Please Send Me Stuff

Sorry folks. No more comments will be allowed in this blog. I average one to two death threats a year and so far have been served two legal notices. Anyway do keep coming here. Lets change the world. Lets rename the Earth. Lets call it 'We're Here'.


Saturday, October 31, 2020

Draft : Surat Terbuka Kepada YAB Perdana Menteri Dan Masyarakat Melayu / Bumiputera


Surat terbuka ini masih 'Draf' sebab saya menunggu Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6hb Nov 2020 di Parlimen. Ikut prosedur Parlimen hanya pembentangan akan dibuat pada 6hb November. Parlimen akan mengundi (untuk meluluskan Belanjawan) pada satu tarikh yang kemudian (dalam tempoh dua minggu ?)

Saya rasa terpanggil untuk menulis surat kepada YAB Perdana Menteri atas dua laporan berita terkini yang berikut :

1. MCMC sekat lesen syarikat courier 


https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/10/29/freeze-on-new-courier-service-licences-a-backward-move-says-group

consumer group concern over 2-year moratorium on new courier licences

“backward” move will hurt already struggling economy

MCMC announced 2-year moratorium on new courier licences 

MCMC move in line with call by Association of Carriers

represents 25 major companies including Pos Malaysia, GD, City-Link

2.  Dan berita berkenaan 'bail out' Felda Global Ventures 


Kedua 'kes' ini mencerminkan hampir segala kelemahan dan masalah yang masih menghantu dan membuntu masyarakt Melayu / bumiputera daripada maju ke depan.

Dan kedua kes ini juga mewakili permasalahan (dan mungkin juga penyelesaiannya) bagi parti politik Melayu yang makin hilang pengaruh dan sokongan padu daripada masyarakat Melayu / bumiputera. 

Seperti biasa, saya yang suka menyebuk, ingin memberi sedikit cadangan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia untuk mengatasi kedua masalah ini.

1. Membantu percepatkan ekonomi dan kemajuan Melayu / bumiputera

2. Yang seterusnya akan membantu parti dan gabungan politik YAB  Perdana Menteri mencapai kemenangan besar dan kukuh di peti undi pilihanraya, undi percaya / tidak percaya di Parlimen dsbnya.

Jadi ini hanya draf dan 'opener'.  Saya akan tunggu pembentangan Belanjawan 2021 pada 6hb November, 2020.

Harga Minyak Jatuh Lagi Tapi Harga Satu Tong Gas Tak Menurun Pun


Tuan-tuan harga minyak jatuh merudum sekali lagi. 

Latest pula harga minyak  dunia turun ke US35+ per barrel bagi minyak West Texas Intermediate atau WTI dan 'Brent' pula US37+ per barrel.



Yang lebih menarik adalah carta pengeluaran minyak (di atas) di Amerika Syarikat - negara pengeluar minyak yang terbesar di dunia.

Pengeluaran minyak di Amerika menurun daripada hampir 13 juta tong minyak sehari (Januari 2020) menjadi kurang daripada 10 juta tong minyak sehari (Okt 2020).

Kemungkinannya besar keadaan ini akan kekal buat seketika juga.

Harga gas asli (natural gas) pun sudah menurun dengan drastic, sila lihat carta ini :


Soalan yang tuan-tuan dan khususnya puan-puan suri rumah harus tanya ialah kenapa harga satu tong gas masak tidak menurun? Harga gas masak dikawal (price controlled). Jadi kenapa tiada penurunan bagi harga gas masak ?  

Dalam negara kita perniagaan cooking gas atau gas masak ini di control oleh syarikat gergasi oligopoli.   Maksudnya syarikat orang kaya.  Pembekal gas masak ini sangat sikit bilangan mereka - boleh dikira dengan jari sebelah tangan sahaja.  Kerajaan memberi mereka 'lesen besar' oligopoli untuk control pembekalan gas masak.

  • Monopoli maksudnya hanya satu syarikat control pembekalan sesuatu produk.
  • Oligopoli maksudnya beberapa syarikat saja control pembekalan sesuatu produk.
Apabila ada monopoli dan oligopoli maksudnya tuan-tuan rakyat marhaen tidak mempunyai pilihan lain atau pilihan terhad di pasaran. Bila pilihannya terhad di pasaran, maka pembekal monopoli dan oligopoli boleh control harga jualan sesuatu produk tanpa takut atau risau akan kehilangan jualan. Sebab tuan-tuan dan puan-puan sebagai pengguna  tidak mempunyai pilihan yang banyak. Atau tiada pilihan langsung.

Jadi tuan-tuan pengguna, NGO, persatuan pengguna dsbnya perlu desak Wakil Rakyat di kawasan masing-masing untuk mendesak Kerajaan di Parlimen kenapa harga gas masak tidak menurun.  Kenapa pembekalan gas masak ini diberi lesen monopoli dan oligopoli oleh Kerajaan?

Tuan-tuan di sini ada soalan cepu mas. Macam mana kita jadi miskin? How do we become poor?

Jawapannya : Sedikit demi sedikit. 

Hari-hari financial resources kita atau sumber kewangan kita terhakis apabila kita beli makanan, beli kereta, bayar api, bayar rumah dan bayar, bayar, bayar.   Bayar sampai mati.

Kita mesti bayar. Life is not free. Bangun pagi saja kita sudah perlu keluar duit.

Tetapi yang penting ialah bila kita bayar Satu Ringgit kita mesti menerima atau mendapat barang atau produk atau perkhidmatan yang berbaloi atau padan atau seimbang dengan nilai Satu Ringgit yang kita bayar tadi.

Habis macam mana pula kita boleh pastikan bahawa produk atau perkhidmatan yang kita beli itu berbaloi atau padan atau seimbang dengan duit Satu Ringgit kita itu?

Jawapannya terletak kepada pilihan atau choices yang ada pada kita dalam pasaran. Lagi ramai penjual bagi sesuatu produk maka lagi banyaklah pilihan bagi kita dan akan lebih berbaloi lah duit belanja Satu Ringgit tadi. 

Kalau nasi lemak di warong A tak sedap, kita pergi ke warong B. Kalau nasi di warong B sudah basi, kita pergi ke warong C. Kalau warong C bagi sebungkus nasi yang kurang atau tidak cukup kita pergi ke warong D. 

Bayangkan jika Kerajaan kata 'Di kawasan ini hanya satu warong nasi lemak diberi lesen berniaga. Warong lain tidak dibenarkan.'

Apa maksudnya? Maksudnya kita sebagai pengguna tidak ada pilihan. Duit belanja Satu Ringgit tadi tidak akan memberi kita produk dan perkhidmatan yang berbaloi, padan atau seimbang dengan duit kita Satu Ringgit tadi.

Apa maksudnya ? Maksudnya segala usaha, peluh, tension dan susah payah kita hasil daripada bekerja keras setiap hari, dari pagi sampai petang untuk mencari duit gaji Satu Ringgit itu tidak diberi penghormatan yang sepatutnya.

Orang lain - monopoli dan oligopoli orang kaya - mengambil duit kita yang lebih tetapi memberi kita produk yang tidak berbaloi, padan atau seimbang. 

We pay more for less. Kita bayar lebih tetapi kita dapat yang kurang.

Maka sikit-sikit, sedikit demi sedikit kita menjadi miskin. Orang lain pula jadi kaya. Selepas 30 tahun atau 50 tahun maka akan terjadilah 'kawasan perumahan mewah', kawasan perumahan miskin, golongan B40,  golongan elit, rakyat marhaen, golongan kaya oligarki dan sebegitu. 

Kenapa harga satu tong gas masak tidak menurun? Harga minyak dunia sudah jatuh merudum.

Friday, October 30, 2020

Mesyuarat "MT" UMNO "Empty" - Habuk Pun Tak Ada




KL Oct 30 

  • After lengthy meeting Umno said its Cabinet members will stay 
  • all Umno Cabinet members will stay in government 
  • Zahid stressed Umno committed to national reconciliation 
  • Umno announced support for PM Tan Sri Muhyiddin Yassin 


History For Super Nyanyok : Muslims Have Already Killed Hundreds Of Thousands Of French, Spanish, Hungarians, Austrians, Serbians, Bulgarians.



 
Tours in France

1.  732 AD  Battle of Tours  (in France)

Battle of Tours was fought on 10 October 732, during the Muslim invasion of France (Gaul). It resulted in victory by the Frankish forces under Charles Martel over the Umayyad Caliphate led by Abdul Rahman Al Ghafiqi, Governor-General of al-Andalus.

Al Ghafiqi was killed in combat, and the Umayyad army withdrew after the battle.

 

French Defend Themselves Against Invading Muslims, Battle of Tours 732 AD

 

2.  711 AD  Battle of Guadalete was fought between the Visigoths of Hispania and the invading forces of the Muslim Umayyad Caliphate. The battle was the beginning of the Umayyad conquest of Hispania. Opened the way for the Muslim capture of the Visigothic capital of Toledo.


The Battle of Guadalette 711 AD Between 

Invading Muslims And Visigoths

 

3.  711 - 788 AD  The Umayyad conquest of Hispania. The conquest resulted in the destruction of the Visigothic Kingdom and the establishment of the Umayyad wilaya of Al-Andalus. 

4.   711 - 1492 AD Muslim Conquest of Spain / Iberia 

In 711 Muslim forces invaded and in seven years conquered the Iberian peninsula.  Established Umayyad caliphate of Cordova which lasted for 781 years and ended in 1492.


5.    1389 AD  Battle of Kosovo on 15 June 1389 between Serbia and an invading army of the Ottoman Empire under the command of Sultan Murad. The battle was fought about 5 kilometers (3.1 mi) northwest of the modern city of Pristina. 



6.  1453 Fall of Constantinople - The capture of the Byzantine Empire's capital by the Ottoman Empire. The city fell on 29 May 1453, the culmination of a 53-day siege which had begun on 6 April 1453. 

 Muslims attack the Byzantine capital Constantinople 1453 AD

 

7.   1526 AD Battle of Mohács (Hungary) fought on 29 August 1526 between Kingdom of Hungary and the Ottoman Empire, led by Suleiman the Magnificent. The Ottoman victory led to the partition of Hungary for several centuries between the Ottoman Empire, the Habsburg Monarchy, and the Principality of Transylvania.

8.  1529 AD the First Siege of Vienna, first attempt by the Ottoman Empire to capture the city of Vienna, Austria. Suleiman the Magnificent, sultan of the Ottomans, attacked the city with over 100,000 men, while the defenders numbered no more than 21,000. Nevertheless, Vienna was able to survive the siege, which ultimately lasted just over two weeks, from 27 September to 15 October 1529.  

 

The first Siege of Vienna by Muslims in 1529 AD

9.  1683 AD - the 2nd Siege of Vienna on 12 September 1683. Vienna  had been besieged by the Ottoman Empire for two months. The battle  was a turning point in history, after which "the Ottoman Turks ceased to be a menace to the Christian world".


 
The 2nd Siege of Vienna, Austria by Muslims in 1683


Kuliah Pagi Jumaat

 

 


 

 


Monday, October 26, 2020

Pengkhianatan Kaum Arab : Arab Saudi Subahat Dengan Israel Sejak 1948, Menipu Umat Islam Mengenai Palestin, Tidak Campuri Perang Arab-Israel 1967, 1973



  • historical letter from King Faisal of Saudi to President Johnson in 1966 
  • reveals Saudi collusion with US over Israeli occupation of West Bank, Gaza, Sinai


Saya tidak rasa hairan pun membaca berita hari ini bahawa Arab Saudi bakal menjalin hubungan dengan Israel, ia itu  'musuh orang Arab dan mush umat Islam nombor 1', mengikut propaganda Pak Arab selama 70 tahun -  yang selama ini mereka telah sumbat dalam telinga umat Islam dunggu sedunia (macam kita lah). 

Apa yang telah berlaku sebenarnya, sejak awal lagi (seawal tahun 1940an)  Pak Arab ini telah menjalin hubungan dengan Empayar British, Empayar Amerika Syarikat dan dengan Israel sendiri - secara terbuka dan secara rahsia - semuanya untuk survival politik mereka dan menjaga kekayaan harta mereka.

Umat Islam dunggu sedunia pula digalak berdoa pada setiap jemaah hari Jumaat untuk kejayaan pak Arab menentang Yahudi Israel.

Di sini ada beberapa petikan berita terkini dan juga berita lama yang menunjukkan bukan saja Arab Saudi tetapi pemimpin Arab amnya tikam-menikam belakang sesama sendiri, membohongi kaum Arab dan membohongi umat Islam berkenaan sengketa antara Arab Israel.

No 1.  Berita terkini Arab Saudi bakal jalin hubungan dengan Israel selepas pilihanraya presiden Amerika pada 6hb Nov, 2020.  




  • Pengumuman normalisasi Israel - Saudi selepas pilihan raya presiden Amerika 
  • kata Pengarah Mossad Yossi Cohen, lapor The Jerusalem Post
  • Cohen beritahu secara tertutup Saudi tunggu pilihan raya AS tamat 
  • pengumuman itu akan dibuat serta merta selepas pilihan raya AS.
  • jika Trump menang pengumuman akan dibuat serta merta

My comments :

Maksudnya pengundi berbangsa Yahudi di Amerika Syarikat yang juga sangat berpengaruh ke atas media, akademia, Wall Street dan sistem kewangan Amerika akan perlu sokong kemenangan Trump jika mereka mahu hubungan damai Saudi - Israel dipercepatkan.   Trump menghulurkan 'quid pro quo' kepada kaum Yahudi di Amerika Syarikat untuk meraih sokongan mereka.

Makusdnya Trump sudah pun kau-tim dengan Arab Saudi. Mereka sudah setuju lebih awal lagi untuk berdamai dengan Israel. Cuma umat Islam dunggu sedunia saja tertipu kerana selama berpuluh tahun protes memanjat pagar duta Amerika, memanjat pagar duta negara Barat, membakar bas mereka sendiri, bertumbuk dengan Polis mereka sendiri kononnya untuk membela perjuangan menentang Israel.

 

Berita No. 2 ini pula menceritakan Israel membuka 'kedutaan rahsia" atau 'secret embassy' di Bahrain sejak lebih daripada 10 TAHUN dulu !!

2.   Israel Telah Buka Kedutaan 'Rahsia' Di Bahrain Sejak Sebelum 2010 !!



  • Israel operated secret diplomatic mission in Bahrain for more than decade 
  • diplomacy with Bahrain via front company listed as "consulting firm"
  • 'All we have to do is change the sign on the door' -  an Israeli official 
  • Negotiations to establish mission began through secret meetings 
  • between then-foreign minister Tzipi Livni and Khaled Bin Ahmad al-Khalifa

My comments :

Jadi soalan besar ialah bilakah Pemuda Umno, Pemuda Pas dan beb_ruk yang lain akan bantah depan duta Bahrain atau duta Arab Saudi ? (Jangan bantah depan Masjid Jamek, Masjid Negara dan Masjid Kg Baru lah 'doh. Kau orang ganggu laluan trafik dan urusan orang kita sendiri buat apa? Jangan jadi bodoh. Awak pergi lah protes depan masjid di New York ke, depan Masjid di London ke baru kena sasaran. Why do you want to create chaos in your own country?)

 

No. 3  Berita no. 3 yang berikut pula al kisah pengkhianatan yang lagi besar oleh King Hussein Jordan pada tahun 1973. 

Mesir, Syria, Palestin Liberation Organisation (PLO) membuat persiapan bulan Oktober 1973 (3rd Arab Israeli War) untuk membebaskan tanah Arab yang ditawan Israel pada tahun 1967. Menjelang serangan mengejut oleh tentera Mesir dan Syria, King Hussein Jordan telah berjumpa secara rahsia dengan Golda Meir, Perdana Menteri Israel dan membocorkan segala perancangan Mesir dan Syria. Ini beritanya :

King Hussein of Jordan mengkhianati Arab, Palestin dan Umat Islam Sewaktu Perang  Arab-Israel Oktober 1973.



September 25, 1973 meeting between Israeli Prime Minister Golda Meir and King Hussein of Jordan, in which the king, fresh from meetings with Arab leaders, warned of war on two fronts.

King Hussein, who feared that a Syrian offensive could draw Israeli troops into Jordan, was helicoptered to a Mossad building outside Tel Aviv along with his prime minister, Ziad Rifai, and met with Meir and the director-general of the Prime Minister’s Office, Mordechai Gazit. They spoke for over an hour and, after some idle chatter, the king essentially warned Meir of imminent war on two fronts.

Siapa yang minat membaca cerita penuh ini boleh klik di sini :

Account of King Hussein’s 1973 war warning still deemed too harmful to release.

King Hussein sedia faham jika pertempuran antara Syria dan Israel melibatkan kawasan atau tanah Jordan (terutama sekali kawasan United Nation's mandate di Jerusalem) maka tentera Jordan bakal mengalami kekalahan teruk dan dia sendiri sebagai Raja Jordan akan terpaksa tanggung malu. Ataupun Syria (yang juga sebuah republik) boleh mempunyai pengaruh atas masa depan Jordan. Maka untuk menyelamatkan takhtanya sendiri  King Hussein rela subahat dengan Israel untuk kalahkan Mesir dan Syria di medan peperangan.  Maksudnya sejak 47 tahun sudah, King Hussein dan Jordan telah tikam belakang Mesir, Syria, orang Palestin dan umat Islam.  Untuk menjaga kepentingan survival "raja" Jordan itu.


No 4.  Raja Faisal di Arab Saudi atau Al Malik Faisal  (1964 - 1975) "pembela Palestin" sebenarnya mengkhianati Palestin dan umat Islam.

First sila perhatikan video berikut :

 

Dan sila baca sedikit berita lanjutan berkenaan perkara ini seperti berikut : 




  • historical letter from King Faisal of Saudi to President Johnson in 1966 
  • reveals Saudi collusion with US over Israel occupation of West Bank, Gaza, Sinai
  • Published by Al Motamar.net news website
  • King Faisal said Egypt would not withdraw from Yemen unless Israel occupied Gaza, Sinai and the West Bank
  • King Faisal described Egypt’s dangerous role in Yemen 
  • through its support of rebels and provoking people against US and Saudi 
  • Faisal called Egypt “greatest enemy” of Saudi and US"
  • Faisal stressed US support for Israel to carry out swift operation against Egypt 
  • to control Sinai and forcing Cairo to withdraw from Yemen
  • Faisal suggested Gaza should be seized immediately
  • important to take control of West Bank from Jordan 
  • in order for Palestinians to lose hope 

Untuk baca surat original itu dalam bahasa Arab sila klik di sini

Background-nya begini : 

Perang Arab Israel yang kedua pada 1967 (juga dikenali The Six Day War of June 1967) berlaku sewaktu tegangan geo-politik antara Arab Saudi Dan Mesir. 

Selama LAPAN TAHUN (1962 - 1970) presiden Mesir Gamal Abdul Nasseir telah menghantar seramai 70,000 tentera Mesir untuk membantu pihak republikan dalam Perang Saudara (Civil War) di Yemen pada zaman itu. Presiden Nasseir yang telah gulingkan sistem "raja" atau monarchy dan menukar Mesir menjadi republik juga ingin membantu pihak republikan Yemen gulingkan kerajaan "monarchy dan Imam" di negara itu. 

Arab Saudi pula sebagai sebuah kerajaan 'monarchy' memihak kepada puak raja dan Imam Shia di Yemen (royalists).  Arab Saudi sangat takuti Presiden Gamal Abdul Nasseir yang memang bertujuan untuk membersihkan negara Arab daripada pengaruh sistem beraja, emir dan syaikh. 

(Saya masih ingat arwah ayah saya yang balik daripada haji pada 1968 menceritakan bagaimana ramai orang Arab berniaga menjual machine gun, hand grenade dan senjata api lain di warong tepi jalan di Mekah. Senjata api itu untuk membekal pejuang Perang Saudara yang masih berlangsung di Yemen.)

Jadi Raja Faisal bin Abdul Aziz di Arab Saudi (yang juga dikenali sebagai Al Malik Faisal)  telah mengambil kesempatan Perang Arab Israel 1967 itu dan mendesak Amerika Syarikat untuk "cucuk" Israel menawan Gaza, Semenanjung Sinai dan Jerusalem (Baitul Maqdis). Dalam kiraan 'strategik'  Raja Saudi Al Malik Faisal ini akan melemahkan kekuatan Presiden Gamal Abdul Nasseir dan memberi tekanan atas Nasseir dan Mesir untuk menarik diri daripada Perang Saudara di Yemen. 

Maka pihak republikan di Yemen akan tewas dan puak royalists akan menang. Yang pelik bin ganjil ialah antara puak royalists di Yemen yang di sokong Arab Saudi pada zaman itu termasuk kumpulan Syiah (kumpulan ber-Imam) yang kita kenali hari ini sebagai Houthi. 

(Akhir sekali pada 25 Mac, 1975 Raja Faisal telah ditembak mati oleh anak saudaranya sendiri yang bernama Prince Faisal ibn Musaid. Banyak teori timbul untuk menjelaskan sebab-menyebab pembunuhan itu tetapi sehingga hari ini Raja Faisal menjadi satu-satunya raja Arab Saudi yang mati dibunuh.)

Hari ini pula Arab Saudi sedang bom dan membunuh puak Houthi kerana takuti pengaruh Syiah Iran di kalangan Houthi di Yemen.

Maka sekali lagi Arab Saudi boleh berpaling dan tikam-menikam sesama bangsa sendiri untuk self preservation atau menjaga kepentingan puak pemerintah dan elit-elit mereka. 

Jadi inilah keadaan orang Arab sebenarnya.  Jangan pula kita terbawa-bawa dan tertipu oleh retorik dan pidato berbuih-buih puak-puak padang pasir ini. 

Everything is about money, power and survival. Itu saja kiraan strategik mereka. 

Tidak ada falsafah tinggi ke, nilai-nilai syumul ke, perjuangan membela umat ke atau apa pun. 

Just money, power and survival.