Thursday, August 14, 2025

KPD YB MATA BELIAK: "sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai"

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai"

 

Dulu calon yang paling dungu pegang portfolio itu adalah YB Kasut Hitam. Dengan gelagat badut dia. Last sekali kena pecat portfolio. 

Tetapi sekarang memang sudah terjadi  'A Star Is Born'.   Top Performer sekarang yang pegang jaguh dungu seantero dunia adalah YB Mata Beliak. (Image terima kasih kepada JF). 


First of all di sini saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada YB Kasut Hitam. Bagi blogger-blogger seperti saya (dan juga kartunis, penulis dan media) yang kekadang mengalami writer's block (tak tahu apa nak tulis hari ini) kehadiran watak-watak seperti YB memberi comic relief bagi kami. Tak perlu fikir panjang-panjang, tak payah tension sangat memuat naik content dalam blog. 

Copy paste berita, gambar atau video YB sudah cukup untuk menghiburkan pembaca. Sebab yang terjadi adalah hiburan - bukan boleh serius pun.

So YB Kasut Hitam thank you for all your contributions dulu tetapi YB sekarang sudah dilucutkan tangga tertinggi dan diganti oleh YB Mata Beliak. 

YB Mata Beliak really has to makan ubat high tension dia because tengok gara-gara dia satu hari nanti mata dia boleh explode tercabut keluar dari kepala. 

Saya ada sikit nasihat kepada YB Mata Beliak. Ini antara nasihat Nabi Luqman kepada anaknya:

Surah Luqman:17 - 18 

 وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِى ٱلْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍۢ فَخُورٍۢ  
 وَٱقْصِدْ فِى مَشْيِكَ وَٱغْضُضْ مِن صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنكَرَ ٱلْأَصْوَٰتِ لَصَوْتُ ٱلْحَمِيرِ 

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai"

 

Dan jangan lupa apa ayah cakap dulu, pagi, petang, siang dan malam : wallahu a'lam.