Friday, January 24, 2025

2024 CHINA EKSPOT 500,000 TAN DURIAN. LADANG DURIAN THAILAND, VIETNAM BANKRAP

Tuan-tuan ingat tak kes orang kaya elit mahu rampas tanah durian yang diusaha oleh orang Cina? Yang latest pula sebahagian tanah yang mereka mahu rampas itu "diagih-agih" kepada orang yang terpilih pula.  Seorang makcik itu tunjuk geran dia dapat dua ekar tanah.  Cantiknya. Orang lain tanam pokok durian tapi orang lain pula sapu tanah itu.
 
Anyway apa sebab orang kaya elit itu boleh 'terlepas' tanah itu? Jawapannya ialah the durian export market has crashed. Orang kaya elit itu punya tamak haloba mereka nak ekspot durian ke negara China. Tetapi di China pula, di Pulau Hainan dan kawasan Kunming, mereka telah menanam berjuta ekar pokok durian kebanyakkannya jenis Musang King.  Sejak 2023-2024 ladang durian di negara China sudah mula hasilkan buah yang lumayan. Maka China sudah kurangkan impot buah durian terutama sekali dari Vietnam dan Thailand. Harga impot buah durian pun jatuh merudum, kebun durian Thailand dan Vietnam hampir bankrap. Industri ekspot durian ke negara China makin terjejas. Maka rancangan rampas kebun durian usaha tanam orang lain pun terpaksa di tunda. Karma sudah berpusing satu round.  
 
Jadi soalannya makcik yang dapat dua ekar tanah durian itu nak buat apa dengan tanah itu? Sebelum ini orang Cina yang usahakan kebun itu kerja 24/7 jaga kebun mereka. Pagi sampai petang mereka potong rumput dan lalang, siram pokok durian, belanja beribu Ringgit pasang pam air dan paip air, bubuh baja, cantas dahan kering dan pelbagai kerja kebun. Sebab itulah hasil mereka lumayan dan kawasan mereka famous dengan jualan buah durian. Saya nak tanya lah - habis makcik yang dapat tanah dua ekar itu boleh sambung buat kerja kebun ke? Atau dia pajak saja pada orang lain? Pajak balik kepada orang Cina yang sama? Boleh lah kutip sewa free - tak payah kerja pun. Asal malas, kembali malas.  

Anyway di sini ada video singkat yang jelaskan keadaan pasaran durian di negara China, Thailand dan Vietnam.