Actually yang tidak konfiden adalah UMNO. Kalau UMNO boleh survive sendiri patutnya UMNO keluar saja daripada kerajaan perpaduan. Tunggu apa lagi? Kenapa pula main tai chi - suruh orang lain tendang dia keluar dulu. Tak payah main wayang lah brader. Kalau awak berani, angkat kaki saja and get out. Awak takut apa?
Tetapi beberapa watak-watak UMNO menghadapi risiko 'çan you survive' yang lebih mengancam. This time around, sekali lagi ahli UMNO akan mahu barisan pimpinan baru. Pimpinan yang sedia ada sudah jauh lepas TAMAT TEMPOH. End of shelf life. Mereka perlu diganti dan perlu di ganti cepat.
Sejak tahun 2003 UMNO seperti ayam yang sudah tiada berkepala (chicken without its head). Kalah 2/3 majority pada 2008. Kalah pilihanraya pada 2018. Berada dalam keadaan Third Class selama LAPAN TAHUN. Dan tidak kelihatan masa depan yang bagus bagi UMNO.
Johari Ghani ex Menteri Kewangan Dua selalu bercakap dengan teliti dan tanpa menjerit atau hilang akal. Steady dan mempunyai intelek yang tajam. Jo Ghani adalah seorang chartered accountant kelulusan United Kingdom - satu pencapaian professional yang bukan mudah diperolehi.
Selain daripada dua orang ini yang bebudak lain semua adalah bebudak. Kaki klentong dan berserabut.
Tok Mat dan Jo Ghani calon yang terbaik tetapi boleh kah mereka naik tangga dalam UMNO? Atau apakah mereka akan ditikam, disondol ikut budaya UMNO ? Atau apakah yang paling teruk dan paling bodoh akan terus memimpin parti ini? Sejak 2003?
