Friday, April 19, 2024

DUA MASALAH UTAMA PAS (ORANG PAS SILA BACA).

Here is another interesting video by RPK - Raja Petra Kamaruddin. Its an interesting observation about PAS. 

But when I watched the video I was intrigued by RPK's shirt, or windbreaker or rain poncho.   Very colourful Bang. Cute headgear too.  Lama tak jumpa Bang. Its been over 14 years kut?

Anyway its a brief video. I have some comments.

 


My Comments :

Pas menghadapi dua masalah utama. 

Satu daripada masalah itu sangat mudah diatasi, penyelesaiannya sangat senang tetapi susah juga untuk Pas laksanakan-nya. Masalah inilah yang mengakibatkan Pas berpecah tiga kali atau mungkin empat kali (seperti mana disebut oleh Raja Petra Kamarudin dalam video) dan juga menjadi sebab utama Pas masih dilihat sebagai parti lebai kampong.

Masalah kedua lebih besar dan juga lebih susah di tangani tetapi bukan impossible. 

Kita lihat masalah No 1 yang mudah diatasi dulu.

No.1 - Masalah yang mudah di atasi adalah  tradisi Pas kekalkan pemimpin seumur hidup. Apabila seseorang itu dilantik jadi presiden atau mursyidul am maka dia akan pegang jawatan itu seumur hidup. Ini yang sudah menjadi tradisi parti Pas sejak berpuluh tahun.

Dato Fadhil Noor pegang jawatan presiden daripada 1989 sehingga beliau meninggal pada 2002 - tempoh yang panjang selama 13 tahun.

Di ganti oleh Dato Sri Hadi Awang menjadi presiden mulai 2002 hingga sekarang (2024) ia itu selama 22 tahun dan berterusan lagi.

Dato Sri Nik Aziz pula menjadi Mursyidul Am Pas selama  24 tahun (1991 - 2015) dan Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun (1990 - 2013). 

Sistem, budaya, tradisi atau kelaziman Pas untuk kekalkan pemimpin dalam jawatan untuk tempoh yang begitu lama telah gagal membawa perubahan dan pembaharuan dalam parti itu. Sistem yang serupa juga telah sangat merugikan UMNO sehingga UMNO kalah pilihanraya dan hilang kuasa politik.

Yang lebih merugikan dan juga mengancam  masa depan parti ialah perasaan hampa dan kecewa pemimpin muda dan barisan pelapis (successors, second tier leaders atau succession planning) yang tiada peluang membuktikan kebolehan dan kemahiran mereka apabila mereka sudah cukup pengalaman dan cukup matang memimpin parti.  

Lama-lama mereka menjadi frustrated terpaksa menunggu belakang pemimpin lama yang makin tua, uzur, tiada idea-idea atau rancangan baru untuk majukan parti tetapi tidak mahu lepaskan jawatan. Maka berlakulah perpecahan dalam parti. Pemimpin muda tidak diberi peluang menduduki  pimpinan tertinggi parti. 

Penyelesaian masalah ini sangat mudah. Pas mesti hadkan tempoh pemegang jawatan utama seperti presiden, mursyidul am, menteri besar, ahli Parlimen dan ADUN selama SATU penggal pilihanraya sahaja. Tak kiralah berapa pandai, cantik atau handsome pemimpin atau Wakil Rakyat itu tempoh pegang jawatan itu dihadkan selama SATU penggal pilihanraya sahaja. Maka Pas akan senantiasa mempunyai pemimpin baru, new blood atau 'darah baru', menjana pemikiran baru, boleh cepat perbetulkan kesilapan pimpinan lama, elak daripada kewujudan "barisan orang kuat penyokong pemimpin itu dan ini" dsbnya (warlord-ism). 

No 2 Masalah No. 2 adalah lebih besar tetapi bukan impossible untuk mengatasinya.

Pas membawa diri sebagai parti agama. Agama mempunyai kesulitan yang unik apabila dicampur dengan politik dan realiti kehidupan harian. 

Di sini saya akan rujuk dua contoh daripada dua agama atau kepercayaan yang lain untuk menjelaskan perkara ini. 

Contoh i.  Agama Kristian percaya perkara ajaib seperti nabi Isa pernah berjalan atas air (Jesus walked on water) dan nabi Isa pernah menukarkan air minum menjadi arak yang diminum (Jesus turned water into wine).

Kedua perkara ini adalah keajaiban (miracles) yang dipercayai orang Kristian. Perkara ajaib ini tidak boleh diterima akal atau tidak mempunyai bukti saintifik tetapi ia sangat bergantung kepada "faith" atau kepercayaan semata. Kepercayaan "bukan saintifik" seperti ini tidak boleh disoal jika seseorang itu ingin menerima agama Kristian.

Dan semua agama, tanpa kecuali,  juga mempunyai kepercayaan yang serupa ia itu perkara ajaib yang tidak boleh diterima akal dan tanpa bukti saintifik.

Ajaran al Quran pula menghendakki kita senantiasa menunjukkan bukti yang kukuh.

قل هاتو برهانكم إن كنتم صادقين

(qul haatu burhanukum inkuntum sadikeen) ia itu  'Katakanlah, tunjuklah bukti kamu jika kamu adalah orang yang bercakap benar'.

Maksudnya kepercayaan agama yang tidak boleh dibuktikan secara saintifik dengan sendirinya menjadi 'non-scientific truths' atau 'kepercayaan yang tanpa bukti saintifik'. Tanpa lojik yang dituntut fahaman saintifik. 

Masalahnya ialah seringkali (atau setiap kali) cabaran hidup, kerumitan realiti harian, penyelesaian seribu satu masalah dunia semuanya perlukan cara yang lojik, saintifik, dengan bukti yang nyata dan mudah disahkan untuk menghasilkan keputusan yang baik. Kita perlukan workable solutions.

"Saya tidak punyai lojik atau bukti saintifik tetapi inilah cara kami dan awak perlu ikut cara ini" boleh menimbulkan masalah besar apabila :

1. cara itu tidak dapat menyelesaikan masalah. No solution was achieved.
2. dalam masyarakat majmuk (plural society atau multicultural) penganut agama lain atau tradisi lain akan lebih tertekan untuk menerima pendekatan 'bukan saintifik' seperti itu.

Apabila sesuatu pendekatan atau penyelesaian itu berteraskan cara saintifik dan lojik maka bukan saja ia akan lebih mudah diterima oleh semua orang tetapi ia akan membawa kepada workable solutions atau penyelesaian masalah yang berguna dan berkesan.  

Contoh No 2 - kaum Red Indian tewas kepada kaum kulit putih

Kaum Red Indian di Amerika Utara telah tewas kepada kaum kulit putih. Antara sebabnya kaum kulit putih lebih faham majukan tanah dan pertanian berbanding kaum asal Red Indian. Orang kulit putih mampu majukan pertanian walaupun di kawasan kering dengan menggali perigi, membuat tali air, telaga tiub, pam air dsbnya. Mereka membawa pemikiran moden dan cara saintifik. 



Kaum Red Indian pula mengadakan upacara tari-menari 'puja' dewa-dewa langit (gambar di atas) untuk menurunkan hujan. Cara itu jarang sekali membawa apa pun. Kaum kulit putih jauh lebih successful usahakan tanah mereka.

Pendek kata segala keperluan dan urusan harian manusia di atas muka bumi Allah swt ini hanya boleh berjaya bila kita menggunakan cara yang lojik dan saintifik untuk menguruskannya. Dan dalam keadaan dunia yang sangat kompetitif (senantiasa bersaing hebat) kita perlu senantiasa moden. Kita perlu senantiasa uptodate atau dalam keadaan terkini.

Apabila kita bukan saintifik dan bukan moden maka kita akan menjadi bahan curiosity atau 'tourist attraction' pula. Orang lain akan minta bergambar selfie dengan kita - serupa tourist asing suka bergambar dengan kaum Red Indian yang sedang menari di atas itu.

Mereka tidak akan pandang serius kepada kita. 

JADI APA MASALAH BESAR SANGAT? WHAT IS THE BIG PROBLEM?