MY COMMENTS
Malang sekali bagi orang yang kurang peka, kereta yang begitu mewah, cantik dengan harga yang sungguh mampu dibeli RM150,000 seperti kereta Geely ini hanya untuk orang yang lebih peka.
Masyarakat yang kurang peka akan terpaksa rela untuk membayar harga dua atau tiga kali ganda harga pasaran dunia untuk kereta serupa ini. Dan itulah yang telah pun berlaku sejak lebih 40 tahun (sejak tahun 80an). Sejak projek auta kereta nasional.
Bukan saja di negeri Cina tetapi juga di Amerika Syarikat 'pasaran terbuka' mereka menyediakan pilihan (choices) bagi pengguna membeli kereta yang berkualiti, besar, selesa, canggih dan penuh dengan safety features pada harga pasaran yang sebenarnya.
Tidak ada tokok tambah cukai2 yang gila, eksais, AP, duti dsbnya yang melipatgandakan harga jualan kereta. Bukan saja pembeli kereta mempunyai banyak pilihan tetapi mereka dapat menjimat duit apabila kereta mewah dijual dengan harga begitu murah.
Orang biasa, rakyat marhaen pun mampu membeli kereta yang selesa dan kualiti tinggi. Dan apabila jualan kereta Geely yang begitu murah ini meningkat maka jualan kereta jenama lain akan menurun. Apabila jualan kereta jenama lain menurun mereka tidak akan ada pilihan melainkan terpaksa 'potong harga' untuk bersaing dengan kereta Geely yang baru ini. Kesudahannya harga semua jenis kereta di pasaran kereta akan menurun.
Tapi balik kepada yang asal, perkara seperti ini hanya akan berlaku jika orang ramai peka dan celik akan keadaan yang sebenarnya. Kalaulah orang ramai tak faham, tidak mahu faham atau tidak peduli jika harga kereta adalah tinggi gila, maka get ready lah untuk disembelih oleh penyamun dan penipu.
Apabila kita bodoh, kita akan diperbodohkan.
