Actually yang tidak konfiden adalah UMNO. Kalau UMNO boleh survive sendiri patutnya UMNO keluar saja daripada kerajaan perpaduan. Tunggu apa lagi?
Tetapi beberapa watak-watak UMNO menghadapi risiko 'çan you survive' yang lebih mengancam. This time around, sekali lagi ahli UMNO akan mahu barisan pimpinan baru. Pimpinan yang sedia ada sudah jauh lepas tarikh TAMAT TEMPOH. End of shelf life. Mereka perlu diganti dan perlu di ganti cepat.
Sejak tahun 2003 UMNO seperti ayam yang sudah tiada berkepala (chicken without its head). Kalah 2/3 majority pada 2008. Kalah pilihanraya pada 2018. Berada dalam keadaan Third Class selama LAPAN TAHUN. Dan tidak kelihatan masa depan yang bagus bagi UMNO.
Tok Mat dan Johari Ghani dilihat oleh pemerhati (termasuk pengkritik UMNO) sebagai dua pemimpin yang berbakat dan proven kebolehan mereka. Tok Mat proven sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang sangat successful selama 14 tahun - 2004 sampai 2018. Pentadbiran Tok Mat selama 14 tahun berjaya majukan Negeri Sembilan menandingi negeri jiran Melaka. Melaka maju sebagai pusat pelancungan taraf antarabangsa five star. Negeri Sembilan kini menjadi negeri perindustrian dan pembangunan antara yang terbaik di Malaysia. Di mana saja di Negeri Sembilan pembangunannya maju dan perancangan bandar sangat teratur.
Johari Ghani ex Menteri Kewangan Dua selalu bercakap dengan teliti dan tanpa menjerit atau hilang akal. Steady dan mempunyai intelek yang tajam. Jo Ghani adalah seorang chartered accountant kelulusan United Kingdom - satu pencapaian professional yang bukan mudah diperolehi.
Selain daripada dua orang ini yang bebudak lain semua adalah bebudak. Kaki klentong dan berserabut.
Tok Mat dan Jo Ghani calon yang terbaik tetapi boleh kah mereka naik tangga dalam UMNO? Atau apakah mereka akan ditikam, disondol ikut budaya UMNO ? Atau apakah yang paling teruk dan paling bodoh akan terus memimpin parti ini? Sejak 2003?
