Cerita penuh di PermaduMalaysia (Sila klik di sini).
Dr Mahathir Mohamad mendedahkan perbualan yang didakwanya pernah berlaku antara a---nya dan a--k A-----ah A---d B----i, yang menyebut a--k perdana menteri ke---- negara itu dikatakan menyatakan niat untuk menggunakan kedudukan b---nya bagi mengaut kekayaan.
Tanpa menyebut sebarang nama secara khusus, bekas perdana menteri itu mengaku dia terkejut dengan pendedahan tersebut.
“Mereka (pengganti saya) percaya bahawa semasa saya menjadi perdana menteri, saya menyalahgunakan kuasa dan korup. A--k A-----ah beritahu a--k saya, ‘Giliran awak sebelum ini, sekarang giliran kami.’ Giliran untuk apa? Untuk mencuri wang. Saya terkejut,” katanya.
My Comments :
Saya ada soalan sikit saja. Tuan-Tuan perasan tak tidak ada anak Menteri yang masuk golongan B40. Atau M40. Mereka semua terus masuk golongan T20 (the Top 20% yang kaya).
Bagi saya inilah rahsia besar kejayaan Dasar Ekonomi Baru yang sangat terpendam, yang tidak diceritakan dengan sepenuhnya kepada masyarakat kita dan juga kepada seluruh dunia. This is the hidden truth of the New Economic Policy.
Apabila bapak dia menjadi Menteri saja, anak Menteri akan terus menjadi kaya. Jadi the solution is simple Tuan-Tuan. Untuk membangunkan ekonomi orang Melayu, setiap orang Melayu harus dilantik menjadi Menteri untuk satu tempoh yang singkat.
Untuk tempoh yang berapa lama? Untuk tempoh sampai kontrak sudah sign dan duit sudah dibayar. Tak payah tunggu projek siap pun. Macam kontrak beli enam biji kapal peronda pesisir pantai itu. Kapal tenggelam sebelum kapal siap. Tapi duit sudah bayar - RM6 billion ke apa. Projek tak siap pun.
As long as kontrak sudah sign, duit sudah bayar sudah cukup. Tak payah tunggu projek siap pun. Lepas itu tukar sajalah Menteri - ganti dengan Menteri baru. Famili Menteri baru pula boleh berpeluang jadi kaya.
Kalau anak Perdana Menteri pula, mereka akan terus menjadi ahli kaum T20 atau lebih tinggi. (Tuan-Tuan dulu ada 'gang' anak seorang ex-PM yang mahu belanja saya pergi tengok bola World Cup di Brazil. Saya tak pergi - no thank you. Di Brazil tu ada Sungai Amazon. Dalam sungai itu ada ikan piranha. Kalaulah saya terjatuh ke dalam sungai boleh terjadi tajuk berita 'Blogger OutSyed The Box eaten by piranhas'. Later I found out 'yacht' yang famous itu (kes Wan Em Dibi) pun berlabuh di Rio De Janeiro pada masa yang sama. Nauzubillah).
Balik kepada topik, anak-anak ex-PM bukan saja jadi ahli Top 20 tetapi lebih elit dari itu mereka jadi Kumpulan Elit Top 1% yang terkaya dalam negara kita. Sudah lepasi jutawan dan menjadi billionaire atau menghampiri billionaire.
Antara rahsia anak-anak ex-PM ialah apabila mereka menghampiri apa jenis pintu pun (pintu bank, pintu Bursa, pintu GLC, pintu jabatan kerajaan, pintu Mahkamah Criminal) maka pintu itu akan terbuka dengan sendiri.
Jika ada sekuriti guard penjaga pintu, sekuriti guard itu akan rebah sujud mencium duli yang mulia. Itulah kelebihan anak-anak ex-PM dulu. Jangan main.
Balik kepada topik kita - pernah tak Tuan-Tuan jumpa anak-anak ex-PM yang masuk B40? Atau M40? Atau T20? Tak ada pun. Mereka lebih selesa di kalangan Top 1%.