Friday, September 20, 2024

CARA PALING MUDAH HAPUSKAN AJARAN SESAT

 

  • Sekali lagi negara kita dilanda wabak ajaran sesat. 
  • Of course orang yang sesat itu tidak akan mengaku dia sesat. 
  • Sebaliknya dia akan menuduh orang yang menuduh dia pula sebagai sesat.
Satu orang punya ajaran sesat menjadi ajaran betul kepada orang lain. 
One man's ajaran sesat is another man's ajaran betul.

Pada pandangan saya ajaran sesat ini sering menonjolkan beberapa karakter yang serupa yang pernah kita melihatnya dalam laporan media. 

1. Wanita dan seks, seks, seks.

Lazimnya kumpulan ajaran sesat akan tumpu juga kepada wanita dan sex. Wanita menjadi mangsa seks mereka. Of course dalam kes terkini, budak lelaki pula turut diliwat. 

Wanita mereka akan kena pressure, kena tegur, kena marah dan juga didera untuk tunduk kepada kemahuan ajaran sesat itu.

Samada dirogol, dicabul, dikahwin paksa, bernikah jihad (Salafi ISIS)  dsbnya wanita sering menjadi mangsa seks kumpulan ajaran sesat.

Minggu sudah saya tengok video viral seorang wanita mengadu (dalam video itu) dia direjam (??) sewaktu di Turki, dibakar dengan pemetik api (dia tunjuk kesan pada lengannya) dan anaknya dirampas orang dsbnya. Very strange case tapi itu yang dia sebut. Dia juga tunjuk salinan DUA laporan Polis siap dengan nombor laporan Polis itu.

2. Bercakap bohong 

Satu lagi ciri utama ajaran sesat ialah mereka bercakap bohong. Macam mana kita boleh tahu dia bercakap bohong? Apabila dicabar menunjuk bukti dia tidak boleh tunjuk sebarang bukti yang sah atau yang masuk akal. Sebaliknya dia terus merujuk kitab entah apa ditulis oleh entah siapa untuk sokong hujah mereka. Tetapi jika dicabar kesahihan atau lojik akal kitab-kitab mereka itu, mereka tidak boleh jawab dengan betul. 

Cara mereka adalah 'take it or leave it'. 'Kitab saya cakap macam ini, saya percaya kitab saya ini. Saya betul, awak yang sesat'. 

Tanpa menunjuk sebarang bukti yang sah atau hujah yang masuk akal. Dalam kitab mereka termasuk cerita pelik seperti haiwan boleh bercakap ("cow turned to me, and it said: “O Abdul Q--dir! It is not for this that you have been created"), benda pepejal (seperti kayu, batu) boleh bergerak dengan sendiri atau mempunyai kebolehan manusia dsbnya.

In other words mereka percaya secara overdose kepada perkara khayal (imaginasi) dan tahyul.

(Tahyul (atau tahayul) atau khurafat bermaksud kepercayaan yang karut-marut tanpa sebarang asas dalam sains (ilmu alam). Tahyul boleh timbul daripada pelbagai faktor seperti kejahilan, salah faham terhadap sains, kuat percaya pada kuasa ghaib atau ketakutan terhadap anasir yang tidak diketahui - Wikipedia Bahasa Melayu).

3. Mengguna kekerasan, paksaan 

Satu lagi ciri utama ajaran sesat ialah mereka guna paksa dan kekerasan untuk patuhi kepercayaan mereka. 

Ahli mereka langsung tidak diberi peluang menyoal kepercayaan mereka dengan ancaman bahawa orang yang banyak bersoal pula akan digelar sesat !!  Kepala hotak siru macam ini, setan pun kalah!

Mereka memekakkan telinga dan menutup otak mereka (turn off their brains) tidak mahu dengar sebarang hujah yang berlainan atau yang mencabar pegangan mereka. Seperti mitos ostrich atau burung unta yang membenamkan kepala dalam tanah.

4. Mudah marah, naik angin, ganas

Walaupun niat mereka adalah untuk mengajar, mereka mudah jadi marah gila babi dalam usaha mereka untuk "mengajar" apa pun. "Marah gila babi" itu menjadi SOP dalam dakwah mereka.  Mereka akan mula memekik, menjerit dan melolong meraung seperti anjing buas. Dan apabila mereka tidak boleh jawab soalan mereka boleh menjadi ganas.

Mereka tidak boleh berbincang secara intelligent dan beradab, mereka tidak boleh ikut cara "educated people" atau orang yang pernah sekolah. Perangai mereka lebih seperti orang yang tidak pernah bersekolah. Uneducated people.  

Walaupun demikian, kekuatan mereka ialah begitu mudah bagi mereka menjumpai orang yang jauh lebih lemah akal fikirannya. Terlalu ramai orang lebih lembap akal fikiran mereka. Inilah realiti dalam masyarakat. Maka sangat mudah bagi kumpulan ajaran sesat itu mengutip ahli dan penyokong. Lagi bodoh dan lagi bengong hujah mereka, lagi seronoklah mendengarnya pelbagai rejimen dan batalion manusia yang lagi lembap akal fikiran mereka.

CARA PALING MUDAH HAPUSKAN AJARAN SESAT.

Apakah cara paling mudah hapuskan ajaran sesat? 

Ini pandangan saya saja ok tetapi saya yakin cara ini boleh berkesan juga (antara cara lain of course).

Bagi saya cara yang paling mudah adalah: Tanyakan Mereka "Kenapa" Berulang Kali. (ASK THEM "WHY" REPEATEDLY).

  • Untuk apa jenis hujah pun suruh mereka jawab soalan KENAPA.
  • 'Ya syeikh, KENAPA begitu? 
  • Please explain WHY?'

Dan apa pun jawapannya, ulangi persoalannya 'KENAPA BEGITU'.

Contohnya cerita  "cow turned to me, and it said: “O Abdul Q--dir! It is not for this that you have been created".   

  • Tanya dia "WHY atau KENAPA lembu boleh bercakap?"
  • Kalau dia jawab : "Itu adalah karaamah (keramat)"
  • Tanya lagi 'WHY atau KENAPA PULA KARAAMAH?
  • Kalau dia jawab, "Sebab begini begini"
  • Tanya dia lagi "KENAPA begini begini".
  • Last sekali dia akan fed up dan mengancam kita:
  • 'Awak jangan suka tanya banyak'
  • Tanya dia lagi 'KENAPA jangan suka tanya banyak?'
  • Ulang saja soalan KENAPA atau WHY.
  • Sampai dia pengsan.  
  • Jangan takut. 
  • Cuba try. 
  • Keep asking WHY sampai dia pengsan. 
 Dia akan lari menangis-nangis cari emak dia.