Friday, January 31, 2025

DUIT ITU TAK AKAN SAMPAI. PAK ARAB AKAN SAKAU.


As usual - in the present climate - 'No Names' ok.



Ingat tak seorang Pak Arab pernah datang ke negara kita dulu dan mengadu semua duit derma yang dikutip atas nama mereka tak pernah sampai kepada mereka?  Duit itu di sakau orang.

Lepas itu ada pula CEO NGO yang kutip derma untuk bantu Pak Arab ditangkap Polis atas tuduhan songlap duit derma yang dikutip? Do you all remember that? 

Percayalah itu yang akan berlaku dengan cadangan nak bagi duit  kepada Pak Arab sekali lagi. 

Tuan-Tuan tahu tak segala bantuan makanan dan barang keperluan yang dikirim oleh Yunaited Nesyen di hijack oleh kumpulan tertentu. Mereka bersenjata dan tembak mati sesiapa saja yang cuba 'menerima' bantuan makanan UN secara direct. Just Google atau search dalam YouTube you can find it.

Bantuan makanan dan bantuan lain di hijack oleh kumpulan bersenjata dan kemudian dijual dengan harga tinggi kepada penduduk dan mangsa peperangan. Itulah yang sedang berlaku. Itulah cara mereka ambil untung atas angin untuk funding aktiviti bersenjata mereka.

Kumpulan bersenjata itu control segala laluan masuk ke kawasan itu dan segala projek pembinaan akan terpaksa guna "orang tengah" mereka juga. Lori, simen, besi, labour supply semua mereka control.

Tapi yang lebih merunsingkan adalah taktik kotor yang telah digunakan oleh CEO NGO yang sudah ditangkap Polis itu. Maksudnya, dia kutip duit tetapi tidak pernah berniat hantar duit itu kepada Pak Arab. Dont let this happen again.