Sunday, November 17, 2024

TUGU JESUS CHRIST YANG TERTINGGI DI DUNIA (61 METER) DI MEDAN, SUMATERA

 


Sekali lagi Indonesia bukan saja membuktikan toleransi agama masyarakat mereka tetapi juga membuktikan toleransi Islam sebab  majoriti besar rakyat Indonesia ia itu 242 juta orang atau 87% daripada jumlah penduduk beragama Islam. 29 juta rakyat Indonesia ia itu 11% adalah Kristian. Sekurang-kurangnya di Indonesia Islam makin menjadi "religion of peace".

Selain daripada tugu Jesus Christ yang terbesar atau yang tertinggi di dunia yang telah didirikan di tebing Danau Toba di daerah Medan, Sumatera kedutaan besar Indonesia di Washington, Amerika Syarikat menarik perhatian dunia  apabila meletakkan patung dewi Hindu Saraswati di depan kedutaan itu (SEJAK TAHUN 2013).

 


Apa maksud yang sebenarnya di sebalik toleransi dan semangat 'co-existence' di kalangan masyarakat Indonesia? Jawapannya ialah masyarakat Indonesia amat berbangga dan rasa sangat selesa dengan sejarah dan warisan mereka yang begitu lama yang termasuk peradaban Hindu yang telah wujud di semua pulau dan penjuru nusantara sejak dua ribu tahun. Juga pengaruh agama Buddha yang tiba di Nusantara 1,500 tahun dulu. Kemudian ketibaan Islam kurang lebih pada abad ke-14 Masihi (800 tahun dulu) dan ketibaan Kristian dua ratus kemudian. 

Jelas sekali pengaruh yang paling besar pada budaya dan tradisi Nusantara adalah Hindu civilisation atau peradaban Hindu yang berasal dari benua India. 

Antara kerajaan Hindu di Nusantara adalah Kutai di Kalimantan Timur (abad ke-empat Masihi), Tarumanagara di Jawa Barat (5th century BC), Kalinga (7th century BC), Mataram (8th century AD), Sailendra (8th century BC ??) dan Majapahit di Jawa (13th century AD). 

Empayar Sri Vijaya (7th century AD) pula adalah kerajaan Buddhist yang bertapak di Sumatera (Samudera). 


Jelas sekali Indonesia adalah sebuah negara dan masyarakat yang amat kaya sejarah mereka. 

Dan masyarakat Indonesia sangat menghargai dan mengingati warisan  mereka. Syarikat penerbangan Indonesia diberi nama Garuda, lambang negara Indonesia diberi nama Garuda Pancasila. Slogan negara Indonesia menyebut Bhinneka Tunggal Ika bermaksud 'berbeza tapi Tetap Bersatu juga'.  

Sumatera (samudera), Nusantara, Garuda, Panca Sila, Bhinneka Tunggal Ika semuanya mencerminkan pengaruh bahasa, budaya, tradisi India dan Hindu di Nusantara sejak 2000 tahun atau lebih. Juga pengaruh agama Buddha, Islam dan Kristian.

Masyarakat Indonesia moden dengan segala kepelbagaian mereka (bahasa dan agama) selesa menerima sejarah mereka. 

Kita boleh menukar nama sesuatu tempat atau tukar nama jalan tetapi kita tidak boleh menukar sejarah tempat itu atau menukar sejarah sesiapa pun.