Saturday, October 11, 2025

PESANAN BAGI PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH - MENGESAN AWAL PEMBULI, PEROGOL, PEMBUNUH


 


  • ALOR GAJAH – Pelajar Ting 3 dirogol dua pelajar senior dalam kelas 
  • kejadian dirakam dua pelajar lain menggunakan telefon bimbit.
  • Kejadian terbongkar selepas ibu mendapat video aib anaknya daripada guru 
  • membawa mangsa membuat laporan polis.
  • kejadian berlaku kira-kira jam 2.50 petang 2 Oktober 
  • ketika pelajar mengambil bahan projek yang tertinggal.
  • dua pelajar lelaki senior berusia 17 tahun menghendapnya 
  • suspek pertama menggenggam mangsa, menutup mulut 
  • Seorang lagi menjaga tangga 
  • suspek pertama membogelkan mangsa dan merogolnya
  • disaksikan kesemua empat suspek 
  • suspek kedua juga merogol pengadu 
  • suspek ketiga rakam perbuatan itu guna telefon suspek pertama.
  • Keempat suspek dibawa ke mahkamah 
  • Seksyen 375B Kanun Keseksaan rogol berkumpulan. – MalaysiaGazette.


Wanita mata beli@k pula kata:

  • will not compromise on any form of sexual misconduct in schools
  • directed ministry to cooperate fully with police investigation.
  • to give their full cooperation to investigation currently underway
  • ministry takes such incidents seriously 


My Comments: 
 Sekolah-sekolah kerajaan nampaknya semakin kelam-kabut. Saya ada sedikit nasihat untuk semua pengetua sekolah dan guru besar di seluruh negara — termasuk sekolah asrama penuh.

Untuk memastikan sekolah menjadi tempat yang selamat, di mana murid tidak dirogol, diliwat, dibuli atau dibunuh, para guru besar dan pengetua mesti bersikap proaktif dalam mengesan kelakuan pelik atau menyimpang di kalangan pelajar dan juga kakitangan sekolah yang boleh membawa kepada keganasan dan jenayah terhadap pelajar.

Wujudkan Peti Aduan Pelajar anonymous, Peti Cadangan anonymous, saluran maklum balas sulit melalui WhatsApp dan sebagainya. Adakan audit keselamatan pelajar (student safety audit) setiap bulan untuk mengesan awal sebarang kelakuan 'geng', kumpulan "clique" dalam kelas, “senior bullying circle” dan sebagainya. Tuan-Tuan perlu mengesan 'Early Warning Signs'. Ini sangat penting. 

Cuba mengesan, beri nasihat / ambil tindakan dan pantau sebarang kelakuan tak betul atau menyimpang ini untuk dibendung dari awal.

Jangan tunggu sampai pelajar dirogol, dibuli atau dibunuh baru hendak menuding jari ke sana sini.

Sekarang ini kes rogol, cabul, liwat, buli, bunuh atau kematian di sekolah berlaku dengan begitu kerap. This is a problem. Tuan-tuan perlu mengakui bahawa sistem sekolah kerajaan sedang menghadapi masalah disiplin yang serius.

Kepada semua pengetua dan guru besar sekolah kerajaan — jangan tunggu arahan daripada pihak atasan yang mereka pun tak tahu apa nak buat. Mulakan tindakan atas inisiatif sendiri untuk menjadikan sekolah kerajaan tempat yang lebih selamat untuk anak-anak kita.