Sunday, November 24, 2024

MAQASID KETAMADUNAN SUDAH BERLAINAN

 

 

 

OSTB : Kontraktor pula kena. Apa kata sebelum kontraktor boleh buat tawaran, orang lain pula minta nak membuat lawatan? So how?

Sila baca komen saya pada penghujung.  


 

1. Comment oleh Tan Sri Rafidah Aziz, ex Menteri MITI (dihantar direct kepada saya) :  

  • Is the Government SO HARD UP NOW?
  • That travelling expenses are paid for by the Private Sector? 
  • Were there any quid pro quo involved ? 
  • Leaders should CUT DOWN the Globe Trotting.
  • There are more than enough issues to manage INSIDE the Country itself !
  • FOCUS ON GOVERNING ...NOT ON TOUCH and GO  "DIPLOMACY".


2. Takrif anti-rasuah di Singapura, sebuah negara bukan Islam


  • S. Iswaran, transport minister handed 12-month prison
  • for obtaining tickets for Singapore F1 Grand Prix,
  • a night’s stay in Four Seasons Hotel Doha, 
  • and flights including being aboard a private jet to Qatar.

 

3. Takrif anti-rasuah oleh kerajaan baru President Donald Trump di Amerika Syarikat, sebuah lagi negara bukan Islam.


"while the United States under the incoming Trump administration is getting ready to rip apart and expose corruption. Vivek Ramaswamy and Elon Musk are starting a weekly podcast exposing the corrupt in America. Corruption busters.


4. Laporan dalam akhbar Tempo Indonesia (klik sini)

 



Tempo memetik kenyataan  : “Kami mengundang perusahaan-perusahaan yang terlibat seperti P--------, S----a E----y, Y----n, P-----, dan (perusahaan semikonduktor) yang ikut menyusul dalam rombongan (nasional). Mereka membayar ongkos dan biaya"

 

5.  Yang berikut pula adalah Integrity Pledge yang pernah diumumkan oleh salah satu syarikat di atas itu :

 

  • P------- has several initiatives to promote integrity and ethics in its business, including:
  • Code of Conduct and Business Ethics (CoBE): This code applies to all employees, directors, and third parties, and covers topics such as anti-competitive practices.
  • Anti-Bribery and Corruption Policy & Guidelines (ABC Manual): This manual applies to all employees and third parties, and demonstrates P-------' zero tolerance for bribery and corruption.
  • No Gift Policy: This policy aims to strengthen the culture of integrity and ethics.
  • Integrity Compliance Framework: This framework aims to strengthen the culture of integrity and ethics.

So what happened to the Code of Ethics?

6. Comment oleh seorang business consultant.

In the old days, private sector pay their own on commercial airlines, to dovetail with the official itinerary. Many even stayed in the same hotels as the ministers/senior officials - on their own expense. I witnessed this on trade delegations, Labuan delegations, UN delegations ...

Then when N--ib became PM, he offered places on the official jet to his friends and cronies. I remember a visit he made to Beijing with 100 cronies, all smiling to be on the same flight as PM.

Businessmen understand value in following official delegations, so it's no secret many will contribute to costs to get a front row seat.

I think the best practice is to revert to the old days - you know the trade delegation itinerary, you pay for your own way there. Ministers/officials can invite businessmen, but require them to make their own arrangements.

7.. Media pula laporkan Menteri Komunikasi deny swasta bayar duit.



My Comments :

 

1. Ethically perkara ini memang tak betul. Memang mencemar etika transparency (ketelusan), honesty (kejujuran) dan fair play (keadilan). 

Kita tidak tahu apa yang wakil syarikat swasta itu berbisik-bisik dengan VVIP dalam penerbangan itu. Tentu sekali sebab mereka sudah bayar tambang mereka boleh duduk sebelah telinga kiri dan kanan VVIP.  Sebab itulah mereka sudi kongsi bayar tambang.  Do you think syarikat swasta akan sudi kongsi bayar tambang pesawat charter flight untuk duduk bersama tuan-tuan? Atau duduk bersama saya? What for?

Apa masalahnya? Katakanlah pada esok nanti gomen buat projek gergasi dan jemput syarikat swasta menyertai projek itu. Syarikat A, B dan C masuk tender. Yang berjaya tender adalah syarikat A. Gundah bin Gulana syarikat A juga yang pernah kongsi bayar tambang kapalterbang tadi.

Of course akan timbul tuduhan "influence buying".  "Kau dapat projek sebab kau kongsi bayar tambang dengan VVIP, kau duduk sebelah VVIP. Entah kau janji nak bayar apa lagi?

Dari segi ethics / etika memang perbuatan seperti itu amat di curigai. Dubious and questionable ethics.

And then if kerajaan pula bertukar, kerajaan baru boleh membuat siasatan dan buat tuduhan di mahkamah pula. Itu pun possible. Jangan main-main.

2. Saya rujuk balik berita dari Singapura dan Amerika Syarikat (di atas).  Menteri Singapura dipenjarakan sebab menerima tiket penerbangan juga. Orang lain telah bayar tambang untuk penerbangan. Menteri Singapura itu terus dipenjarakan. Why?  Sebab perbuatan itu bukan saja langgar etika tetapi adalah salah di sisi undang-undang. It is a crime.

Di semua negara lain mereka jelas bahawa pihak swasta membayar atau kongsi bayar kos perjalanan rombongan rasmi kerajaan adalah perbuatan salah. Perbuatan itu termasuk corruption, buying influence, unethical.

Dalam semua urusan manusia di atas mukabumi Allah swt ini dan dalam semua peradaban dunia manusia  (ia itu manusia yang bertamadun) pasti ada awsatuha atau wasata atau ummatan wasatan yang bukan saja merujuk kepada kesederhanaan (moderation) tetapi kepada cara yang betul dan baik untuk membuat apa pun.

Ahli falsafah Yunani Aristotle huraikan 'golden mean' (maksudnya golden average juga).

The golden mean is a principle of moderation that involves finding a balance between two extremes.  The golden mean is the middle ground between excess and deficiency. It's a desirable position that avoids extremes and is intended to serve the best interests of the public.

Al Quran juga jelaskannya  (Surah Baqarah ayat 189) :

   وَلَيْسَ ٱلْبِرُّ بِأَن تَأْتُوا۟ ٱلْبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَـٰكِنَّ ٱلْبِرَّ مَنِ ٱتَّقَىٰ ۗ وَأْتُوا۟ ٱلْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَٰبِهَا ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ١٨٩    

..Dan bukanlah kebaikan bahawa kamu memasuki rumah-rumah dari bahagian belakangnya akan tetapi kebaikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah rumah itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.

And it is not righteousness to enter houses from the back, but righteousness is [in] one who fears Allah. And enter houses from their doors. And fear Allah that you may succeed (Sahih International)

Jangan ikut cara yang bengkok. Ikutlah cara yang lurus. Cara yang mudah, telus dan jujur.

Kita tidak boleh berkelakuan pelik, buat ikut suka hati, dan kemudian berdegil bahawa 'Ini cara kami, take it or leave it'.  Atau 'Ini ikut acuan kita sendiri'.

Perangai macam ini tidak lain tidak bukan adalah acute paranoia ataupun sudah mental disorder. Sudah mendekati tahap 'hearing voices inside your head'.  You are living inside your own imagination. 

Dan ia akan membawa kepada bencana dan disaster yang lain lagi.

Taukeh swasta : Latok, bulan depan ada international exhibition di Paris, France. Dia tunjuk kereta tak payah pakai tayar.  Floating car. Mari kita pergi tengok. Saya sama kawan-kawan boleh tolong bayar itu tambang, hotel semua boleh tolong-tolonglah. 

Dato Menteri ke, Dato KSU ke, Dato Ketua Pengarah ke setuju. "Ok boleh. Idea yang bagus. Saya bawa pegawai saya sekali".

Apa bencana sangat? What is the danger? Takkan taukeh nak belanja bayar tambang for free? Taukeh swasta bukan jabatan kebajikan masyarakat. Dia bagi betis sebab dia nak peha. 

What is the bigger danger? Benda itu jadi ok pula. It is halal. 
Bukan haram, bukan berdosa, bukan salah, bukan jenayah.
Tak payah segan dah. Tak payah menyorok under the table.
Bagi terus saja across the table. 
 
MAQASID KETAMADUNAN SUDAH BERLAINAN
Its ok kalau nak masuk pintu belakang.