Saturday, January 10, 2026

M*NYET POLICY MAKING: kajian kembalikan UPSR, PT3 pula!

 

Jumping Monkey GIFs - Find & Share on GIPHY

  

  • kembalikan UPSR, PT3
  • mengaktifkan semula Majlis untuk melaksanakan kajian ini
  • kajian itu tugasan utama tahun ini.
  • pemansuhan UPSR, PT3 pada 2021, 2022 keluhan ramai ibu bapa 
  • akan mengkaji semula UPSR serta Tingkatan Tiga (PT3)
  • masih disebut dalam masyarakat
  • akan mengkaji semula kerana menjadi permintaan ibu bapa
  • berada dalam polemik masyarakat
 
My Comments:
 
Lets say mereka buat kajian dan mereka buat semula UPSR dan PMR/PT3 lets say bermula tahun depan 2027, what does that mean? It means dari tahun 2022  ke 2026 - LIMA generasi pelajar kita tercicir lagi - sebab ujian UPSR dan PMR di batalkan. 
 
Pada tahun 2020 semua pelajar kita kehilangan satu tahun pengajian  akibat daripada Covid. Bila sekolah sambung semula penghujung 2020 menteri ketika itu mati akal macam mana nak 'recover' balik kehilangan satu tahun pengajian.

Jadi dia laksanakan idea gemilang, terbilang, cemerlang dan temberang. Ujian UPSR bagi tahun 2021 dibatalkan. Hooray problem solved.  Tahun berikut pula 2022 peperiksaan PT3 dibatalkan. Hooray. Lagi problem solved.
 
Diganti pula dengan classroom assessment atau penilaian dalam kelas. Yang jelas sudah gagal atau fail secara disastrously. Classroom assessment juga membebankan lagi guru darjah dengan tugas baru. Lagi tension bagi guru darjah. Also what if guru darjah malas, prejudis (agama, bahasa, bangsa), muka masam, psycho dsbnya? Hancur lah masa depan anak-anak. 
 
So sekarang depa nak kaji semula pula - setelah LIMA generasi pelajar dikorbankan sebagai guinea pig sistem tak tentu hala itu - "kajian itu tugasan utama tahun ini".
 
Saya cadangkan simple saja - ikut negeri China. Sekarang sistem pendidikan negara China adalah yang top no. 1 dalam dunia. 
 
2018 - 2023 PISA assessments:
Mathematics:  China (Beijing, Shanghai, Jiangsu, and Zhejiang) ranked 1st in the world.
 
Di sini saya ingin kongsi sedikit inside information. Guru sekolah dan pendidik di negeri China tidak peduli pun apa itu PISA. Mungkin PISA it serupa bunyi dengan Pizza Hut. They dont care about PISA atau Pizza Hut.
 
Tetapi mereka tahu dan mereka faham cara terbaik untuk mendidik generasi muda mereka. Sebab itu negara China sekarang menjadi top No. 1 dalam dunia dalam segala aspek pendidikan. Why not kita ikut saja apa yang mereka buat?
 
Apa susah sangat? 
 
Tuan-Tuan orang Melayu, here is a simpler solution. Daftar masuk anak-anak tuan-tuan di sekolah Cina. Problem solved. Sekarang ini kurang lebih 100,000 anak Melayu menjadi pelajar di sekolah Cina. Maksudnya 200,000 orang ibu dan bapa Melayu have made the right decision. Daftar masuk saja anak tuan-tuan di sekolah Cina. Sekolah Cina jauh lebih 'less confused' dalam mendidik anak-anak.
 
Wa akhirul kalam, Daulat Tuanku.