Monday, November 4, 2024

Wah!! Gaji Penjawat Awam naik tinggi gila sampai boleh cuti ke Thailand dengan satu famili naik Business Class!! Atau dia guna duit tabung dia sendiri?


Saya pernah naik Business Class dan First Class tetapi masa saya bertugas dengan majikan saya dulu. Company bayar. Saya suka duduk di Business Class dari KL ke Amerika Syarikat. Memang selesa memandangkan waktu penerbangannya begitu lama sekali (up to 20 hours termasuk transit).

Tambang tiket kapalterbang Business Class dan First Class adalah sangat mahal berbanding tiket Ekonomi.

Contohnya tambang penerbangan Emirates KL to London: 

  • Economy class return tickets start from MYR 2,869
  • Business class return tickets start from MYR 14,589
  • First class return tickets start from MYR 31,219
Business Class LIMA kali lagi mahal berbanding tiket Ekonomi.
First Class pula SEPULUH KALI lebih mahal berbanding Ekonomi.

Kalau beli tiket sendiri saya beli Ekonomi saja. Tak berani bayar Business Class dengan duit sendiri. Mahal sangat. Tetapi make sure tiap 4-6  jam ada transit. Contohnya transit di Taipei, Tokyo, Dubai dsbnya. Saya kurang selesa direct flight 10 jam atau 12 jam ke mana pun. 

Anyway ikut berita berikut ada pula Penjawat Awam boleh holiday dengan famili dia ke Thailand naik Business Class. Boleh tahan juga. Dia kata dia guna duit sendiri. Duit tabung kut. 

Boleh baca di sini (click)