Dalam video ini sdra Jebat Derhaka berbincang pasal masalah baru yang menimpa Cameron Highlands. Oleh kerana begitu banyak sayur diimpot dari luar negara (dari negeri Cina) maka harga pasaran bagi pelbagai sayur-sayuran Cameron Highlands makin menurun - kata Jebat. Ini video dia:
https://youtu.be/eHTJuHU1yLg?si=F0t4XPFuOl07reDp
(Di sini saya telah tanya Menteri Barang Dapur di rumah saya yang kata harga sayur-an di pasar, kedai Minang dan supermarket di kawasan kami kurang lebih banyak itu juga. Tidak menurun sangat pun. Yang saya boleh confirm sendiri ialah harga buah2an impot memang sudah menurun - dengan drastik juga. Harga rambutan impot, manggis impot, buah mangga, buah anggur impot sudah menurun atau sama. Epal dan oren kurang lebih sama - tidak kelihatan kenaikan harga yang ketara).
Anyway peladang dan petani Cameron Highlands menghadapi masalah harga jualan mereka menurun - maka pendapatan mereka pun terkesan negatif.
Saya ingin menyatakan bahawa sebarang perusahaan, industri, perniagaan, pertanian, perladangan, perikanan dsbnya membawa risikonya yang tersendiri. There is no such thing as 'cap duit'.
And there is only one way untuk menjayakan apa jenis perniagaan atau industri pun - pengusaha itu mesti rela menghadapi risiko jangka panjang dan dia mesti bekerja keras macam nak mampos. Tidak ada cara lain. Tidak ada jalan pintas atau style short cut.
Contohnya tidak ada cara 'Jom kita sapu kebun durian usaha orang lain lepas itu kita ekspot durian itu ke negeri Cina. We will become super rich'.
Tuan-tuan tahu tak ekspot durian dari Thailand, Vietnam dan Filipina ke China telah mengalami pelbagai masalah. Both Thailand and Vietnam are experiencing significant losses in durian exports to China due to stricter quality control measures and other factors. Thailand's exports to China dropped by 24% to $1.67 billion, while Vietnam saw a 62% decline, reaching $254 million, according to the South China Morning Post
Tambah lagi negeri China sendiri sudah mula menghasilkan buah durian di Hainan, Yunan dan banyak nan lagi. Dont underestimate the Chinese. Jadi segala perancangan 'skim cepat kaya ekspot buah durian je negeri China' terpaksa di KIV dulu.
Tidak ada cara lain untuk success dan menjadi kaya melainkan tuan-tuan sanggup mengambil risiko dan bekerja keras untuk majukan usaha. That is the only way.
Peladang dan petani di Cameron Highlands sudah berpuluh-puluh tahun bekerja keras, menanggung pelbagai risiko untuk membuka dan mengusahakan tanaman sayur, buah2an dan bunga2an yang semuanya memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara kita. Juga kepada meja makan setiap isi keluarga dalam negara kita. We really owe them a lot.
Jika mereka menghadapi masalah, kita perlu memberi perhatian yang sewajar dan membantu keadaan di Cameron Highlands.
Jangan pula spesies yang cepat jealous atau spesies yang mahu cepat kaya cuba tabur pasir dalam periuk nasi mereka pula. Please stop such behaviours.
Kalau kita suka buat masalah bagi jiran sebelah, lama-lama masalah itu akan singgah di rumah kita juga.