Thursday, September 10, 2026

KRISIS ADAT N9: CHEGUBARD DEDAH & BONGKAR SIAPA PENDERHAKA? - PART 1

 

Sila baca komen saya di bawah.



My Comments: 

Bagi saya apa gunannya kita merdeka, dengan berparlimen, dengan dewan undangan negeri dengan mempunyai sistem kerajaan pusat dan negeri sejak 1957 KALAU kita tidak menghormati dan menjaga perkara 3. dan 4. Rukun Negara ia itu:

Keluhuran Perlembagaan dan 
Kedaulatan Undang-undang?

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dalam bentuk perlembagaan bertulis moden bermula pada 1896.

1896 — Negeri Sembilan mempunyai Undang-Undang Tubuh bertulis selepas pembentukan Negeri Sembilan yang disatukan.

1959 — Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 menjadi asas kepada teks perlembagaan negeri yang digunakan pada zaman moden.

Takkan setiap kali timbul perselisihan, Undang-Undang Tubuh boleh ditolak tepi pula.

Jika berlaku salah laku, penipuan, ugut dsbnya itu adalah tanggungjawab pihak Polis. Buatlah aduan Polis. 

Tapi yang sudah dipersetujui dan sudah begitu lama berfungsi dengan baik harus jangan diusik. Walaupun saya bukan orang Negeri tetapi I can see the danger. 

Kalau sistem pewarisan takhta (royal succession) di satu negeri boleh dirungkai, jadi apa jaminan sistem di negeri lain pula tidak akan dipersoalkan juga?

Jadi be careful what you wish for.