Hello kawan-kawan. Kebebasan bersuara, kebebasan berkumpul dengan rakan-rakan yang sama fikiran dan sealiran adalah hak kita. It is our right. Tapi buatlah secara baik dan aman. Tolong jangan buat kecoh.
Dalam sejarah terdekat di Kuala Lumpur - Pas terlibat dengan demonstrasi dan protes jalanan yang kecohkan keadaan. Saya rujuk protes reformasi tahun 2000an. Orang Pas naik bas dari entah mana dan berkerumun di Kuala Lumpur untuk kecohkan ibukota. Sebab pada masa itu mereka suka sangat menyokong jaguh kaum Nabi Lut.
( إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ ٱلرِّجَالَ شَهْوَةًۭ مِّن دُونِ ٱلنِّسَآءِ ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌۭ مُّسْرِفُونَ )
"Sesungguhnya
kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan
meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui
batas". — Abdullah Muhammad Basmeih.
Tak tahulah, politik punya pasal pada zaman itu Pas sokong sangat perangai jaguh kaum Lut itu. Hari ini pula, politik punya pasal juga, maka politik Pas pun sudah berubah. Mereka tidak lagi sokong jaguh kaum Lut. Apa maksudnya? Maksudnya dari dulu sampai sekarang perjuangan Pas adalah politik saja. Mereka adalah political animal yang original.
- Apa pandangan saya?
- Pandangan saya ialah please go ahead.
- Negara kita negara demokrasi dan masih bebas.
- Siapa nak sokong siapa pun adalah hak tuan-tuan.
- Nak sokong kaum Lut go ahead.
- Tak mahu sokong kaum Lut go ahead.
- Politics is politics.
- May the best man win.
- Itu saja pandangan saya.
Cuma saya ada sedikit soalan kepada penganjur 26 Julai. What happens the Day After? Katakanlah korang successful bawa turun that fellow. And then korang ganti dengan calon lain - bukan susah pun nak ganti that clown.
Ok and then what? Apakah Dr Mahathir akan melancarkan kereta nasional no. 4 pula? Untuk merugikan negara sekali lagi? Apakah harga kereta di Malaysia akan kekal antara yang tertinggi di dunia (yang memiskinkan orang Melayu dulu sejak 40 tahun sudah).
Apakah dasar-dasar Mahazalim, Mahafiraun dan dasar Mahakaya akan kekal juga?
Menjawab isu tarif Amerika Syarikat, dua hari sudah clown itu kata:
- No country, including US will be allowed to impose terms
- that pressure or undermine national policies
- would not bow to any foreign powers that "cross the red line"
- interference in domestic policies
- our national policies must not be interfered with
- cited the bumiputra policy as an example
- uphold its “accepted and established national policies”
Waah !! Betulke?
So that means orang Malaysia akan terpaksa bayar RM95,000 untuk kereta impot Toyota Vios padahal negara lain pula hanya bayar RM46,000 untuk kereta yang sama.
Tuan-tuan, looks like you have no choice. Tuan-tuan orang Melayu mesti mempertahankan dasar-dasar ekonomi bebal macam itu sampai kiamat.
Kaum elit Mahakaya yang pegang AP atau yang jadi bos syarikat gergasi impot kereta akan Mahakaya. Itulah dasar bumiputra juga - sejak zaman Mahazalim, Mahafiraun dan Mahakaya.
- Cuma saya nak tanya sikit lah.
- Population negara kita 34 juta orang.
- Melayu about 17 million plus kut.
- (Belum kira bumiputra Sabah dan Sarawak - dulu Hadi kata depa jenis pakai cawat).
- Anyway daripada 34 juta atau 17 juta atau daripada yang pakai cawat itu agaknya berapa ramaikah tuan-tuan yang boleh dapat AP impot kereta?
- How many of you will become rich from APs?
- 17 juta impossible lah.
- What about 1.7 juta orang Melayu dapat AP. Impossible.
- 170,000? Still not possible.
- 17,000. The answer is no.
- 1,700? Still too high.
- 170 orang? This number is possible.
- Ok lah lets stick with 1,700 orang Melayu akan benefit dasar bumiputra dan dapat AP impot kereta. 0.1% sahaja daripada jumlah population 17 juta Melayu.
What does it mean? Maksudnya baki 34 juta penduduk negara atau baki 17 juta orang Melayu akan terpaksa bayar RM95,000 untuk beli kereta Toyota yang harga sebenarnya kurang lebih RM46,000 sahaja di pasaran dunia.
Itulah maksudnya our national policies must not be interfered with.
Sekarang kereta nasional sudah tidak ada lagi. Kereta nasional dulu hampir bungkus. Terpaksa dijual sahamnya dengan harga besi karat kepada syarikat negeri China. China yang control. CEO dia orang dari negeri China. Kereta No 2 pula kepunyaan Jepun - bukan kepunyaan kita pun. Di mana pula 'kereta nasional"?
Habis apa gunanya kekalkan dasar ekonomi bebal AP? Jawapannya simple: untuk jaga kekayaan kaum elit Mahakaya.
Tuan-tuan orang Melayu, latest ini kontroversi lesen perlombongan (mining license). Sekali lagi dalam population 34 juta orang Malaysia atau population 17 juta orang Melayu berapa ramai kah tuan-tuan boleh dapat lesen lombong di Pahang, Kelantan atau Sarawak bagi satu kawasan lombong tiga kali saiz Kuala Lumpur? Impossible kan. Lagi mudah tuan-tuan tunggu harga taik kucing menurun.
Oklah forget about three times the size of Kuala Lumpur. How many of you Malays can get a mining license three times the size of your dingky terrace house or rumah apartmen? The quick answer is NONE.
"cited the bumiputra policy as an example".
Policy kepala hotak depa.
Jadi saya nak tanya lah kepada penganjur 26hb Julai ini - lets say clown itu turun, lepas itu the DAY AFTER calon korang pula naik - then what exactly will you change?
Kepada penganjur 26hb Julai saya nak tanya sikit lah. Saya tak tahulah dulu awak belajar bawah pondok ke, bawah pokok manggis ke tapi tentu sekali awak semua mesti faham 'MONOPOLY IS BAD'.
Tidak ada buku ekonomi di dunia mana pun yang berkata 'MONOPOLI IS GOOD'.
Tidak ada buku ekonomi di dunia mana pun yang berkata 'BUMIPUTRA ECONOMIC POLICY IS GOOD'.
Takkan monopoli itu akan hisap darah orang biasa only kalau orang Cina yang pegang monopoli (macam Robert Kuok dulu-dulu pegang monopoli itu dan ini).
Kalau kaum elit Mahakaya Melayu atau elit bumiputera diberi lesen monopoli maka tiba-tiba monopoli itu tidak akan hisap darah lagi ke? Please do not be so stupid. Jangan confused ok. Belajar bawah pondok pun it does not mean you have to be so confused. Monopoli is bad. Full stop.
Dulu Dr Mahathir buat undang-undang di Parlimen.
Accessing free-to-air channels through satellite dishes is permitted, but accessing subscription-based channels without authorization is prohibited. Violators can face fines of up to RM100,000, imprisonment up to two years, or both.
Dr Mahathir buat undang-undang ini untuk tolong sahabat dia Ananda Krishnan jadi billionaire. Siapa nak pasang subscription satellite TV sendiri tak boleh. Boleh didenda RM100,000 atau masuk penjara dua tahun. Untuk menjaga monopoli Ananda Krishnan.
Sekarang Ananda Krishnan sudah tidak ada. Syarikat dia pun makin pupus sebab sekarang kita dapat tengok wayang free dalam YouTube, dalam Internet dan di mana saja pun. Teknoloji sudah maju.
Tapi undang-undang bodoh itu masih kekal. Untuk menguntungkan siapa tuan-tuan?
Fine RM100,000 or jail two years? just for watching TV? How stupid can you get?
Tuan-tuan sejak tahun 2005, dalam buku saya 'To Digress A Little' saya telah bangkitkan isu monopoly satellite TV yang telah di'anugerahkan' oleh Dr Mahathir kepada Ananda Krishnan. 20 tahun sudah sejak saya bangkitkan isu monopoli ini.
Tapi sampai hari ini undang-undang bodoh ini masih kekal.
- Umno ditendang keluar 2018.
- Dr Mahathir 2.0 ditendang keluar 2020.
- Tan Sri Muhyiddin kena tendang
- Ismail Sabri kena tendang
- Lepas itu terjadi hung Parliameht tahun 2022
- Mereka semua kena tendang
- Tapi undang2 bodoh ini masih kekal - sampai hari ini.
Jadi saya nak tanya penganjur 26hb Julai - what happens the DAY AFTER? Lets say korang successful bawa turun that fellow and then calon korang pula naik, will this LAMBANG KEBODOHAN PEMIMPIN MELAYU still be maintained? Kalau aku nak subscribe satellite TV aku sendiri aku kena fine RM100,000 ke? Atau masuk penjara dua tahun? P*****k bodoh.
Dulu sebelum PRU 2018 kita sudah setuju. Kalau menang PRU 2018 then Sedition Act akan dibatalkan. Which they did batalkan. The Sedition Act was "put in the freezer" tapi untuk beberapa minggu sahaja. After a few weeks depa sambung balik Sedition Act - sampai hari ini.
Sedition Act adalah undang-undang zaman penjajah. Sedition Act of Malaya 1948 telah digubal di Parlimen British di London pada tahun 1948. Masa itu kita adalah tanah jajahan British yang Dr Mahathir sangat benci itu.
Tapi sudah merdeka saja pada 31 Ogos 1957, akta Sedition Act penjajah haramjadah tiba-tiba bertukar menjadi kedaulatan undang-undang kita pula. The semi-literate natives were really barefoot, half naked and stupid.
Compare dengan Ho Chi Minh di Vietnam. Apabila Ho Chi Minh menggelarkan Vietnam merdeka pada 1945 the first thing Ho Chi Minh declared was that 'semua undang2 yang digubal oleh penjajah Perancis dengan sendirinya batal'.
Haprak-haprak kita pula sambung undang-undang Dajjal penjajah. Sampai ke hari ini.
Saya kenal seorang 'penasihat' kepada Dr Mahathir around that time yang sangat khuatir bahawa tanpa Sedition Act maka kata-kata mitos karakter mitos Hang Tuah 'Melayu takkan hilang di dunia' akan terjadi sebaliknya. Meaning memang tanpa Sedition Act, Melayu akan hilang di dunia. Padahal bangsa rumpun Melayu sudah berkembang dan wujud dari Madagascar ke Sri Lanka, kepulauan Cocos, Nusantara, Filipina, Taiwan, Hawaii sampai ke New Zealand - tanpa perlu kepada Sedition Act pun. Kesemuanya adalah bangsa rumpun Melayu.
Jadi kepada penganjur 26hb Julai, lets say you are successful dan korang dapat naikkan calon baru will you abolish the Sedition Act? Please answer yes or no? Answer now.
Bagaimana dengan MCMC Act yang lagi bodoh itu? Libel laws (Defamation Act) semuanya perlu digubal semula. Will you change these laws or not? Cakap terang-terang sekarang juga.
Lesen monopoli, monopoli beras, oligopoli banking, sistem ekonomi AP, sistem kroni dapat lesen lombong semuanya mesti dihapuskan. Apakah awak akan hapuskan semua dasar-dasar gagal daripada zaman Mahazalim. Mahafiraun dan Mahakaya ini? Answer yes or no?
Kalau awak boleh jawab YES then bagus.
Tapi kalau awak nak garu kepala dulu, nak garu tel*q dulu, kalau awak nak ehem ehem dulu then forget about it. Lebih baik balik kampong, pi tanam jagung.
Dan kalaulah awak nak buat projek kereta nasional No. 4 - lebih baik awak pi mampos sajalah. Pergi terjun dalam laut.