Hampir 96 peratus murid SK Melayu, kejatuhan sains tulen membimbangkan - Anuar Ahmad
mendedahkan data terkini murid bukan bumiputera di SK kurang 5%
modal insan bangsa bergantung sepenuhnya kepada prestasi sekolah harian biasa
(OSTB: Kenyataan yang tidak lojik. Soalan relevan ialah apakah bukan bumiputera kurang relevan sebagai modal insan bangsa? Hanya 5% bukan bumi masuk SK tapi apakah bererti masa depan bukan bumiputra terjejas, akan merosot lebih teruk daripada masa depan bumiputera? Ataupun tiada kesan negatif kepada masa depan bukan bumiputera? Ataupun yang hakikatnya bukan bumi boleh lebih maju dan berjaya SEBAB 95% bukan bumiputera TIDAK masuk sistem SK? In other words sistem SK adalah bejana membawa bencana? That is the relevant question).
KUALA LUMPUR: Kemerosotan kualiti pembelajaran dan penguasaan kemahiran asas di Sekolah Kebangsaan (SK) perlu dilihat sebagai krisis nasional, memandangkan hampir 96 peratus enrolmen institusi berkenaan kini terdiri daripada anak-anak Melayu dan bumiputera.
(OSTB: Maksudnya all the losers and poor performers dimasukkan ke dalam satu bakul).
kualiti pembelajaran di bilik darjah semakin terjejas berpunca daripada:
beban tugas pentadbiran bukan hakiki yang menghimpit guru
masalah saiz kelas terlalu padat mencecah 50 murid bagi satu kelas
"Guru-guru kita hari ini berada dalam keadaan sangat terhimpit
guru di Malaysia paling sibuk berbanding negara lain
namun masa mengajar sebenar dalam kelas adalah rendah
kerana sarat dengan urusan pentadbiran
dan aktiviti luar bilik darjah
(OSTB: Guru di Malaysia paling sibuk tapi masa mengajar pula sangat rendah. Habis guru paling sibuk dalam dunia ini sibuk buat kerja apa? Urusan pentadbiran? Aktiviti luar bilik darjah? 25 tahun sudah, masa kedua orang anak saya menjadi penuntut di sekolah (VI di KL) saya berserta isteri dan beberapa ibubapa telah berjumpa dengan pengetua sekolah untuk mengadu masalah guru tidak masuk kelas. Guru pergi meeting, guru pergi berkursus, guru cuti bersalin, guru pergi umrah, guru pergi entah mana. Bottom line guru tak masuk kelas. Guru ponteng lah. Rupanya sekarang, 25 tahun kemudian masalah guru tidak masuk kelas ( aktiviti luar bilik darjah ) makin kronik.
Kesan daripada isu sistemik ini amat nyata di lapangan
di Felda Johor daripada lebih 100 calon SPM tahun ini, 25 tidak boleh baca, mengira
Mereka akses sekolah setiap hari, tetapi kemahiran asas itu tiada langsung
kertas kerja pada Konvensyen Pendidikan Melayu di (WTCKL) pada Selasa
(OSTB: Kebolehan membaca saja tidak cukup. The 'quality of reading' adalah lebih penting. Kalau kita boleh membaca ok itu bagus. Tapi yang lebih penting ialah apa yang kita baca? What do we read? Pada usia lapan tahun (1968) saya dan adik berada sekeluarga membaca Reader's Digest dalam bahasa Inggeris. Hari ini kebanyakkan orang di Malaysia tidak akan faham pun apa benda itu Reader's Digest. Cuba Google. Bila berumur sembilan tahun saya mula meminjam dan baca buku daripada library sekolah (ACS Ipoh). Saya akan membaca satu buku pada setiap minggu. Sampailah saya habis Tingkatan 5.
Lebih penting daripada sekolah mengajar kita membaca adalah suasana di rumah yang menggalak anak-anak untuk membaca buku. Dan jangan membuang masa membaca buku karut marut, buku boleh tak boleh masuk syurga, buku jin berasmara dengan nenek dsbnya. Kalau tersilap pilih buku, membaca boleh membawa kepada bencana bodoh. The more stupid books you read the more stupid you become).
kejatuhan mendadak pelajar sains tulen di sekolah menengah - tahap kritikal
kemasukan ke aliran sains menjunam
hanya sekitar 15% ketika ini, daripada 30% pada 2010
sekali gus mengancam pengisian kursus STEM di universiti awam
Penurunan ini dijangkakan akan berterusan
Dalam tempoh 5 tahun murid sains tulen dijangka merosot bawah 10%
(OSTB: Jangan risau. Kita look on the bright side lah. Kalau bilangan pelajar sains menjunam dan menjunam maksudnya ia akan membuka peluang besar bagi professor Konthura, professor Melayu boleh kungfu terbang, professor besi jatuh dari langit, professor anti histeria dan professor sewaktu sedemikan untuk menjadi Naib Canselor universiti awam. Why not? Jangan pandang remeh this possibility. If you want to be stupid, go all the way. Jangan pula buat kerja half past six.)
Biologi, Fizik, Matematik Tambahan terus ditinggalkan tahun demi tahun
Keputusan PISA 2022 Malaysia kemerosotan sains matematik paling teruk di rantau ini
jauh di belakang sasaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
(OSTB: Sekolah tahfiz ada. Setiap tahun lagi ramai bilangan pelajar masuk sekolah tahfiz. Sedih saya melihat video ibu pelajar tahfiz menangis anak dia di liwat LEBIH LIMA pelajar tahfiz. Ibu dakwa anak 11 tahun diliwat lebih lima pelajar tahfiz. Masuk SK tak reti baca, tak reti mengira, tak reti sains. Masuk tahfiz pula belajar skill sets lain - mana tahu, mungkin esok boleh jadi perdana menteri.)
menggesa kerajaan melihat semula faktor asas keciciran pendidikan awal
menangani masalah bantut (stunting) dan malnutrisi di kalangan bumiputera
yang digariskan menerusi Laporan Keciciran Murad 1973
(OSTB: Laporan Keciciran Murad 1973!! I say man sekarang tahun 2026 lah. 53 tahun sudah berlalu. Masih tiada perubahan positif - sejak 53 tahun? Unbelievable.
Cadangan saya senang saja. Pergilah tengok sekolah Cina. Sekolah Cina mengeluarkan pelajar yang mampu mengisi penuh segala keperluan tenaga kerja dalam ekonomi negara. Pelajar sains, pelajar sastera, pelajar musik, matematik, akauntan, komputer dan segala jenis kemahiran yang diperlukan oleh ekonomi negara.
Dan jarang sekali (atau tidak ada) kita dengar kes pelajar sekolah Cina diliwat oleh bebudak sekolah yang lain. Atau guru sekolah Cina tak masuk kelas, guru dibebani terlalu banyak kerja tak guna yang tidak berhasil dsbnya.
Tak payahlah nak 'reinvent the wheel'.