Saturday, June 28, 2025

ORANG MELAYU MESTI BACA : MEWARISI DASAR "MANDATORY POVERTY"

Tuan-Tuan cuba bayangkan ada dua parti politik dalam negara kita.

Selama hampir 63 tahun Parti A  berkata 'Kita mesti makan kangkung. Kangkung is good for you'.


 

Parti B pula kata, 'Kita mesti demonstrasi di tepi jalan. Kita mesti buat kecoh'.

Pada satu hari pula Parti B menang. 
Parti A kalah dan ditendang keluar.
Sebab ramai orang fed up makan kangkung. 
Parti B ambil alih pemerintahan negara.
 
Lepas itu Parti B pula tukar rentak dan nada.
'Kita mesti makan kangkung. Kangkung is good for you'.

Rupanya selama ini Parti B secara senyap-senyap dok mengidam dasar kangkung parti A. Parti B tak pernah memikir pun untuk membuat dasar baru yang lebih membantu orang ramai. Mereka langsung tidak peduli. They dont care.

Mereka hanya mahu kekalkan dasar kangkung Parti A. 
Sebab kangkung sangat menguntungkan kocek mereka sendiri. 

Segala protes dan kecoh mereka selama berpuluh tahun hanya camouflage atau samaran (actually perangkap samar atau boobytrap)  untuk memukau dan menipu pengundi yang agak jahil juga. Malang sekali perancangan mereka berjaya. Mereka berjaya memukau dan menipu ramai pengundi.

  • Bila sudah menang sesiapa yang mengkritik mereka boleh dikenakan pelbagai jenis penindasan. 
  • Boleh dipanggil oleh pihak berkuasa, boleh didakwa di mahkamah, boleh dijatuhkan hukuman penjara, sebat rotan gila, diancam hukuman lebih berat (dulu hukuman mati), itu dan ini diharam, dipadam dsbnya. 
  • Tidak ada beza daripada zaman Parti A dulu.  
  • Dracula sudah mula tunjuk taring. 


 

Tapi soalan besarnya - apakah mereka tidak faham bahawa jika mereka teruskan dasar kangkung, then of course mereka pun akan menjadi unpopular dan tidak lama nanti mereka pun akan ditendang keluar oleh pengundi?

Jawapannya mereka memang faham dengan sangat jelas. They know they will be kicked out. 

Jadi apakah motivation atau dorongan bagi mereka kekalkan dasar kangkung yang sudah confirm gagal dan tidak disukai orang ramai? Again jawapannya mudah - mereka sudah buat kiraan matematik. Dasar kangkung lebih mengisi perut mereka dulu. Mereka kenyang dulu. Kalau orang ramai tak suka atau tak setuju atau kalau rakyat marhaen rugi besar - who cares? Mereka hanya perlukan satu penggal untuk pukul habis semua bekalan kangkung. Mereka boleh cukup kenyang untuk tujuh generasi. Who cares kalau pada esok hari mereka kalah undi? Dia sudah telan habis semua kangkung.

 

BAGI SUMBAT

 

Jadi bagaimana pula nasib tuan-tuan pada esok pagi?
Nasib tuan-tuan tidak akan berubah. 

Hari-hari saya makan buah-buahan impot. Mangga, rambutan dan manggis impot. Buah anggur impot hampir dua inci panjang, manis, tidak ada biji (seedless). Saya juga suka Bartlett pears dan Washington Red apples. Tapi tuan-tuan tahu tak kenapa saya begitu minat beli buah-buahan impot?

SEBAB BUAH2AN IMPOT JAUH LEBIH MURAH DARIPADA BUAH2AN TEMPATAN.

Di supermarket, saya boleh beli mangga impot pada harga RM1.90 hingga RM3.90 se kilo.

Di pasar malam pula saya bayar RM10 untuk tiga kilo buah mangga. Maksudnya satu kilo RM3.00 lebih sahaja.

Semalam rambutan impot dijual pada harga RM8 sekilo. (Rambutan tempatan pula RM12 - RM15 se kilo). 

Manggis impot pula dijual pada harga RM7 sekilo. 

Di pasar malam kawasan saya buah anggur impot dijual pada harga RM6 satu kotak (kurang lebih 350 - 400 gm). Ataupun satu kilo tak sampai RM15.

Buah plum, pear dan apple impot dijual 'satu bakul' RM5.00 sahaja (lima atau enam biji saiz biasa). That is very cheap.

Kawasan saya is in the middle of sempadan Bangi (Selangor) dan Nilai (Negeri). 

Buah tempatan pula boleh mahal gila. Contohnya buah cempedak dijual pada harga RM24-28 sekilo. Buah durian Belanda (sour sop) boleh lagi mahal daripada durian = RM28 - RM30 sekilo. 

Pisang Rastali dijual pada harga RM9.50 sekilo (Pasar malam Kelana Jaya). Pisang Berangan pun around RM7 sekilo (Bangsar). 

Hari ini saya ambil gambar gerai buah-an di Nilai, Negeri Sembilan di mana buah manggis dan Mandarin oranges impot dijual pada harga RM10 sekilo. Mangga impot dijual RM4 sekilo. Gambar di bawah.

 



So you see tuan-tuan buah2an impot sudah lebih murah daripada buah2an tempatan. 

Tapi kena cukai lagi. Barang makanan orang ramai, rakyat marhaen dikenakan cukai lagi.

Begitu juga kalau beli barang Online kurang RM500, kena cukai 10%.

18 December 2023. Sales Tax On Imported Low-Value Goods Sold Online.  Implementation of the sales tax on LVG would see goods valued at RM500 or less be charged with a sales tax of 10%.

Ramai orang suka beli barangan online sebab beli online jauh lebih murah. Kalau lampu 'reading light' dijual pada harga RM30 di kedai, kita boleh beli Online dengan harga RM10-12 sahaja. Dan dia hantar terus ke rumah, kita jimat tak payah bayar tol, tak payah bayar parking, minyak. Tapi sekarang kena cukai 10%.  Dulu tak ada.

Kenapa kita sering kena bayar harga yang mahal gila? (Berbanding dengan negara lain).

Harga kereta di negara kita antara yang tertinggi di dunia. 

  • Harga Malaysia: The base price for the Toyota Corolla in Malaysia starts at RM 139,800 for the 1.8E variant. The top-of-the-line 1.8G variant is priced at RM 147,800
  • Harga Amerika: The base price for a new 2025 Toyota Corolla in the USA starts at US$22,325   (RM97,000). 

Harga Toyota Corolla in Malaysia adalah hampir RM43,000 lebih mahal daripada harga di Amerika Syarikat.  Tetapi di Amerika gaji mereka lebih tinggi, sewa showroom lebih mahal, bayar api dan air semuanya lagi mahal. Walaupun demikian harga jualan kereta di Amerika lebih murah daripada harga kita. 

Isu Beras Putih Tempatan (BPT) sudah solve ke belum? Daging impot macam mana?

Tuan-tuan tahu tak (di tempat saya) ikan salmon impot dijual dengan harga RM40 sekilo? Ikan jenahak, ikan kerapu, ikan merah tempatan boleh dijual pada harga RM44 - RM50 sekilo. Ikan salmon impot lebih murah daripada ikan tempatan.

Ikan impot "Japanese Saba fish" (yang depa grill sedap-sedap di restoran Jepun)  pernah dijual pada harga kurang RM10 sekilo. Padahal ikan kembung tempatan dijual pada harga RM13 - RM25 sekilo. 

Harga ikan kembong.

Petaling, Selangor: RM13.00 hingga RM25.00 sekilogram di Pasar Kampung Melayu Subang dan Pasar SS 15 Subang Jaya. 
Negeri Sembilan (Rembau): RM18.67 sekilo

Ok ini perbandingan harga Wagyu Beef yang sangat famous itu. Wagyu Beef adalah daging lembu impot dari Jepun yang menjadi kegemaran golongan kleptokrat, banduan penjara dan kluster mahkamah. 

 



Wagyu beef tenderloin dijual dengan harga RM1,281 sekilo di Malaysia (gambar atas) !! 

Di Australia pula Wagyu beef tenderloin (gambar bawah) dijual dengan harga RM301 sekilo!! (AUS$109 se kilo). Jadi harga Wagyu Beef di Malaysia adalah more than FOUR TIMES the price in Australia.

 

Harga Frozen Turkey (Malaysia dan Australia)

  • Frozen Whole Turkey  – Australia (RM47 sekilo)  
  • Frozen Whole TURKEY / Malaysia (lebih kurang RM85 sekilo).

Di Australia harga frozen whole turkey almost half the price harga di Malaysia !! 

 

Conclusion:

Tuan-tuan saya tak faham. Negara kita dikelilingi lautan biru dan dalam. Penuh dengan ikan. Pasukan Maritim dan Tentera Laut kita terpaksa halau kapal nelayan asing daripada 'menceroboh' perikanan negara kita.  Tapi harga ikan "tempatan" di pasar kita pula begitu mahal. Ikan kembong boleh sampai RM25 sekilo? 

Jika kita buka saja pasaran impot, percayalah harga ikan impot seperti salmon akan menurun lagi. Mungkin sekitar RM30 sekilo - boleh menandingi ikan tenggiri atau ikan kurau "tempatan".

Kalau kita buka saja pasaran impot, harga Wagyu Beef pun akan menurun lebih dekat dengan harga di Australia RM301 sekilo (berbanding RM1,200 sekilo). Di sini saya setuju mungkin ada perbezaan dalam jenama, quality (Gold scale) dan juga type of cut (tenderloin dsbnya). Ok-lah tapi macam itu pun takkan perbezaan harga Malaysia dan Australia begitu jauh berbeza. 

Beli buah tempatan kita kena bayar lebih. 

Beli kereta impot kita kena bayar macam nak mampos. 

Terpaksa ambil pinjaman car loan sembilan tahun.  

Beras tempatan masih bermasalah.

Beras impot seperti basmati lagi mahal.

Daging impot Wagyu mahal gila - EMPAT KALI lebih mahal daripada di Australia (contohnya). 

Something is seriously wrong dengan keadaan 'pasaran ekonomi negara kita'.  There is something seriously wrong with our market economy. Sebenarnya dia bukan 'market economy at all'. 

Ekonomi kita mengikut model 'Mandatory Poverty' (memaksa orang jadi miskin). Sistem ekonomi negara kita lebih memiskinkan rakyat daripada menyediakan barang keperluan yang berharga munasabah dan lebih mirip harga pasaran dunia.  

Sistem menentukan harga barang dalam ekonomi kita mengikut sistem gila b@bi.
There is no system. 
  • How do we solve this problem? 
  • Senang saja tuan-tuan. 
  • Kita tunggu hari mengundi. 
  • Kita tendang keluar si bodoh dan si haprak yang berpura-pura main politik. 
  • Mereka tidak tahu apa pun mengenai politik, pentadbiran kerajaan  atau urusan ekonomi negara.

Mereka lebih faham karaoke, kahwin bini muda, kereta Ferrari, cuti holiday overseas. Ada juga gila raba buntut lelaki. Dan mereka boleh menang anugerah Nobel Prize in Kleptocracy ia itu cara-cara mencuri Dana Awam.  Itulah kelebihan mereka.  Bila tiba hari mengundi - just kick them out. Bagi duit deposit mereka hilang sekali. Sepertimana kena kepada Dr Mahathir tempoh hari. Kick them out. Kickdefella.