Please Send Me Stuff

Sorry folks. No more comments will be allowed in this blog. I average one to two death threats a year and so far have been served two legal notices. Anyway do keep coming here. Lets change the world. Lets rename the Earth. Lets call it 'We're Here'.


Saturday, January 23, 2021

CPI (Indeks Harga Barang) Menurun - Bukan Sebab Penjimatan Dalam Produktiviti Ekonomi Kita

 

https://www.thesundaily.my/local/malaysia-records-cpi-registered-deflation-after-decades-midf-research-DB6267115

  • KL: pandemic pushed Consumer Price Index (CPI) to drop 1.2% in 2020
  • a fall never observed for decades, said MIDF Research
  • last time deflation in CPI was in 1965 with tepid fall of -0.1% 

2020 deflation result of Covid, suppressed demand, sluggish oil prices

Food, non-alcoholic beverages grew 1.3% (2019: 1.7%) 
non-food prices decreased 2.3% (2019: 0.2% )

  • decline in Producer Price Index (PPI), leading indicator for CPI 
  • inflationary pressure from producer’s cost will be subdued into early 2021
  • PPI decreased 3.0% in Nov 2020, 9th straight month of deflation
  • revised CPI inflation forecast downward to 1.8% in 2021

  • electricity rebates 
  • new vehicle sales tax exemption 

moderated CPI, below initial estimate of 2.2% 

MCO affects consumption

-Bernama

Comments :

Pendek kata harga barang keseluruhannya menurun. Tuan-tuan setuju ke penemuan oleh MIDF ini?

Memang benar bahawa potongan sales tax telah menurunkan harga kereta (sangat sedikit sahaja) tetapi potongan cukai sales tax tidak mencerminkan penambahan produktiviti atau eficiency dalam ekonomi negara yang bantu kurangkan kos pengeluaran dan seterusnya kurangkan harga jualan. Ia hanya potongan cukai.  

Begitu juga dengan potongan harga bil letrik sebab dalam negara kita pembekal letrik adalah TNB ia itu monopoli GLC yang mana pemegang saham utama adalah kerajaan. Maka kerajaan mampu mengarah TNB untuk membayar rebat bil letrik dsbnya. Ianya bukan sebab TNB berjaya kurangkan kos pengeluaran mereka. There is no increment in productivity. 

Tetapi :  non-food prices decreased 2.3% (2019: 0.2%)

Ini termasuk pengurangan harga barang elektrik, alat dapur, alat mekanikal dan mesin, jentera, barang pembuatan kilang dsbnya yang diimpot ke dalam negara kita, bahagian yang terbesar sekali ialah dari negeri Cina (our largest trading partner). Jadi oleh kerana pengeluar di negeri Cina dapat jimatkan kos pengeluaran mereka (juga atas sebab permintaan lembap akibat Covid) maka mereka kurangkan harga jualan.

Sepertimana dulu kita pernah kena 'imported inflation' maka sekarang kita kena pula 'imported deflation'.  Sekali lagi bukan sebab ekonomi negara kita yang telah mengalami peningkatan produktiviti atau pengurangan kos pengeluaran yang memberi kesan besar (untuk turunkan harga barang).   
 
Bagi saya perkara yang membimbangkan ialah walaupun CPI pada keseluruhannya dianggap telah menurun tetapi harga barang makanan dan minuman pula naik 1.3% pada 2020. Kenapa pula begitu?

Food, non-alcoholic beverages grew 1.3% (2019: 1.7%) 

Negara kita masih mengimpot terlalu banyak barang makanan dari luar negara termasuk beras, bahan asas untuk industri makanan, daging, ikan dan banyak lagi.

Pada hal negara kita sangat kaya dengan sumber tani (tanah yang subur, air, sungai, lautan untuk perikanan) yang jauh melebihi sumber pertanian negara lain.   

Dan setiap tahun kita membuat peruntukan besar untuk pertanian dan kaum tani termasuk bantuan tunai dan sabsidi yang masih berterusan. Jelas sekali bantuan yang di beri itu tidak bantu menambahkan pengeluaran bahan makanan dalam negara kita. Sebab itu juga harga barang makanan makin naik. We do not have enough food producers.

Seringkali bantuan yang diberi kepada kaum tani adalah wang tunai ataupun mempunyai cash value yang sasarkan untuk meringankan beban kewangan kaum tani. Tidak semestinya bantuan yang diberi itu semestinya menambahkan produktiviti pertanian mereka. 

Pada zaman Badawi dulu Kerajaan memberi sabsidi tunai bagi nelayan bumiputera beli minyak diesel. Apa yang berlaku ialah ramai juga nelayan yang telah jual minyak diesel yang murah kepada nelayan bukan Melayu dan nelayan asing untuk harga sepenuhnya. Maka mereka menjadi kaya daripada menjual minyak diesel "sabsidi" pula.  

Dan oleh kerana ada nelayan dapat duit 'cepat kaya' mereka tidak mahu keluar untuk menangkap ikan pun. Why should they, they already earned enough from jual minyak diesel.   

Jadi ekonomi kita terpaksa tanggung banyak kerugian lagi. Pertama sekali duit rakyat yang diperuntukan untuk bayar sabsidi tidak kena sasaran. Money was wasted. Kedua peningkatan produktiviti (penangkapan ikan) tidak jadi. Sebaliknya penangkapan ikan mungkin telah berkurangan. Akhir sekali harga ikan pun naik. 

Di Melaka dulu saya pernah melawat seorang pengusaha bangsa Cina yang membela ikan tilapia dalam kolam untuk dijual di pasaran tempatan. Uncle itu berjaya bela ikan tilapia dengan kos dan harga jualan yang berpatutan. Dia membeli sisa buangan perut ayam, perut ikan dan sisa buangan lain daripada pasar untuk diberi makan kepada ikan tilapia. Malangnya Uncle itu diganggu oleh penguatkuasa agama di negeri itu yang meletakkan pelbagai syarat pula. Penguatkuasa agama itu mendesak pengusaha Cina itu hanya memberi makan sisa perut ayam yang disembelih secara Islam oleh orang Islam. Uncle Cina itu pun jadi binggung. Dia kata 'Saya beli sisa perut ayam, perut ikan dalam tong. Macam mana saya boleh tahu  perut ayam itu orang Islam sembelih atau siapa sembelih?' 

Pada hal ikan patin buah di negeri Pahang (yang hidup dalam sungai) makan bangkai gajah, bangkai babi hutan dan apa jenis bangkai binatang yang hanyut dalam sungai. (Mungkin sebab itu ikan patin buah boleh dijual sampai harga RM60.00 se kilo)

Pihak penguatkuasa agama itu telah meletak syarat serupa Puteri Gunung Ledang mengenakan tujuh syarat yang tidak mampu ditunaikan oleh Sultan Melaka.

Akhir sekali Uncle Cina itu terpaksa berhenti membela ikan tilapia dan tukar kepada ikan siakap (barramundi) yang dia ekspot ke Singapura pula, tanpa sebarang gangguan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (contohnya). Problem solved bagi Uncle Cina itu. Tetapi di negri Melaka pula supply ikan tilapia telah berkurangan. Tidak hairanlah jika harga ikan pun naik.
 
Jadi dalam negara kita sudah ada cukup sumber cahaya matahari yang cantik (yang tiada terhingga nilainya), air hujan dan air sungai,   sungai yang banyak, kolam, lautan yang penuh dengan ikan, tanah yang subur tahap ajaib, bukit, gunung, lembah, pokok, hutan, kebun, dusun dan semua sekali.  Percaya lah negara kita diberkati dengan limpah karunia Allah swt yang tanpa putus. 

Tetapi harga makanan masih mahal dan makin naik tinggi. Kenapa begitu?

Sebab kita adalah jaguh seantero dunia dalam membuat dasar pembangunan dan dasar ekonomi seolah kita adalah pesakit di Hospital Mental Tanjong Rambutan. Itulah sebabnya.  Kita belanja berbillion Ringgit, kita membuat peruntukan Bajet berpuluh bilion Ringgit tetapi produktiviti kita tidak menambah.

Sebab peruntukan duit berbilion Ringgit itu tidak dibelanjakan untuk menambah pengeluaran dalam ekonomi. Sebaliknya duit itu sering masuk terus dalam kocek orang. Buat apalah nak susah-susah ambil duit Kerajaan (wang rakyat) untuk dibuat kedai, lepas itu kena bangun awal pagi untuk ke kedai, kena jaga kedai, kena jaga customer, kena jaga kualiti, kena bersaing dengan orang sebelah dsbnya. Lebih senang ambil duit itu dan masuk terus dalam poket. Case closed.  

Dan bagi orang lain pula kita halang mereka daripada meningkatkan produktiviti mereka terutam sekali untuk mengeluarkan atau menyediakan barang keperluan rakyat marhaen. 

Pembela ikan diganggu pasal sisa perut ayam yang dimakan ikan bukan halal. Pekebun diganggu sebab orang kaya inginkan tanah yang sama. Penanam sayur diganggu dengan sewa tanah yang tertinggi dalam dunia sebab ahli Exco (YB Sharkar contohnya) tidak faham kira-kira untung rugi.  

Akhir sekali pengeluaran ekonomi negara terjejas. Kita terpaksa impot buah-buahan dari Thailand dan Cina, ikan dan ketam dari Indonesia, beras dari Vietnam, daging dari Australia dan banyak lagi lah. Harga barang makanan semuanya jadi mahal.

Setiap hari cahaya matahari yang cukup cantik menyinari bukit, kebun dan dusun, setiap hari hujan rahmat menyirami tanah yang subur dan mengisi sungai yang deras. Kita mempunyai segala sumber dan segala keperluan hidup. Tetapi harga makanan masih mahal.    

Judge Who Jailed Najib For 72 Years Transferred




KL Jan 23 

  • Judge Nazlan to deliver decision on Isa Samad on Feb 3
  • Isa nine counts totalling RM3.09m  
  • Nazlan also presiding over Najib / Irwan CBT in Sept 2021
  • duo facing six counts of CBT involving RM6.6b 
  • Another case before Nazlan is govt’s US$340m forfeiture vs PetroSaudi 
  • Dec 2020 Nazlan granted DNAA to Tengku Adnan RM1m corruption 

  • Aug 2018 Judge Nazlan transferred to criminal from commercial  
  • to take over Najib case from previous judge Sofian 
  • Sofian recused as his brother was Pahang Exco / Umno assemblyman 
Jan 23, 2021 Judge Nazlan Ghazali transferred from KL criminal to civil 
circular by Bar, Chief Judge Malaya directed transfer effective March 1

  • Malaysiakini reported transfer would raise eyebrows 
  • transfer possibly make public question independence of judiciary 
  • strange for transfer to only involve single judge
On July 28 2020 Nazlan sentenced Najib total 72 years prison
abuse of power offence 12-years, fined RM210m 
3 CBT jail 10 years each offence
3 money laundering 10 years each offence
sentences run concurrently
If default on RM210m fine jailed five more years

My comments :

Firstly Justice Nazlan was from the commercial court. In August 2018 he was transferred from the commercial court to the criminal court to hear the Najib cases. So he has familiarity with commercial crimes. Najib's SRC charges involved mostly commercial transactions (his bank account, signing cheques, documentary evidence of funds transfers etc). 

So since he has presided over a few of these cases is he being transferred to commercial court?

11 days from now on February 3rd 2021, Judge Nazlan is supposed to deliver his judgement on that Isa Samad case. That is just 11 days away. 

So what will happen to that Isa Samad judgement now? Since he has been transferred will Judge Nazlan still deliver his judgement on Isa Samad? Or will the decision on Isa Samad be postponed ?  Will another judge take over? The case has already been heard, case is closed. Only waiting for the judgement on February 3rd - so can another judge take over at this juncture? Sounds odd.  

Interesting that Justice Nazlan was also slated to hear the Najib / Irwan Siregar case in Sept 2021. 

More importantly the Najib appeal at the Court of Appeal is also coming up in February (15th??) 2021. That is less than a month away. 

The people expect justice to be done. 

Friday, January 22, 2021

UMNO Paya Besar Sudah Jumpa Teloq



  • Calls for Zahid to step down getting louder
  • joining chorus Umno’s Paya Besar division chief  
  • after Pontian Youth, Seremban Youth urged Zahid retire
  • Zahid should let go Umno president

  • many court cases involving Umno leaders
  • Zahid facing 87 charges corruption, abuse of power
  • party burdened by leaders facing criminal charges, strain on Umno

  • For sake of Malay race, Umno, loyalty, 3.6m members 
  • In 2018 Zahid on garden leave after Umno MPs left
  • citing loss of confidence under "directionless" Zahid
  • year later, Zahid made comeback and took back all his positions

(OSTB : for sake of Malay race?? Kalaulah 3.6 juta ahli parti telah undi untuk Umno pada PRU14, Najib akan masih PM hari ini. Hakikatnya 3.6 juta ahli Umno TIDAK MENGUNDI untuk Umno. I think I am still an UMNO member, Shah Alam, cawangan Section 12. Pi semak rekod lah. Ahli Umno pun sudah tidak mengundi Umno lagi.)

  • conflict within Umno Supreme Council, MPs yet to subside
  • still no solution to problems
  • directionless Supreme Council threatening Malay support for Umno
  • unclear direction, weak determination affecting 3.6m members
(OSTB :  Sekarang dua pemimpin saja yang boleh memimpin Umno, satu orang Johor seorang lagi orang Negeri Sembilan, bekas MB. Its either Hishamuddin Onn or Mohamed Hassan.  Yang jatuh basikal itu better get some training wheels ok.




Masalah besar bagi Umno ialah its too late. Kalau Zahid undur esok pun, Umno sudah tidak cukup masa untuk membuat house cleaning, untuk tongsampahkan all the morons yang pernah pakai Baju Lokap, all the dinosaur dan susun balik pimpinan baru, memilih calon baru untuk Ahli Parlimen, pilih calon baru Ketua Bahagian, elak sabotaj geng Baju Lokap dan banyak lagi perkara yang perlu dibuat jauh sebelum PRU15. 

Umno memang sudah berkarat.  Jangan risau. Saya ada cadangan OutSyed The Box. 

Umno boleh mencuba after shave lotion yang baru. Inilah dia :





Inilah WD40. Sekali sembur saja garenti semua jenis karat akan hilang. Bau pun sedap. Bebudak 'glue sniffing' memang suka WD40 ini. Cuba try.

And then masalah yang lagi besar bagi Umno ialah untuk membentuk  DASAR  BARU.  Umno perlukan dasar baru, falsafah perjuangan baru, new thinking. 

Sebab apa Umno perlukan pemikiran DASAR BARU? 

Sebab umat Melayu makin ketinggalan, jauh ketinggalan berbanding seluruh dunia. 

Pasal apa pula Umno kena peduli nasib orang Melayu? 

Sebab Umno kata dia berjuang untuk orang Melayu lah. 

Ini sudah jadi 21st century. Tahun ini ialah 2021. Bukan seribu sembilan ratus tujuh puluh. This is not 1970. Umno masih berkarat dengan pemikiran zaman separuh kedua abad ke 20.   

Dr Mahathir masih duk ulang masa Jepun masuk ke kampong dia di Kedah, time Siam menjajah Kedah, zaman penjajah orang putih, zaman tv hitam putih, kalau jalan empat lorong mesti bayar tol dan pemikiran begitu. 

Inilah masalah yang paling besar bagi Umno. Siapakah pemimpin Umno yang ada cojones (sila Google cojones - disebut ko-ho-nes) untuk berdiri dan mengaku bahawa Dasar Ekonomi Baru sudah out of date, sudah lapuk dan Umno perlu kembali kepada dasar-dasar politik, ekonomi, sosial dan segalanya yang uptodate dan selari dengan negara maju yang lain? 

Kalau kita nak jadi negara maju kita tidak boleh lari daripada mengikut cara moden negara maju.

Acuan-acuan sendiri semua sudah rosak, bengkok dan berkarat juga. It does not work. Tun Arshad Ayub kata 2,500 profesor tak ada kualiti. Nauzubillah. Kalau profesor tak ada kualiti, habis student dia macam mana pula? Sebab itu bumbung boleh jatuh, jembatan boleh retak dan entah apa lagi.  

Jadi siapakah pemimpin Umno yang bakal menunjukkan cojones untuk menjadi pemimpin yang berani membuang pemikiran dinosaur yang sudah out of date?  

Jawatan presiden boleh di isi bila-bila pun dan oleh sesiapa pun. Pak Lah Badawi pun pernah jadi presiden. Dia jadi presiden dan PM yang pertama hilang majoriti 2/3 di Parlimen. Penyamun 1MDB pun pernah jadi presiden. Dia kena hukum 12 tahun penjara. Wak Jahid pun boleh jadi presiden. Dia kena turun naik tangga High Court sebanyak 87 kali pula. 

Jadi sesiapa pun boleh jadi presiden Umno. Tetapi lebih penting daripada mengisi jawatan "presiden", Umno perlukan pemimpin.

Dalam Umno ini ada Melayu, thambi Mamak, Wak Jawa, Pakistan yang semua boleh pegang jawatan. Tetapi siapa pula yang boleh jadi pemimpin?  

You can choose a president but can you find a leader?  You need a leader.

Friday Lite : Uniform Baru

Atas : Upacara menyanyi lagu parti


Bawah : Fesyen baru pimpinan tertinggi