Sasaran 125,000 Huffaz menjelang 2050
Menjelang 2050, gomen sasarkan 125,000 Huffaz di seluruh negara.
mengelak golongan itu terpinggir daripada aliran pendidikan nasional
dilakukan dengan kerjasama Universiti menerusi kursus
bukan hanya menjadi jurutera peguam doktor
juga jadi imam masjid dan mengetuai badan korporat
MY COMMENTS:
Mula sekali mereka buat sasaran hingga tahun 2050. Yang hakikatnya mereka hanya mempunyai 11 bulan sahaja sebelum pilihanraya umum dan mereka akan ditendang keluar.
Juga pada tahun 2050 mereka pun sudah lenyap. Sudah tidak ada lagi.
Sebab itu mereka buat janji setinggi langit - 125,000 hafiz menjelang 2050, Wawasan 2020 jadi negara maju, Nobel Prize dalam 20 tahun lagi (berlanjutan daripada tarikh semasa).
Mereka mahu manufacture 125,000 huffaz dalam tempoh 24 tahun lagi (hingga 2050). Maksudnya 125,000 / 24 = 5,208 huffaz setiap tahun. Tuan-Tuan this will not happen. Mereka cakap merapu dan merepek. Mungkin tujuan sebenar mereka adalah untuk meminta peruntukan Belanjawan yang lebih untuk satu tujuan yang confirm akan gagal. Tapi they dont care. What they want is the peruntukan duit.
Ikut laporan media MRSM telah mulakan program hafiz sejak tahun 2009. Selepas 17 tahun (2026) MRSM berjaya menghasilkan 4,812 orang huffaz, (jumlah terkumpul selama 17 tahun). Jadi average hanya 283 huffaz setiap tahun.
MRSM hanya boleh manufacture 283 hafiz setahun walaupun program hafiz sudah berlangsung selama 17 tahun. Wawasan Huffaz 2050 pula mahu hasilkan 5,208 hafiz setiap tahun. LAPAN BELAS KALI ganda jumlah di MRSM.
Kita juga perlu bandingkan success rate di MRSM.
Berapakah jumlah keseluruhan pelajar yang telah memasuki program huffaz MRSM sejak tahun 2009?
Daripada jumlah tersebut, berapa orang yang berjaya menghafaz kesemua 30 juzuk al-Quran?
Berapakah peratus pelajar yang berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk?
Berapakah jumlah pelajar yang berhenti atau tidak berjaya mencapai sasaran hafazan?
Daripada 4,812 orang yang dilaporkan itu, berapa orang yang benar-benar telah menamatkan hafazan 30 juzuk?
So what is the real success rate? Lets say 100 pelajar mulakan progran untuk menjadi hafiz, berapa ramai yang akan successful? 2%? 5%? Percayalah saya tak berani cadangkan 10% pun.
Tetapi soalan yang lebih penting, 4,800 atau 125,000 bebudak yang ingin hafiz Quran itu faham ke isi al Quran yang mereka hafal? Atau mereka hanya hafal macam burung kakak tua tanpa faham sepatah pun maksud ayat al Quran itu?
Sejak lima tahun sudah, sejak tahun 2021 (after COVID) saya telah khatam al Quran bahasa Arab sebanyak 14 kali. Sekarang sudah masuk pusingan ke-15, sudah sampai Surah ke-8, al Anfaal. Baca Quran ini sudah jadi hobi saya. Dulu saya ambil masa berbulan untuk sekali khatam. Sekarang, kalau rajin dan ada time yang cukup, saya boleh khatam sekali dalam masa empat minggu. Tapi bukan selalu ada time yang cukup. Tambah lagi makin usia. Tujuan saya adalah untuk faham bahasa Arab dalam Quran dan faham al Quran tanpa perlu rujuk kepada terjemahan. Setakat ini saya sudah 95% successful.
Kalaulah golongan professional seperti doktor, peguam, engineer, akauntan boleh hafal Quran tapi tak tahu maknanya, apa gunanya atau apa kesannya kepada kerjayanya sebagai doktor, lawyer, engineer itu? Mereka hanya menjadi burung kakak tua.
Why not main rakaman Quran di pen drive saja? Atau rakaman dalam I-Pod atau Memory Card? Apa bezanya?
Saya ada cadangan lain - why not mengajar isi dan maksud al Quran (bahasa Arab dan terjemahan) - tanpa rujuk kitab-kitab lain yang boleh mengelirukan pembaca. Baca dan faham direct dalam bahasa Arab atau baca terjemahan yang simple dan mudah - so that anak-anak muda kita boleh faham isi dan maksud al Quran.
Percayalah - bila mereka boleh faham maksud ayat-ayat Quran kerjaya professional mereka akan lebih successful.
Saya bagi contoh: Surah Al-A‘raaf (7:33)
قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالْإِثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَنْ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti; dan kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya" - Terjemahan Abdullah Muhammad Basmeih.


