Wednesday, July 6, 2022

Boris Johnson's Government About To Collapse ?

 


 

British Prime Minister Boris Johnson will face questions in parliament followed by a grilling by senior lawmakers on Wednesday, with his premiership on the brink after a slew of resignations from ministers saying he was not fit to govern.

Top ministers including Sunak turn on UK's scandal-tainted PM

Rishi Sunak quit as chancellor of the exchequer and Sajid Javid as health secretary, with both saying they could no longer tolerate the culture of scandal that has stalked Johnson for months.

New UK finance minister Zahawi inherits faltering economy, soaring inflation

Britain's new finance minister Nadhim Zahawi takes the reins of an economy struggling under the strain of nearly double-digit inflation and a slowdown that looks set to be more severe than in most of the world's other big nations.

Sunak and Javid: Big hitters who quit UK government

The resignations -- after a succession of crises that led to a vote of confidence in Johnson's leadership -- did nothing to dampen speculation that both men still have an eye on the top job.

My Comments:

Dont mess with Putin. Some of you may ask what is the connection? The economy is indeed facing tough times and inflation is soaring. The slew of labour and social unrest in the UK and Europe will only increase.

Ibu Kepada Empat Anak Di Penjara 14 Bulan Curi Dua Peket Milo



 

MARANG:  Seorang suri rumah dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mencuri dua peket Milo bernilai RM73 di sebuah pasar raya di sini pada 25 Mei lalu.

mempunyai empat orang anak sebelum ini mempunyai tiga rekod jenayah mencuri barangan pasar raya pada tahun 2019 dan 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

 – UTUSAN

My comments:

Ini menjadi kali ke-empat wanita ini terlibat mencuri barangan pasaraya. 

Kes seperti ini semakin berlaku dalam negara kita. Dan yang terlibat pun si ibu kepada anak-anak di rumah. Mereka sering mencuri barangan pasaraya untuk diberi makan dan minum kepada anak-anak di rumah. 

Orang lain pun mencuri juga. Mereka bukan curi barangan pasaraya tetapi mereka boleh curi bangunan-bangunan pasaraya sekali. 

Yang bezakan mereka ialah mereka boleh upah loyar dengan yuran RM9 juta.  Semoga ibu kepada empat orang anak itu akan sedar diri bahawa hidup tanpa mencuri jauh lebih baik daripada masuk penjara untuk sehari pun.


J'tankuasa Jihad Inflasi, Majlis Perundingan Entah Apa, Menteri Ekonomi, Menteri Kanan Miti, Menteri Kewangan, Menteri KPDNABCDEFG - Di Mana Solution Nya? Kartel Daging Sudah Jadi Apa?

 

My Comments :

Harga daging kambing di Kuala Lumpur (local mutton) sekarang sudah RM70 satu kilo.  Dulu kalau makan daging kambing berlebihan boleh kena cholesterol, heart blockage dsbnya (but can still be debated) sekarang pula tengok harga daging kambing RM70 sekilo saja boleh terus kena heart attack!  Belum kena cholesterol pun.

Tengoklah, sikit lama nanti harga daging kambing tempatan (local mutton) boleh sampai RM100 se kilo.

Dia macam ini Tuan-Tuan - keseluruhan sistem supply chain makanan kita (daripada sayur ke ikan, ayam, daging) semuanya BUKAN ditentukan oleh harga pasaran atau market forces.

Selalu pun, di mana pun, mesti ada campur tangan bodoh kerajaan atau dasar kerajaan yang dunggu yang menyebabkan kucar-kacir dalam perjalanan pasaran bebas. There is always distortion of market forces by government which results in higher prices.

Apa sudah jadi dengan buah mangga harum manis yang kononnya famous itu dari negeri Kedah ke mana? Sudah berpuluh tahun depa buat harum manis, harum manis, harum manis. Pi dah. Saya tak pernah jumpa buah mangga harum manis di supermarket di Kuala Lumpur.

Depa sengaja jual dengan harga mahal : RM30-RM40 sekilo ke apa. (Harga latest saya tak tahu.) Tetapi sahabat saya (di Penang) boleh beli daripada orang kampong dengan harga berbelas Ringgit satu kilo.

Depa cuba 'cartel-kan' harga harum manis. But how many million Ringgit have you sold?  When was the last time you ate harum manis? 

Lepas itu saya masih ingat pada satu tahun ayam turkey impot (imported turkey) yang menjadi makanan 'festive season' Krismas pula tergendala. Tak ada pun ayam turkey impot. Kenapa pula? Ada rebut-merebut AP untuk impot turkey kut. Saya ke hulu ke hilir mencari ayam turkey (ayam belanda?)  tapi tak jumpa. "This year supply shortage" depa jawab.

Apa sudah jadi 'kartel daging'? Tempoh hari hangat-hangat tahi ayam heboh pasal kartel daging. Pasangan laki bini yang terlibat sikit ditangkap, dituduh dsbnya. Lepas itu apa jadi? Siapa boss besarnya? Kartel daging itu masih wujud atau sudah di haramkan? 

Semuanya disebabkan campurtangan kerajaan yang lebih memihak kepada orang tengah pemegang AP, orang tengah yang dilesenkan kerajaan, orang tengah yang diberi monopoli oleh kerajaan. Mesti ada saja penglibatan kerajaan yang menggangu perjalanan pasaran bebas.

Setiap kali kerajaan masuk campur maka berlakulah price distortion atau gangguan dalam harga pasaran.   

Yang latest harga ayam. Sekarang harga ayam naik RM9.40 se-ekor. Hello, itu hanya di supermarket. Di kedai runcit, mini market (at least di kawasan saya) harganya bukan RM9.40 sekilo.

Dan di supermarket pula walaupun harga RM9.40 sekilo tetapi setiap pembeli dibenarkan beli tiga ekor ayam saja. (Hari itu dua ekor saja - bila harga RM8.90 sekilo).  Inilah disebut market distortion dan price distortion disebabkan campurtangan kerajaan.

Dan di supermarket itu ayam RM9.40 sekilo selalu "cepat habis". Awal pagi ada stok tetapi kalau lambat sikit (lepas 11 pagi) dia kata 'ayam sudah habis'.

Nak cerita pasal harga kereta? Lagi bercelaru. 

Semuanya jadi mahal dan menyusahkan orang disebabkan campurtangan kerajaan dalam perjalanan pasaran bebas.

Sahabat saya kontraktor memberitahu bahawa harga simen di Singapura lebih murah daripada harga simen di Malaysia. Padahal Singapura tidak ada kilang simen. Dan syarikat pengeluar simen Malaysia juga yang ekspot simen ke Singapura!  Can you explain why?

Serupa juga kereta Proton dulu (sebelum Proton dijual kepada syarikat China) yang diekspot ke United Kingdom dijual dengan harga yang lebih murah daripada harga jualan di Malaysia !! Pasal apa pula?

Orang biasa di Malaysia terpaksa bayar harga mahal bagi kereta Proton untuk "sabsidikan" harga Proton yang lebih murah bagi pembeli di United Kingdom !! 

Masalah besar dalam negara kita adalah Kerajaan banggang dan bengong yang tidak faham ekonomi atau bisnes tetapi mahu terus melibatkan diri dengan ekonomi dan bisnes.