Hello Tuan IGP, apa sudah jadi kes si ibu menangis anak dia di liwat LIMA PELAJAR di sekolah tahfiz? Public interest lah brader. Cakap lah sikit. Ini berita dia:
1. Oct 3 2026: BATU PAHAT – 3 male students detained over murder of Form 4 female student
Tiga hari sebelum itu, remaja 14 tahun dipukul sehingga maut di Kuala Pilah.
2. 30 Sep 2026: fatal beating of 14-year-old student Muhammad Idlan Fareeq Shahril at boarding school in Kuala Pilah
Hari ini pula keluar berita guru sekolah agama di Cemur, Perak tampar student (abang) enam kali sehingga rahang dia terkehel (dislocated jaw), adik dia pun kena buli juga - percubaan botakkan rambut dengan guna mesin, kemudian ditampar dan ditumbuk sehingga berdarah, kemudian diketuk dengan alat pemadam api sehingga kepala berdarah dan dia pitam. Ini berita dia:
Tempoh hari Pengerusi MARA Asyraf Wajdi kata: (26 September 2026) “Henti drama, filem promosi budaya buli - Asyraf Wajdi” sebagai cadangan dia untuk mengatasi budaya buli membuli.
Jadi brader Asyraf, guru sekolah agama yang tampar student itu sebanyak enam kali sampai rahang dia terkehel itu pun dirasuk filem dan drama buli ke? Hello brother Asyraf, what speaking you?
Mata beliak pula cakap mata beliak.
Budaya buli-membuli, liwat, rogol, pukul sampai pecah kepala, pukul sampai mati yang sudah jadi pandemik di sekolah agama, tahfiz, sekolah asrama, sekolah kebangsaan juga melibatkan guru (selain daripada student). Mereka yang terlibat semuanya dirasuk syaitan.
To solve this problem saya mencadangkan supaya ditubuhkan satu Jawatankuasa Penasihat Pakar yang terdiri daripada pakar psikiatri, pakar psikologi (dua bidang ini tanpa pengecualian), ahli sosiologi dan behavioural saintis untuk mengkaji keseluruhan masalah “budaya buli-membuli, liwat, rogol, pukul sampai pecah kepala, pukul sampai mati yang sudah menjadi seperti pandemik di sekolah agama, tahfiz, sekolah berasrama dan sekolah kebangsaan.”
Tolonglah jangan masukkan mana-mana lebai2 agama – mereka bukan pakar dalam bidang tersebut, atau bidang apa pun. Tidak perlu bomoh, tidak perlu profesor yang pakar kit antihisteria, dan tiada perlu profesor kung fu terbang.
Untuk mendapatkan nasihat yang balanced dan adil, jawatankuasa ini mestilah terdiri daripada pakar pelbagai kaum dan agama.
Kalau anda meletakkan monyet atau beruk dalam panel tersebut, mereka mungkin akan memberikan laporan terperinci tentang semua pokok pisang yang terdapat di sekitar kawasan sekolah. You must avoid that.
Mengapa masalah ini semakin menghampiri tahap pandemik, khususnya di sekolah agama, sekolah tahfiz dan sekolah berasrama?
Dan memandangkan Malaysia mempunyai kepelbagaian kaum dan budaya yang begitu unik, sistem persekolahan lain juga perlu dikaji — seperti sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah swasta aliran bahasa Inggeris (aka international school) — untuk membuat perbandingan sama ada mereka turut menghadapi masalah ini pada tahap yang sama.
Dengan perbandingan sedemikian, mungkin lebih mudah untuk mengenal pasti punca masalah ini dan mencari penyelesaian-nya.

