DG Imigresen Zakaria Shaaban. Hello Brader Zakaria, bangun pagi mesti mahu mandi, gosok gigi ok.
Sarung passport dijual oleh Pinduoduo dengan harga RM2.14. Free delivery.
Bagi saya ini adalah kes tak masuk akal. Wanita itu telah pergi ke UTC Pudu untuk membuat passport. Lepas itu gedebak gedebuk dia kena tuduh mencuri sarung plastik passport. Pinduoduo menjual sarung passport dengan harga RM2.14 sahaja.
Jadi wanita ini dituduh dan dihadapkan ke mahkamah yang penuh dengan hakim, peguam bicara, pegawai Polis, pegawai mahkamah, Court interpreter, peon, kerani, pengawal security dsbnya yang semuanya dibayar gaji berjumlah berpuluh ribu Ringgit - belum kira api, air dan sewa bangunan mahkamah - dengan mengguna dana awam untuk membicara kes yang melibatkan tuduhan mencuri sarung passport plastik kosnya kurang lebih RM2.14 sekeping (harga Pinduoduo).
Sila dengar video lima minit berikut. Lepas itu saya ada sedikit soalan.
Jadi soalan saya berikut saja:
1. Lets say wanita ini disabit kesalahan itu, boleh tak wanita itu memohon kepada Pardons Board untuk dibersih sucikan daripada tuduhan mencuri barang bernilai RM2.14 (perbandingan harga dengan Pinduoduo lah).
2. Ataupun kalaulah wanita ini dijatuhkan hukuman, boleh tak dia mohon untuk house arrest. Sebab nilai barang itu sekitar RM2.14 sahaja (kalau dibeli dari Pinduoduo).
3. Kalaulah sarung passport itu adalah barang jualan, siapa yang menjualnya? Hello Brader Zakaria Shaaban, Jabatan Imigresen jual sarung passport ke? Ada resit tak?
Saya semak website Jabatan Imigresen ( Malaysian International Passport – Malaysian Immigration Department )
Tak ada sebut pun pasal sarung passport. Jadi siapa yang menjual sarung passport itu?
Ada resit tak? Kalau tak ada resit, tak perlu bayar Sales Tax SST ke?
Hello Brader Zakaria Shaaban, DG Imigresen - boleh tolong jawab tak?
Wa akhirul kalam, wanita itu adalah orang biasa. Rakyat marhaen. Bukan ada pangkat atau gelaran Dato Sri dsbnya.

