Wednesday, July 16, 2025

INDONESIA KENA TARIF 19% SAHAJA. HARGA SEMUA BARANG IMPOT AKAN MENURUN DI INDONESIA. BRADER ZAFRUL TAK TAHU NEGO KE?

 


  • Washington CNN  — 
  • President Trump said Tues US reached trade deal with Indon
  • US will impose 19% tariff on Indonesia’s exports 
  • Indon cannot charge any tariffs on American exports
  • Jakarta described the deal an “extraordinary struggle.”
  • Wed Indonesia confirmed the deal
  • President Prabowo negotiated directly with Trump over the phone
  • extraordinary struggle by negotiating team led by Minister Hasan Nasbi
  • Prabowo wrote two sides agreed to new era of mutual benefit 
  • Indon to buy US$15b U.S. Energy, US$4.5b Agri Products, 50 Boeing 777
  • Trump said India is “working along the same lines”  (as Indonesia)
  • Indon is Trump’s fourth trade agreement in three months
  • agreements with Vietnam earlier this month
  • Indonesia is America’s 23rd top trading partner
  • US imported US$28b from Indon
  • US exported US$10b to Indon

My Comments: 

Indon cannot charge any tariffs on American exports

Maksudnya barang impot dari Amerika akan dijual pada harga yang lebih murah di pasaran Indonesia - sebab tidak di kenakan cukai impot tinggi.

Contohnya harga kereta impot dari Amerika akan menurun. Maksudnya cukai impot atas barang impot dari negara lain pun akan turut dikurangkan sebab sukar bagi Indonesia menghapuskan cukai impot atas barangan Amerika sahaja. Rakan niaga (trade partners) yang lain - Jepun, Eropah, China akan mendesak Indonesia kurangkan cukai impot atas barang buatan mereka juga.

Sebab tanpa pengurangan cukai impot maka barang ekspot mereka akan 'tewas' kepada barang buatan Amerika di pasaran Indonesia. They will lose market share in Indonesia.  

Pendek kata pembeli atau consumer di Indonesia bakal jimat duit sebab harga barang impot akan mula menurun.

Dan jika harga barang impot menurun maksudnya pengeluar tempatan pun akan terpaksa kurangkan harga jualan mereka jika mereka ingin survive persaingan daripada barang impot.

Contohnya di Malaysia sekarang, buah2an impot dari Thailand dijual dengan harga yang begitu murah. Tiga kilo buah mangga Siam dijual pada harga RM10 sahaja. Unbelievable. Satu kilo RM3.33 sen sahaja. Rambutan dan manggis impot dari Siam dijual 2 kilo RM10 sahaja. Serupa dengan buah dokong (langsat). Semuanya diimpot dari Thailand.

Maksudnya 34 juta pengguna di Malaysia akan jimat duit beli buah2an impot .  

Pengeluar buah2an tempatan pula - bilangan seramai beberapa ribu orang sahaja -  akan terpaksa naikkan produktiviti mereka (untuk bersaing dengan Thailand). Mereka akan terpaksa kurangkan kos, tambahkan pengeluaran dsbnya so that mereka pun boleh mengurangkan harga jualan untuk bersaing dengan buah2an impot dari Thailand.

Inilah antara cara paling berkesan mengurangkan kos sara hidup rakyat marhaen. 

Inilah antara cara terbaik untuk mengurangkan harga jualan barang keperluan - membuka pasaran negara kepada barang impot tanpa cukai tinggi gila.

Percayalah tidak lama lagi rakyat Indonesia akan menikmati penjimatan dalam harga barang di pasaran Indonesia. 

  • Indonesia kena tarif 19%. 
  • Vietnam kena 20%. 
  • Malaysia pula kena 25%. 

Hello Brader Zafrul, tak tahu nego ke?