Jom kita mulakan hari ini dengan satu joke. Tiga orang bekas perdana menteri kebetulan berada di Mahkamah pada masa yang sama — menjawab tuduhan berlainan terhadap mereka. Ketika prosiding mahkamah ditangguhkan, ketiga-tiga hero itu jumpa terserempak sewaktu minum teh di kafeteria Mahkamah. Ketiga-tiga mereka berbincang secara ringkas dan memutuskan untuk menubuhkan sebuah parti baharu. Namanya ialah Parti BERSALAH. End of joke.
Tuan-Tuan, seorang lagi ahli politik telah didakwa di Mahkamah atas tuduhan rasuah. Sekali lagi, dia hadir dengan memakai kot dan tali leher. Tiada pakaian seragam berwarna oren. Dia menjadi timbalan presiden sebuah parti yang menjadi anggota gabungan parti yang memerintah.
Pertama sekali, kita perhatikan bahawa tidak kedengaran sebarang kecaman atau bantahan daripada partinya sendiri walaupun dia telah didakwa atas tuduhan rasuah. Tiada juga komen daripada gabungan kerajaan yang dianggotainya. Langsung tiada komen, tiada rasa bertanggungjawab, tiada penyesalan. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku — macam sehari lagi di Kuala Buaya.
Malangnya prinsip asas ahli politik ialah rasuah. Semua ahli politik. Termasuklah parti Cina yang suatu ketika dahulu begitu lantang bercakap tentang rasuah ketika mereka menjadi pembangkang. Kini pemimpin mereka sendiri berdepan tuduhan rasuah di Mahkamah. Hipokrit betul.
Dan kemudian ahli politik terlibat rasuah atau jenayah boleh terlepas begitu sahaja. Lebih daripada seorang ahli politik pernah digugurkan pertuduhannya di Mahkamah. Istilah yang terkenal ialah DNAA. Dan sekurang-kurangnya dalam dua kes, pertuduhan terhadap mereka digugurkan selepas pihak pendakwaan sudah membuktikan kesalahan mereka dengan kukuh. Defense had been called.
Jadi, sedikit persoalan yang relevan — adakah pertuduhan terbaru ini akan lekat? Jadi atau tak jadi? Ia bergantung rapat kepada gabungan mana yang berkuasa, akan berkuasa, kerajaan mana yang dijatuhkan atau kerajaan mana yang naik. Mereka ini ahli politik. Semua bisa diatur.
Pertuduhan rasuah terbaru ini nampaknya seolah terlalu sikit atau kecil bagi seorang ahli politik. Kes rasuah yang melibatkan ahli politik biasanya mencecah puluhan atau ratusan juta Ringgit. Dan dalam kes yang terkenal, jumlahnya mencecah berbilion Ringgit. Jadi kali ini mengapa pula jumlahnya begitu kecil ? Mungkin ini adalah pelepasan tembakan amaran atau warning shot kepada pemimpin partinya — toe the line. Kalau tidak face the consequences?
Sebelum ini kita telah menyaksikan seorang ahli politik yang dipenjarakan berjaya mendapat pengampunan bagi kesalahannya dan dibebaskan dari penjara. Ini boleh berlaku dalam tempoh TUJUH hari sahaja selepas gabungannya memenangi pilihan raya. Hanya TUJUH hari. Satu rekod dunia.
Tuan-Tuan, bolehkah sesiapa pun daripada kalangan anda yang sedang berada di penjara atas apa jua sebab boleh mendapat pengampunan dan dibebaskan dari penjara hanya dalam tempoh tujuh hari? Setakat yang saya tahu, proses pengampunan biasanya mengambil masa bertahun-tahun, itu pun jika ia berlaku sama sekali.
Tuan-Tuan lebih baik kita fikirkan persoalan yang lebih relevan. Adakah anda fikir rasuah yang melibatkan ahli politik akan berakhir? Janganlah kita bodoh, okey. Let us not be stupid.
Jadi, apa yang patut kita lakukan? Apa yang ANDA boleh lakukan? Jawapannya mudah sahaja. Ini adalah negara berdemokrasi. Ini bukan hutan rimba di mana law of the jungle atau hukum hutan rimba berkuasa. Kita adalah masyarakat yang bertamadun. Atau sekurang-kurangnya kita mesti berusaha untuk menjadi masyarakat yang bertamadun.
Jangan undi mereka. Tendang mereka keluar. Kick them out. Tetapi sebelum anda Kick Them Out, pastikan suara dan pandangan anda didengari. Jangan terima sebarang jemputan daripada ahli politik. Untuk apa? Apa yang anda akan dapat yang halal dan baik jika anda menghadiri jemputan mereka? Dan ikut musim sekarang, hari ini mereka duduk di atas tetapi tiba-tiba esok mereka masuk penjara pula. So you really do not need them. They need you.
Orang yang suka berputar di kalangan ahli politik yang korup adalah orang yang lebih korup. Jadi tidak ada keperluan untuk menerima jemputan mereka untuk apa-apa pun. Dan jangan jemput mereka untuk apa-apa pun. Biarkan saja mereka. Leave them alone. Dan bila tiba masa yang betul — masukkan undi anda dalam peti undi. Tendang mereka keluar. Kick them out.
Kita perlu tebus balik maruah kita. Kita perlu rampas balik apa yang mereka telah curi. Dan kita mesti menakutkan generasi ahli politik yang akan datang. Kita perlu menakutkan mereka sampai mereka kencing dalam seluar.