Sunday, October 26, 2025

MASYARAKAT MAKIN HANCUR - JABATAN AGAMA SAKAU ZAKAT. LEBIH BAIK SENDIRI BAYAR ZAKAT.

  • 'Datuk Dr Mohd Na’im mengingatkan semua agensi di bawah portfolio Hal Ehwal Agama supaya tidak mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan'.
  • ingatkan semua agensi kementerian Hal Ehwal Agama jangan khianat amanah 
  • gagal jaga integriti cemar nama baik institusi, khianati umat Islam


BERITA NO 1

  • Sistem agihan zakat rosak dari akar 
  • Jabatan Agama Islam antara punca utama penyelewengan
  • pegawai mewah mengguna dana zakat
  • tidak telus mengurus zakat
  • asnaf Islam lebih minat minta bantuan gereja
  • bantuan rumah ibadat agama lain jauh lebih berperikemanusiaan 
  • (mereka lebih menyerupai manusia)

 


 

 BERITA NO 2


https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/tiada-kompromi-terhadap-penyelewengan,-rasuah,-salah-guna-dana-zakat

  • KUALA LUMPUR, 21 Oktober 
  • Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar tegas 
  • kerajaan tidak kompromi seleweng, rasuah, salah guna kuasa urusan zakat
  • laporan salahguna kuasa, salahguna urusan dana zakat agensi agama
  • Saya maklum siasatan  dimulakan, laporan rasmi SPRM
  • pengadu dan masyarakat awam berani tampil melaporkan salah laku
  • "Keberanian ini amat dihargai, jadi contoh kpd warga kerja lain, masyarakat 
  • bahawa integriti adalah tanggungjawab bersama
  • saya galak orang ramai segera adu penyelewengan, salahguna kuasa,  rasuah
  • ingatkan semua agensi kementerian Hal Ehwal Agama jangan khianat amanah 
  • gagal jaga integriti cemar nama baik institusi, khianati umat Islam
  • Tiada kompromi terhadap integriti. 
  • Tiada perlindungan terhadap salah laku


BERITA NO 3

 



 

My Comments:

Bukan saja ahli politik, pemimpin dan pegawai kerajaan terlibat rasuah tetapi agensi agama, jabatan agama dan orang agama pun terlibat rasuah. Mereka sakau duit zakat pula.

Sistem pendidikan makin hancur, sistem kesihatan sudah stress nak meletup, sistem pengadilan undang-undang ke hulu ke hilir, sistem jalanraya boleh 'sesak' 18-24 jam untuk balik kampong (Laluan masuk Kelantan sesak, pengguna tempuh perjalanan hingga 28 jam), sistem telefon cellular putus-putus dan macam-macam lagi. Di Sabah bekalan letrik boleh putus selama empat hari (Power fully restored to Sabah's east coast after four days - The Star). Keadaan negara sedang "breakdown".


 

Sakau duit zakat ini bukan perkara baru. Pegawai zakat yang dirasuk setan sudah lama menjadi kebiasaan. Kurang lebih 30 tahun dahulu timbul kontroversi pegawai zakat di negeri selatan menggunakan duit zakat untuk beli beberapa kereta mewah Toyota 4WD. 

Apo nak dikato, pegawai zakat pun manusia juga dengan syahwat, hawa dan nafsu dia. Malangnya mereka menjadi out of control - walaupun tugas dia adalah 'menjual' pakej agama.

Ok lets discuss something more useful. Cara yang baik juga adalah kalau kita bayar duit zakat dengan sendiri dan secara terus kepada orang yang kita kenali memerlukan bantuan. Orang yang susah termasuk di kalangan saudara-mara kita sendiri. 

Sewaktu saya di universiti dulu di Amerika Syarikat seorang professor beragama Islam asal dari India  akan bertanya kepada kami sebagai foreign student jika kami sudi menerima sumbangan duit zakat (penghujung bulan puasa). Memang di Amerika tidak ada jabatan pungut zakat pun tetapi cara professor itu sangat berkesan - brader itu membantu foreign student secara direct. Memang sumbangan dia tepat kepada sasaran.

You dont have to worry jika duit kita di sakau pegawai zakat, duit zakat di'salah guna' beli kemewahan bagi jabatan agama dsbnya. Kita boleh rasa lebih yakin dan tenang jika kita sendiri yang menemui penerima duit zakat kita. It does not require much effort at all. Bukan susah pun.

Dan apa salahnya bermula dengan kaum keluarga sanak-saudara kita sendiri. Charity begins at home. 

Daripada pengalaman saya sendiri agama lain dalam negara kita (Kristian, Buddha) menunjukkan sifat penyayang dan berkemanusiaan (humane and caring) yang hanya luarbiasa kepada orang lain tetapi tidak luarbiasa bagi mereka.  

Saya pernah melihat penganut Buddha membeli burung dan haiwan yang dijerat oleh Orang Asli dan kemudian melepaskannya untuk menepati fahaman 'karma' mereka. Of course common sense will tell you to release the poor animals tetapi agama mereka membawa ajaran khusus untuk berbuat baik dan berbakti kepada haiwan dan binatang. Dan lebih lagi berbakti kepada manusia. Apakah heran sangat negara maju dan ekonomi gergasi dalam dunia seperti Cina, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Vietnam dan Singapura semuanya pewaris fahaman Buddha. 

Sewaktu saya student di Amerika dulu gereja St Thomas Aquinas di tepi kampus saya  membenarkan sesiapa pun menggunakan dewan basement yang berhawa dingin pada musim panas dan ada heater pada musim sejuk (24 jam) untuk membuat group study, siapkan assignment dsbnya. Mereka juga sediakan minuman air dan kopi yang percuma dan cheese percuma.  Pada lewat malam orang kristian dan kumpulan gereja juga akan sediakan kopi dan doughnut percuma di kawasan rehat di jalanraya interstate highway mereka. Ini cerita 40 tahun dahulu.

Sejak usia saya 65 tahun ini saya melihat orang agama geng kita pula lebih bersifat samseng. One word describes all of them - GANAS. Guru agama bersifat ganas, ostad yang mengajar agama nada dia ganas, marah-marah. Penceramah agama ganas - mereka bercakap maki-memaki, tuduh-menuduh, buruk-memburuk, sengaja mencari kesilapan dan kesalahan orang lain (padahal mereka sekarang sedang pecah rekod dunia bab liwat, cabul, rogol dan sekarang sakau duit zakat sekali).

Dan mengikut laporan media di atas para asnaf Islam juga mengadu mereka tidak dilayan dengan baik oleh pegawai zakat. Terpaksa berulang kali isi borang, tunggu lama, tidak dilayan dsbnya. Pendek kata mereka di buli oleh pegawai zakat. Perangai ganas menggila lagi.  

Jadi humanity atau perikemanusiaan orang agama sudah ke laut. What is wrong with you people? Pasal apa dalam banyak hal agama ini kau orang selalu garang macam binatang?

Tak boleh ke lebih mencerminkan manusia daripada haiwan? Why is it that you cannot be more human beings? 

Gambar Atas: Hamas tembak mati TUJUH orang Palestin Islam di tepi jalan di Gaza, serupa menembak mati anjing kurap. Tanpa perlu dakwaan atau bicara mahkamah, tanpa perlu pendakwaraya atau peguambela, tanpa perlu hakim atau hukum. Roadside justice. Ini pun pewaris fahaman ganas, pewaris fe'el haiwan. 

 

Surah 43:36 l وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ ٱلرَّحْمَـٰنِ نُقَيِّضْ لَهُۥ شَيْطَـٰنًۭا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٌۭ ٣٦  l

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.