Sunday, June 28, 2026

KICK THEM OUT: Apakah harga anda pada pandangan mereka?

 

Puisi lama oleh sdra Norman Fernandez. 
Di tambah sedikit rempah.

BERAPA HARGA DIRI ANDA

Mereka kembali lagi,
selepas lima tahun menghilang.
Serupa musim mengawan
gajah dan binatang di hutan
Dengan menganyam senyuman,
menghulur salam penuh mesra,
membongkok tanda hormat,
seolah-olah kita sahabat lama
yang sekian lama tidak bersua.

Mereka menjaja air liur,
berbuih di mulut serupa haiwan
menabur janji bulan dan bintang,
berikrar bekerja siang dan malam.
Segunung janji ditaburkan;
daripada anda tiada yang diminta,
hanya sehelai undi dipohon.

"Maaf jika ada kekurangan.
Maaf jika jarang kami datang.
Maaf jika tidak banyak bersuara.
Maafkan kami…"

Tin biskut dibawa,
sekampit beras dihulurkan,
minyak enjin motosikal percuma,
Mee Maggi, kicap, gula, garam
dan minyak masak diserahkan—
tanda akad membeli undi.

Di mata mereka,
itulah nilai diri anda.
beras, mee segera, tin biskut
Itulah harga anda.

Norman Fernandez
11 November 2022