (dan kroni mereka Melayu korporat).

Apabila kepentingan Melayu marhaen bertembung dengan kepentingan Melayu politik (dan Melayu korporat), maka lazimnya Melayu marhaen akan kalah.

Sebab dalam sistem AGIH apabila harta sesebuah negara di AGIH, mesti ada winners and losers.

Dalam sistem AGIH ini, duit disalurkan daripada losers kepada winners.

Siapa kah winners dan siapa kah losers?

Winners adalah mereka yang duduk di rumah banglo besar mahligai, bawa kereta mewah, holiday overseas di Eropah dsbnya dan mempunyai isteri mewah (mungkin lebih daripada satu). Biasanya mereka adalah Melayu korporat dan Melayu politik. 

Losers adalah Melayu yang bawa Proton Saga, Perodua Axia dsbnya. (If lucky Honda City).  Mereka seronok sudah boleh duduk di rumah teres. Atau apartment. Inilah losers daripada orang Melayu. 

Akhir kalam kita cuba faham Surah 103, Surah al Asri :




103:1       By the time.
103:2 The human being is utterly                    lost.
103:3 Except those who believe                      and lead a righteous
                  life, and exhort one 
                  another to uphold the 
                  truth, and exhort one 
                  another to be steadfast.


Masa dan waktu itu adalah sangat penting. 
Janganlah kita termasuk manusia yang membazirkan masa atau  membuang masa. 
Terutama sekali masa dan waktu kepunyaan orang lain. 
Jangan kita menyusahkan manusia.

Semoga ahli politik dan pemimpin negara kita akan faham perkara ini.