Ini terjemahan ringkas:
Keuntungan kilang saya merosot sebanyak 30% berbanding tahun sebelumnya, walaupun jumlah jualan kekal sama. Mengapa?
Kerana kerajaan menaikkan Gaji Minima dan kadar bil elektrik.
60% daripada tenaga kerja saya terdiri daripada pekerja tempatan yang memegang jawatan seperti pengurus dan juruteknik, dengan gaji RM3,000 ke atas.
Tetapi pekerja asing saya yang melakukan kerja-kerja am dan berkemahiran rendah pula memerlukan kos sebanyak RM1,700 gaji minimum + kerja OT + caruman KWSP dan PERKESO + bayaran permit pekerja asing. Jumlah kos bagi setiap pekerja asing sudah mencecah RM2,500 hingga RM3,500 atau lebih.
Jika saya menjalankan operasi yang sama di Indonesia atau Vietnam, kosnya hanya separuh daripada kos di Malaysia. Atau jika saya bekerjasama dengan supply chain di China, lebih baik bagi saya.
Jadi, mengapa pula saya perlu melabur dan membuka kilang di Malaysia?
My Comments:
Segala perbuatan mereka makin menyusahkan manusia. Itulah trademark mereka. MENYUSAHKAN MANUSIA.
Melihat kepada komen si Leong di atas, dia faham kos perbelanjaan bagi operasi kilang. Gaji Minima makin naik, bayaran OT, bayar KWSP dan SOCSO, bayar Permit Pekerja Asing dan bayaran bil letrik semuanya makin menyempitkan pengusaha kilang. Leong berkata lebih baik dia membuka kilang di Vietnam atau Indonesia atau beli terus daripada supplier di negeri Cina.
'Jadi, mengapa pula saya perlu melabur dan membuka kilang di Malaysia?'
Makin lama pengusaha, businessman dan kilang di Malayia makin susah untuk hidup dan bersaing di pasaran. Termasuk pasaran ekspot. Makin lama lebih banyak kilang dan business akan merosot.
Yang lebih bahaya dan patutnya yang lebih menakutkan ialah perniagaan baru dan kilang-kilang baru yang TIDAK JADI. Makin susah bagi usahawan tempatan dan businessman tempatan, terutama sekali SME (perusahaan kecil dan sederhana) yang menghadapi kos permulaan yang sangat tinggi (Gaji Minima, bil letrik dsbnya) yang menghalang mereka daripada mulakan operasi atau perbesarkan perniagaan mereka.
Wa akhirul kalam, anak-anak muda kita yang akan hilang peluang pekerjaan. Kalau keadaan makin susah bagi kilang dan businessman membuka perniagaan dan kilang mereka, maksudnya anak-anak muda kita yang akan lebih tipis peluang pekerjaan.
Bolehlah mereka masuk Gig Economy.
LEBIH RAMAI ANAK-ANAK MUDA AKAN MENJADI DELIVERY BOYS



