diwujudkan sebagai perkhidmatan tambahan bagi pengguna lebuh raya bertol, yang menyediakan kemas kini trafik, maklumat mengenai kawasan rehat, lokasi kamera penguatkuasaan, serta bagi menghubungi bantuan kecemasan.
“memang (menyerupai) sebuah aplikasi navigasi, tetapi skop dan keupayaannya—*dibangunkan khusus untuk pengguna lebuh raya bertol*.
OSTB: lokasi kamera penguatkuasaan? Woi lokasi kamera semua jangan kasi tau kepada orang lah. Kamera itu untuk tujuan keselamatan pengguna jalanraya. Kalau dia tahu lokasi kamera pemandu laju akan slow down. Bila sudah lepas kamera dia akan laju balik. Kenapa lah dungu sangat? Habis apa guna belanja juta Ringgit duit rakyat untuk pasang kamera penguatkuasaan kalau awak bocor rahsia lokasi semua kamera itu?
bukannya untuk bersaing secara langsung dengan W@ze.
OSTB: Tapi si tolol sudah bilang jangan guna pula.
langkah promosikan alternatif kepada W@ze
arahkan untuk naik taraf
OSTB: naik taraf ? Maksudnya perlu belanja lagi puluhan Juta Ringgit, ratus Juta Ringgit atau bilion Ringgit?
aduan mengenai gangguan teknikal dan kekurangan dari segi navigasi
mengakui bahawa belum lengkap sepenuhnya
OSTB: belum lengkap sepenuhnya? Habis pasal apa suruh orang guna app yang belum lengkap! OK berapa Juta Ringgit lagi duit rakyat yang perlu untuk lengkapkan sepenuhnya? Hospital saya sudah kehabisan ubat. Dia suruh beli ubat sendiri di farmasi. Hospital tak cukup duit. Budget tahun ini pinjam RM80 bilion. Budget tahun 2027 pun pinjam RM80 bilion. Ini nak belanja duit kita lagi untuk apps tak tentu hala.
penggunaan bukanlah sesuatu yang diwajibkan, dan aplikasi navigasi lain—termasuk Google Maps—masih boleh digunakan.
tidak menolak kemungkinan untuk meluaskan liputan aplikasi itu ke jalan persekutuan, jalan perbandaran, dan jalan kampung, bergantung kepada keupayaan teknikal dan pembiayaan.
OSTB: Untuk apps ini kau perlu guna satelit. W@ze, Google semua guna satelit. Google gunakan at least 24 biji satelit. Satu biji satelit kos dia boleh sampai RM100 juta. Hello, cronies sudah meleleh air liur. Kontrak boleh berbilion.
“Mungkin dalam tempoh 10 atau 15 tahun akan datang, ya, kita boleh meluaskannya
OSTB: 10 atau 15 tahun akan datang bukan saja kau sudah pencen tapi kau sudah mampus kut. Maksudnya tak jadi lah itu. Pada tahun 1990 bila Dasar Ekonomi Baru tak jadi Dr Mahathir buat Wawasan 2020 pula. Di tunda 30 tahun. Pun tak jadi.
“taklimat yang disampaikan ... itu mengelirukan, ia sepatutnya tidak berlaku.
OSTB: Huh? Tapi taklimat keliru sudah pun disampaikan. Too late.
dia perlu memastikan sama ada pihak pembangun telah menjelaskan fungsi sebenar aplikasi tersebut dengan jelas semasa taklimat berkenaan
OSTB: Tapi dia tak buat. Buat kerja separuh masak. Half baked job. Kerja belum siap, apps belum lengkap, taklimat mengelirukan and then suruh orang jangan guna ini, jangan guna itu pula. Real village idiots. Menyusahkan orang sahaja.