- subsidiary has appointed an independent audit firm
- to conduct forensic audit into specific matters
- part of efforts to strengthen governance
- independent audit firms appointed for several other subsidiaries
- to strengthen governance, accountability, transparency and compliance
- focused on protecting organisation’s interests and well-being of its SLAVES
My Comments:
Sekali lagi DANA AWAM yang terlibat. Duit kita.
Bukan duit bapak depa. Tapi depa berlagak macam duit bapak depa.
Mereka disenaraikan di Bursa pada tahun 2012. 14 tahun yang sudah. Lepas itu terbongkar skandal satu demi satu. Kemudian harga saham jatuh merudum. Daripada sekitar RM5.00, harga saham jatuh kepada sekitar RM1.70 se-saham. Kejatuhan nilai lebih 65%.
Ramai HAMBA SAHAYA di ladang menjadi lebih miskin.
Sehingga hari ini, HAMBA SAHAYA masih miskin.
Esok mereka masih akan miskin.
Lusa mereka akan kekal miskin.
Baru sekarang nak buat audit forensik?
Satu komen berbunyi: “Anda dan saya tahu semua audit forensik ini hanyalah BS. Hanya membazirkan lebih banyak wang. Ini sekadar sapu lipstick di bibir khinzir. Tak boleh molek. Anda tidak memerlukan audit forensik; anda memerlukan penstrukturan semula dan rombakan menyeluruh. Pecat dulu seluruh Lembaga Pengarah dan Pengurusan.
Lantik CEO dan Lembaga Pengarah baru untuk meneliti setiap anak syarikat dan tutup semua entiti yang tidak berdaya maju, jual non-core businesses, dan susun semula core business. Anda langsung tidak memerlukan audit forensik. Untuk apa? Cukup dengan meneliti penyata kewangan dan dokumen aliran tunai serta postmortem setiap perniagaan anak syarikat dengan teliti.
What is so difficult? Jika Lembaga Pengarah dan CEO tidak mampu melakukan semua itu sendiri, maksudnya anda telah mengambil sekumpulan lagi village boys untuk bermain ‘garu telur’ di Board room. Termasuk makan lunch selama dua jam pada hari Jumaat. Why not tiga jam? Cincai pocai lah.
You must be serious.
