Thursday, August 20, 2026

The Question Of Siapa Tipu Siapa?

 

Please read my comments after this.


My Comments:

Saya pernah melihat beberapa versi poster “Tipu Melayu” ini beredar dalam WhatsApp. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan mesej yang cuba disampaikan di sini. Sama ada berlaku tipu atau tidak, ia tidak bergantung kepada sama ada semua orang yang disenaraikan di situ ialah orang Melayu atau bukan Melayu.

Persoalannya begini — katakanlah SEMUA orang yang disenaraikan di atas itu bukan Melayu. Apakah itu bermakna orang Melayu tidak akan kena tipu lagi?

Sama ada berlaku tipu atau tidak, ia juga tidak bergantung jika Melayu atau bukan Melayu yang memegang jawatan-jawatan penting dalam negara seperti Ketua Polis, Ketua Hakim, Perdana Menteri dan sebagainya.

Sama ada berlaku tipu atau tidak bergantung kepada orang Melayu sendiri. Tidak boleh dinafikan, memang akan sentiasa ada orang yang mahu menipu orang lain — tidak kira mereka Melayu, Cina, India, Dayak dan sebagainya.

Tetapi yang lebih penting, untuk menyelamatkan orang Melayu daripada kena tipu — bergantung kepada orang Melayu yang lain, yang bukan penipu, yang rela untuk bangun tidur dan melakukan sesuatu terhadap mereka yang menipu mereka.

Jika orang Melayu yang bukan penipu boleh mula bersuara, menjerit dan membantah setiap kali ada orang cuba menipu mereka, maka segala kegiatan tipu-menipu ini tidak akan berlaku lagi.

Tetapi jika orang Melayu terus berdiam diri dan tidak banyak membuat aduan, maka sudah tentulah kaki penipu akan berdiri di atas bahu anda dan kencing di atas kepala anda. Itu memang akan berlaku. Correction:  Itulah yang sedang berlaku sekarang.

Kita telah menukar kerajaan EMPAT KALI dalam tempoh LAPAN TAHUN. Tetapi adakah kegiatan menipu sudah berhenti?  

TIDAK. No way Jose! Ia belum berhenti.

Kenapa tidak berhenti?  

Ada beberapa sebab. Antara sebab yang paling besar ialah kerana terdapat undang-undang di negara ini yang menghalang orang Melayu dan orang lain daripada bersuara tanpa rasa takut. Ini termasuk Akta Hasutan, Akta MCMC, beberapa bahagian dalam Kanun Keseksaan dan sebagainya, akta-akta fitnah (libel, slander, defamation act) serta pelbagai Enakmen Jenayah Syariah yang menyebabkan orang ramai tidak dapat bercakap dengan bebas.

Orang Melayu, lebih daripada kaum lain kerana mereka adalah majoriti, mesti menuntut supaya undang-undang yang tidak diperlukan ini dimansuhkan. Undang-undang zaman kuno ini memang tidak berguna lagi bagi kita. Sama ada abolish them ataupun akta-akta kuno seperti ini perlu dipinda dengan secara drastic. 

Bebaskan ruang untuk wacana awam yang menyeluruh dan terbuka mengenai apa sahaja perkara atau masalah untuk dibincangkan tanpa rasa takut akan ditangkap hanya kerana anda bercakap dengan membuka mulut.

Bagaimana pula bercakap dengan mulut sendiri boleh menjadi satu jenayah?  

Orang Melayu mesti memahami bahawa cara paling mudah untuk MENIPU sesuatu kaum atau masyarakat ialah dengan menghalang mereka daripada bercakap secara bebas.

Saya rasa amat malu bahawa walaupun kita hidup dalam abad ke-21, sebahagian undang-undang negara kita masih kuno dan berzaman batu seperti negara-negara miskin tahun 50an dan 60an.  Atau serupa negara-negara Arab zaman sekarang. 

Jika mereka boleh control kebebasan rakyat untuk bersuara pasti mereka akan control satu negara dan masyarakat.  Kemudian kaki penipu boleh menipu sesiapa sahaja yang mereka mahu. Thats how it works.

Sebab itulah, walaupun kerajaan telah bertukar EMPAT KALI dalam LAPAN TAHUN, poster TIPU MELAYU ini masih beredar.

Surah Ar-Ra‘d, 13:11 :

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”

So Malay people, please bangun tidur.