Surah 83: 1-3
* وَيْلٌۭ لِّلْمُطَفِّفِينَ *
* ٱلَّذِينَ إِذَا ٱكْتَالُوا۟ عَلَى ٱلنَّاسِ يَسْتَوْفُونَ *
* وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ *
83:1 Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan)
83:2 Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup
83:3 Dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
— Abdullah Muhammad Basmeih
Kepada persatuan2 pengguna jenama Islam, NGO Melayu, Ahli Politik Melayu yang pernah membangkitkan isu stokin tulisan Arab, sandwich 'chicken ham' dsbnya sila ambil sedikit perhatian.
Pada 9hb Julai 2025 media laporkan Bank Negara telah kurangkan OPR interest rate ke 2.75%. Pengurangan sebanyak 0.25%. Ini beritanya:
9hb Julai itu 22 hari sudah. TWENTY DAYS AGO.
Beberapa hari saja selepas Bank Negara potong OPR itu saya telah telefon bank saya untuk bertanya berapa banyakkah BAYARAN BULANAN saya yang baru (untuk loan pinjaman kami) sesudah potongan OPR itu.
Pegawai bank yang bercakap itu dengan immediately semak sistem komputer dia dan telah pun bagitahu BAYARAN BULANAN baru yang kami perlu bayar. Bayaran baru itu pun kuranglah sebab OPR sudah dipotong. Saya pun berterima kasih.
Maksudnya sistem komputer bank telah pun dengan serta merta boleh calculate BAYARAN BULANAN yang baru. Syabas. Itu masih pada awal bulan Julai ok.
Tapi Pelik bin Ajaib, pegawai bank itu kata bahawa kiraan baru potongan OPR itu akan dilaksanakan hanya bermula pada 5hb SEPTEMBER 2025!!
Dan semalam saya menerima WhatsApp yang menunjuk notis dari sebuah lagi bank yang berkata bahawa "monthly instalment yang baru akan effective bermula September 2025". Ini notis dia:
Kepada persatuan2 pengguna jenama Islam, NGO Melayu, Ahli Politik Melayu sila ambil perhatian. Ini adalah penipuan oleh Bank untuk memiskinkan orang - terutama sekali orang Melayu. Melayu akan miskin dulu sebab Melayu yang ramai sekali pinjam housing loan, pinjaman beli kereta, pinjaman untuk beli motor dsbnya.Bila saya telefon bank saya pada awal Julai 2025, pegawai bank itu boleh secara immediately menasihati saya kiraan baru untuk jumlah BAYARAN BULANAN baru selepas potongan OPR pada 9hb Julai. Tetapi BAYARAN BULANAN baru akan efektif hanya pada 5hb September 2025.
Kenapa pula pihak Bank mengambil masa hampir 58 hari (Julai 9 - 5 September) untuk menurunkan kadar interest rate mereka dan mengurangkan BAYARAN BULANAN padahal sistem komputer Bank telah pun mengira pengurangan OPR dan pengurangan BAYARAN BULAN dengan serta merta?
Kepada persatuan2 pengguna jenama Islam, NGO Melayu, Ahli Politik Melayu - saya melihat tuan-tuan tidak sekali pun bangkitkan isu-isu monopoli, oligopoli dan dasar cekik darah yang menguntungkan syarikat-syarikat besar yang dipunyai taikun-taikun Melayu atau syarikat GLC kepunyaan kerajaan pimpinan Melayu.
Tidak ada seorang pun persatuan2 pengguna jenama Islam, NGO Melayu, Ahli Politik Melayu yang bangkitkan isu monopoli impot beras, isu AP untuk impot kereta - yang keduanya dikuasai oleh kroni-kroni Melayu atau syarikat GLC.
Majoriti bank-bank tempatan di Malaysia pula dikuasai GLC yang dipunyai oleh kerajaan. Kerajaan itu pimpinan Melayu lah.
Walaupun orang Melayu yang dimiskinkan dulu (sebab orang Melayu adalah majoriti besar pengguna atau consumer dalam negara kita) oleh bayaran harga yang lebih mahal untuk BAYARAN BULANAN housing loan, car loan, beras mahal, bekalan beras putih tempatan tidak cukup, harga kereta tinggi gila sebab AP, cukai impot kereta tinggi gila dsbnya.
Padahal negara kita sudah tidak ada lagi kereta nasional. Dua syarikat kereta "nasional" itu samada dikuasai atau dipunyai oleh syarikat dari negara China dan Jepun. Tetapi persatuan2 pengguna jenama Islam, NGO Melayu, Ahli Politik Melayu tak ambil peduli.
- Biarlah orang Melayu bayar lebih.
- Biar taikun Melayu kaya dulu
- Biar bank-bank GLC kaya dulu.
- Biar orang Melayu miskin dulu.
Tetapi kalau berlaku isu pelik seperti stokin tulisan arab, sandwich jenama chicken ham dsbnya mereka boleh jadi jaguh Kampong Air Keroh.
Tolonglah orang Melayu sikit. OPR sudah dikurangkan pada 9hb Julai. Bawalah isu ini kepada sesiapa yang berkenaan untuk pastikan bank-bank oligopoli akan mengurangkan BAYARAN BULANAN pinjaman bank dengan serta merta. Sistem komputer bank sudah boleh kira OPR baru sejak 9hb Julai lagi. Kenapa pula kena tunggu 58 hari sebelum BAYARAN BULANAN dikurangkan?
Jangan cekik darah orang.
Surah 83: 1-3
* وَيْلٌۭ لِّلْمُطَفِّفِينَ *
* ٱلَّذِينَ إِذَا ٱكْتَالُوا۟ عَلَى ٱلنَّاسِ يَسْتَوْفُونَ *
* وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ *
83:1 Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan)83:2 Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup83:3 Dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.— Abdullah Muhammad Basmeih