Thursday, August 27, 2026

3 PM KITA JUMPA DI MAHKAMAH OK? 4 PM MACAM MANA?

 



Kompleks Mahkamah KL tumpuan tiga bekas perdana menteri
Najib, Muhyiddin, Ismail Sabri hadapi prosiding mahkamah kes berasingan
Najib perbicaraan AS$5.64 bilion 1MDB
Muhyiddin tujuh tuduhan salahguna kedudukan, pengubahan wang haram 
Ismail Sabri didakwa pengisytiharan harta.
RM170 juta serta 16 kilogram emas tulen RM7 juta 
- Bernama


MY COMMENTS: 

Malulah. Malu. Sila catit dalam Guinness Book of Records.
Tak tahulah apa yang akan jadi kepada kes-kes ini. 

Ikut putar belit sejarah negara kita seorang bekas PM dan DPM boleh:
1. didapati bersalah atas tuduhan dan dipenjarakan
2. didapati bersalah, dipenjara kemudian di beri pengampunan. Bersih suci.
3. didapati bersalah, dipenjara kemudian dapat diskaun 50% hukuman. 
4. didakwa di mahkamah kemudian tiba-tiba tuduhan dibatalkan (DNAA).
5. prosiding bermula tiba-tiba orang yang menuduh pula dipenjarakan. 

3 PM KITA JUMPA DI MAHKAMAH OK? 
4 PM MACAM MANA?