Ampun Tuanku, jadi masalah PATI bukan bergantung kepada peperangan, sengketa, keburukan, kemiskinan, kepapaan di Myanmar, Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Yemen atau mana-mana negara lain.
Masalah PATI berpusat dan berpaksi di dalam negara kita sendiri. Orang kita sendiri — pihak penguatkuasa dan ahli politik yang korup yang melindungi mereka — menjual kedaulatan negara kita demi wang. Dan wang itu bukan sedikit jumlahnya.
Kesimpulannya, masalah ini tidak akan selesai. Terlalu banyak wang yang terlibat.
KUANTAN, 17 Jun – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa pihak berkuasa perlu bertindak tegas, bijaksana dan berhemah dalam menangani isu melibatkan golongan tertentu yang diterima masuk ke negara ini atas dasar kemanusiaan.
Baginda bertitah prinsip ihsan yang dianjurkan Islam perlu dipelihara, namun tidak boleh sehingga menjejaskan kedaulatan negara dan kedudukan undang-undang.
"Islam mengajar kita untuk berlaku ihsan terhadap mereka yang ditimpa musibah kehilangan tanah air serta menjadi mangsa peperangan dan penindasan.
“Namun, rahmah yang dianjurkan agama tidak bererti kita mengabaikan kedaulatan negara atau melangkaui batas ditetapkan undang-undang,” titah baginda.
Baginda turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan tuntutan oleh golongan tertentu yang dilihat tidak selari dengan status dan kedudukan mereka di negara ini.
"Kebelakangan ini, rakyat makin gusar melihat golongan tertentu yang asalnya diterima atas dasar kemanusiaan, kini semakin berani mengemukakan pelbagai tuntutan yang tidak selari dengan kedudukan mereka di negara ini.
"Jangan sampai biduk yang ditumpangkan akhirnya mahu menentukan haluan nakhoda, jangan sampai kerana terlalu murah hati, tuan rumah pula dipersoalkan haknya di rumah sendiri," titah baginda.
Ampun Tuanku. Kita perlu bertanya mengapa isu PATI tidak pernah berkesudahan. Saya tidak akan membuang masa. Jawapannya ialah rasuah.
PATI (sama ada Rohingya, Bangladesh, Indonesia, Arab atau Pakistan) membayar sejumlah besar wang kepada kartel, pegawai yang rasuah dan juga ahli politik yang korup — sebab tanpa perlindungan orang politik, masalah PATI ini sudah lama dapat diselesaikan. Mustahil ahli politik yang korup tidak terlibat.
Saya diberi faham setiap orang Rohingya membayar sehingga RM15,000 untuk datang ke sini dari Bangladesh. Jika terdapat kurang lebih 200,000 orang Rohingya di sini, ini bermakna mereka bayar sekitar RM3 bilion secara keseluruhannya hanya untuk sampai ke sini. Jumlah wang yang sangat besar. Tetapi ceritanya tidak berakhir di situ. Itu hanya duit permulaan. Izinkan saya menjelaskan.
Tambang penerbangan ke Mekah untuk menunaikan Umrah hanya sekitar RM2,000 dengan pesawat mewah Airbus atau Boeing yang berhawa dingin. Penumpang pula melalui lapangan terbang yang selesa, berhawa dingin dan bertaraf lima bintang.
Sebaliknya, orang Rohingya datang ke sini menaikki sampan yang bocor. Perjalanan mengambil masa berminggu-minggu. Ada yang mungkin terbunuh atau meninggal dunia dalam perjalanan. Namun mereka sanggup membayar sehingga RM15,000 kerana kartel yang membawa mereka ke sini tahu bahawa orang Rohingya desperate dan sanggup membayar sejumlah wang yang besar.
Adakah orang Rohingya di Malaysia benar-benar pelarian? Orang Rohingya adalah kaum Bengali (Bengal) dan mereka bertutur dalam loghat Bangladesh. Pusat kebudayaan Rohingya (cultural capital) ialah Chittagong di Bangladesh.
Saya mendengar bahawa ada orang Rohingya di sini yang boleh pulang ke negara asal untuk bercuti Bulan Puasa dan cuti Hari Raya. Orang Rohingya di sini juga dikatakan membawa masuk wanita dari negara asal untuk tujuan berkahwin.
Ini bukan gambaran sebuah komuniti pelarian. Mereka kelihatan hidup mewah di sini, boleh pulang untuk bercuti dan membawa masuk wanita dari negara asal untuk berkahwin.
Apabila seorang Rohingya sanggup membayar sehingga RM15,000 untuk datang ke sini, saya percaya sebahagian besar wang tersebut digunakan untuk membayar pihak tertentu di dalam negara kita. Berikut adalah beberapa laporan media kita mengenai kartel pemerdagangan manusia (human trafficking):
1. Januari 2026 — Kedah & Pulau Pinang: Pasukan Gerakan Am (PGA) Malaysia memaklumkan bahawa mereka telah menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia yang dipercayai diketuai oleh tiga warga tempatan dan seorang warga Myanmar. Empat suspek telah ditahan, manakala 16 warga Myanmar — sembilan lelaki dan tujuh wanita berusia antara 16 hingga 35 tahun — telah ditahan/diselamatkan.
2. Jun 2024 — Kelantan: Jabatan Imigresen Malaysia melaporkan bahawa pihaknya telah menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia dan menahan enam lelaki Rohingya berusia antara 24 hingga 35 tahun.
3. Mac 2024 — Pulau Pinang: Polis menahan 14 individu, termasuk 11 warga Rohingya, dalam satu sindiket yang disyaki terlibat dalam pemalsuan kad UNHCR dan dokumen lain. Polis memaklumkan bahawa dalang sindiket yang disyaki merupakan seorang lelaki Rohingya berusia 63 tahun dan operasi tersebut dipercayai menjana ratusan ribu ringgit setiap bulan.
Semua ini boleh berlaku kerana terlalu banyak wang yang terlibat. Mustahil mereka boleh berani bergerak dalam negara kita tanpa penglibatan orang dalam. Dan sudah tentu sebahagian ahli politik korup juga terlibat.
Sebab mengikut berita terkini, seorang ahli politik dan bekas Menteri Kabinet, telah didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah sebagai bayaran untuk meluluskan permit pekerja asing dari Bangladesh.
Pada tahun 2015, kubur besar-besaran dan 28 kem pemerdagangan manusia telah ditemui di Wang Kelian berhampiran sempadan Malaysia–Thailand. Kem-kem tersebut menempatkan mangsa—kebanyakannya etnik Rohingya dan warga Bangladesh—yang telah ditahan dan diperdagangkan.
Sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) telah dijalankan pada tahun 2019 yang mendapati bahawa: 'Dapatan RCI yang diumumkan pada 2022 menyatakan . . . berlaku kecuaian serius dalam kawalan sempadan dan bahawa penguatkuasaan yang lebih berkesan mungkin dapat mengelakkan kematian tersebut.'
Penguatkuasaan yang kurang berkesan atau kes tutup mata sebelah? Sekali lagi, mustahil mereka boleh berani bergerak dalam negara kita tanpa penglibatan orang dalam.
Apabila mereka sudah berada di dalam negara, rasuah yang melibatkan orang Rohingya, PATI dan pekerja asing kesemuanya menjana lebih banyak wang lagi.
Kita pernah melihat laporan media bahawa orang Rohingya menyewa bangunan apartmen yang dibina tanpa kelulusan. Kemungkinan besar rasuah terlibat di pihak berkuasa tempatan. Jika tidak, bagaimana mereka boleh membina apartmen dan rumah tanpa kelulusan?
Kemudian rumah-rumah itu disambungkan bekalan air dan elektrik. Bagaimana perkara itu boleh berlaku? Sekali lagi ini menunjukkan kemungkinan berlaku lebih banyak rasuah.
Mengikut YouTuber dari Kedah, terdapat kes tanah Kerajaan dibangunkan untuk projek rumah murah di negeri itu. Projek dibangunkan dengan menggunakan dana awam (public funds) tetapi rumah yang siap pula disewa oleh Rohingya, terus menjadi 'perkampungan Rohingya'. Siapa pula yang mengutip sewa? Resit ada tak?
Setiap tahun, jutaan pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Arab yang berada di negara ini perlu memperbaharui visa dan permit kerja. Saya percaya mereka membayar ribuan ringgit (saya pernah mendengar RM7,000) kepada orang tengah atau middle man untuk memperbaharui permit kerja.
Jika mereka tidak membayar orang tengah, permit mereka mungkin 'mengalami masalah'. Jelaslah terlibat lebih banyak rasuah.
Sebagai anggaran kasar sahaja, RM7,000 (bayaran kepada orang tengah) × 3 juta warga pekerja asing = RM21 bilion setiap tahun. Jika kita kurangkan anggaran ini sebanyak 90% pun, ia masih menjadi RM2.1 bilion setiap tahun. Itu adalah satu jumlah wang yang sangat besar.
Kira-kira 10 tahun lalu, saya pernah melihat seorang warga Bangladesh memegang kad UNHCR untuk Rohingya. Dia berkata bahawa dia membayar RM300 untuk mendapatkan kad tersebut.
Sekarang kita tahu bahawa kad UNHCR seperti itu adalah palsu. Lebih membimbangkan, lelaki Bangladesh itu berkata, “Ini kad boleh jalan.” Maksudnya, pegawai penguatkuasa akan membiarkan mereka begitu sahaja jika mereka menunjukkan kad UNHCR palsu. Dalam bahasa mudah, maksudnya semua sudah kautim. Dan ini berlaku 10 tahun sudah.
Ampun Tuanku, jadi masalah PATI bukan bergantung kepada peperangan, sengketa, keburukan, kemiskinan, kepapaan di Myanmar, Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Yemen atau mana-mana negara lain.
Masalah PATI berpusat dan berpaksi di dalam negara kita sendiri. Orang kita sendiri — pihak penguatkuasa dan ahli politik yang korup melindungi mereka — menjual kedaulatan negara kita demi wang. Dan wang itu bukan sedikit jumlahnya.
Kesimpulannya, masalah ini tidak akan selesai. Terlalu banyak wang yang terlibat.
