Thursday, October 16, 2025

GANG RAPE BALING: PESTA SEKS BERKUMPULAN EMPAT BULAN DALAM KELAS SEKOLAH HABIS PENGETUA TAK KENA TRANSFER KE?

 

RULE NO 1 - NO NAMES. ITS THE TIMES WE LIVE IN.

 

"empat suspek melakukan seks berkumpulan Mei-Ogos dalam kelas sekolah"

 

Rogol bergilir, rogol berkumpulan, rogol bersiri. Rupanya belum ada lagi istilah yang dipersetujui untuk huraikan pandemik baru yang melanda satu kumpulan penduduk sahaja dalam negara kita. Mungkin Dewan Bahasa boleh membantu. Saya cadangkan bahasa mudah: "gang bang" sajalah.  

 



BALING: Empat remaja termasuk tiga pelajar sekolah daerah ini rogol secara berkumpulan dan menyebarkan bahan lucah di media sosial. 
Pengadu dimaklumkan guru disiplin berkaitan video anaknya berbogel.
tiga pelajar sekolah berkenaan, seorang bekas pelajar ditahan 
empat suspek melakukan seks berkumpulan Mei-Ogos dalam kelas sekolah 
Ahmad Salimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan menghantar pornografi kanak-kanak. 

 

My Comments:

1. Kes bunuh di sekolah Petaling Jaya

Kenapa pula pengetua sekolah itu dikenakan tindakan 'administrative transfer'?

What for?

Di Petaling Jaya, pengetua sekolah  itu tidak terlibat cover up apa pun.
Di Petaling Jaya, pengetua sekolah tidak terlibat buat panggilan telefon pukul 3 pagi atau 4 pagi memberi arahan entah apa.
Di Petaling Jaya, tidak ada warden terlibat alihkan mayat simati dari sini ke sana, sehingga orang keliru di mana tempat kejadian yang sebenarnya. Semuanya jadi teka teki. 
Di Petaling Jaya, tidak ada pelajar merayau-rayau sekeliling sekolah pada pukul tiga pagi, buat laundry, masak mee, basuh kasut dsbnya.
Di Petaling Jaya, tidak ada sekuriti guard memberi saksian merapu dan merepek pelajar bertengkar dan memekik pada paukul tiga pagi sebab 'itu perkara biasa saja'.
Di Petaling Jaya tidak ada saksi-saksi yang bercakap seolah sudah ada 'coaching' apa nak di kata. 
Di Petaling Jaya, tidak ada gang senior buli geng junior, tidak ada kumpulan Bulatan Edinburgh ata apa jenis circle pun.
Di Petaling Jaya tidak ada telefon awam 'ditutup' dan pelajar tidak dapat membuat panggilan ke luar. 
Di Petaling Jaya tidak ada kekeliruan CCTV ada ke tak ada, di pasang ke atau tidak di pasang dsbnya.

Habis pasal apa pula pengetua sekolah di Petaling Jaya dikenakan tindakan 'administrative transfer' pula? Tak masuk akal. 

Di Petaling Jaya, itu adalah kes budak tak senonoh sengaja serang budak perempuan yang tak mahu layan dia. Budak lelaki itu sudah syok kepada budak perempuan itu tetapi bila kena rejection dia mengamuk psycho. Dia serang dan tikam anak gadis itu dengan pisau. This is a very rare case - anywhere in the world. Satu dunia pun jarang melihat kes psycho macam itu. 

Habis kenapa pula pengetua sekolah dikenakan tindakan 'administrative transfer' pula? Jangan main politik lah bodoh.  The pengetua sekolah has nothing to do with that type of psycho behaviour. Susah bagi siapa pun dapat kesan kes psycho seperti itu sebelum ia boleh berlaku. 

 

2. Kes rogol berkumpulan di Baling.

Mereka adakan pesta seks atau pesta rogol berkumpulan atau pesta gang-bang selama EMPAT BULAN dalam kelas sekolah. 

  • Dan pihak sekolah tak tahu apa pun?
  • Pengetua sekolah tak tahu.
  • Warden tak tahu.
  • Sekuriti guard tak tahu.
  • Guru disiplin tak tahu.

Selama EMPAT BULAN MEI-OGOS, sekurang-kurangnya  "tiga pelajar sekolah berkenaan, dan seorang bekas pelajar"   terlibat Pesta Seks Berkumpulan di sekolah di Baling itu. 

"empat suspek melakukan seks berkumpulan Mei-Ogos dalam kelas sekolah"

Tetapi tiada siapa pun pihak sekolah yang dapat mengesan PESTA SEKS itu. Saya rasa bukan saja pengetua sekolah perlu kena administrative transfer tetapi terus dibuang kerja saja. Juga guru disiplin, warden (kalau ada), sekuriti guard dan semua sekali perlu dibuang kerja.

Dan saya melihat satu lagi perkara pelik antara kes PESTA SEKS BERKUMPULAN di Baling dan juga kes di Melaka itu.

(Mata Beliak kata beri ruang pelajar perogol Melaka itu mengambil peperiksaan SPM mereka.  Tak payahlah awak cakap bodoh-bodoh. Hari ini mereka mula didakwa di mahkamah Melaka. Habis kenapa awak tidak pergi mengajar Matematik dalam lokap? Awak pergilah bawa buku Nawawi sekali dan mengajar mereka antara masuk lokap dan naik turun Black Maria. Jangan lupa bawa kain niqab untuk tutup muka mereka - sebab bawah umur kan. Why do you talk so stupid?)

Di Baling gadis mangsa rogol tidak membuat laporan atau aduan walaupun PESTA ROGOL dalam kelas sekolah berlangsung selama EMPAT BULAN dari bulan Mei hingga Ogos. Akhir sekali seorang guru disiplin yang maklumkan kepada ayah si mangsa bahawa anak dia terlibat video bogel "Pengadu dimaklumkan guru disiplin berkaitan video anaknya berbogel".  Lepas itu barulah si ayah membuat laporan Polis.

Serupa juga kes Pesta Rogol di sekolah di Melaka itu. Mangsa rogol itu tidak membuat aduan. Yang membuat aduan adalah si ibu mangsa dan sekali lagi sesudah si ibu menerima hantaran video yang menunjukkan anaknya dalam aksi berbogel.

Hari ini Khamis 16hb Oktober 2025. Kita tunggu sajalah sampai esok atau minggu depan. Kita tunggu sajalah. Saya rasa mesti akan ada lagi kes-kes serupa ini yang melibatkan sekolah dan pelajar sekolah. Rupanya fe'el seperti ini makin menjadi pandemik.