Thursday, November 28, 2024

KADET TENTERA BUNUH KADET TENTERA LAGI. SCORE : MATI 8, CEDERA PARAH 1.

 

 

 

 




My Comments : Di UPNM seorang kadet tentera di bunuh. Kemudian ENAM lagi kadet yang terlibat pembunuhan itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Jadi jumlah nyawa kadet tentera yang terkorban adalah TUJUH orang. (Satu lagi kes UPNM pula seorang kadet cedera parah di buli oleh beberapa kadet lain).

Dalam kes terbaru pula (ikut laporan media Mkini di atas) seorang lagi kadet tentera di UITM dibunuh oleh kadet yang lain. Nyawa terkorban SATU orang. Kalau kadet yang terlibat membunuh itu dijatuhkan hukuman gantung juga  maka SCORE akan naik jadi SEMBILAN kadet tentera terkorban.

Tuan-tuan, cuba fikir, (sehingga) SEMBILAN ORANG kadet tentera terkorban walaupun tidak berlaku sebarang sengketa atau peperangan atau serangan musuh terhadap negara kita. 

What a joke?  Mereka bunuh membunuh sesama sendiri, mereka dijatuhkan hukuman mati dsbnya.

  • Sedihnya budaya buli sangat 'tebal' dalam masyarakat kita. 
  • Budak yang handsom buli budak yang hodoh.
  • Budak yang hodoh buli budak yang handsome.
  • Budak anak kaya buli budak anak miskin.
  • Budak anak miskin buli budak anak kaya.
  • Budak yang lemah kena buli lebih.
  • Budak bangsa / agama lain pun kena buli (di sekolah, sewaktu PLKN dulu).

Jelas bahawa budaya buli (culture of bullying) selalu terpendam 'just below the surface'.

Pada bila masa saja, dengan tiba-tiba, boleh berlaku keganasan untuk mencederakan dan membunuh sesama manusia. Satu lagi contoh yang berlaku setiap hari adalah road bully atau mengamuk gila di jalanraya : contohnya kes  Lima 'rider' didakwa membunuh pemandu kereta yang terbabit nahas.

My Conclusion : Takpelah tuan-tuan. Bilangan penduduk kita kan ramai lagi. 34 juta manusia. Kalaulah beberapa kerat manusia terkorban dibuli dsbnya, kita masih ramai lagi.

So Panglima Angkatan Tentera, hang boleh relaks. Tunggu jadi Pang Pencen ok.