Tuesday, March 4, 2025

MALU APA BOSSKU 2.0 - PARTI YANG MALUKAN BANGSA MELAYU, MALUKAN ORANG ISLAM

Rupanya Kluster Mahkamah sedang berkembang. Apakah 'recruit' baru akan pakai baju warna oren atau akan dibenarkan pakai baju kot dan tali leher bila masuk mahkamah?

Dulu bila ex-perdana menteri parti mereka curi duit rakyat berbillion Ringgit mereka kata 'Malu apa Bossku?'

Sekarang seorang lagi ex-perdana menteri parti mereka juga disyakki terlibat rasuah beratus juta Ringgit.  Patut mereka buat slogan baru 'Malu apa Bossku 2.0'.

Kalau di negara Jepun, kesemua pimpinan parti mereka akan membunuh diri seppuku dan hara kiri untuk tebus maruah parti mereka. 


 

Tetapi malangnya 'malu' dan 'maruah' itu tidak pernah diajar di bangku sekolah ataupun oleh kaum lebai. Malu dan maruah itu memang satu komoditi yang yilek atau tidak termasuk dalam worldview mereka. 

Amanah rakyat yang mereka konon-nya berebut-rebut untuk memikulnya sebenarnya dipijak-pijak dan diludahkan oleh mereka juga. Mereka merebut amanah rakyat untuk menipu dan mencuri dana awam. Menurut seorang kenalan saya wanita muda yang terlibat yang sekarang sudah lari ke London itu mempunyai 'her best asset is her mouth'.  Sebab itulah kawan tu boleh koma terus di hospital.

Pelbagai teori konspirasi pun muncul kenapa mereka boleh tiba-tiba simpan begitu banyak wang tunai dan ketulan emas di rumah 'safehouse' ke apa.  Konspirasi ke tak konspirasi ke duit yang beratus juta Ringgit itu mana mari? Konspirasi ke bukan konspirasi ke duit itu duit curi juga. Duit yang bukan halal.  Kalau ikut ISIS dia kerat tangan saja. Di negeri China lagi mudah - mereka tembak mati orang yang curi dana awam.

Duit beratus juta (dulu berbillion Ringgit)  yang mereka curi adalah dana awam. Duit itu boleh dibelanjakan untuk membuat jalan, pasang paip air, membina sekolah, universiti, dana biasiswa, hospital, tambah bekalan ubat di hospital, beli mesin dialysis, respirator dan alat pembedahan, membuka kawasan pertanian baru, kawasan industri baru dan macam-macam lagi. Duit itu boleh multiply dan beranak melahirkan pelbagai kemajuan, pembangunan, kebajikan masyarakat dan kegiatan ekonomi dalam negara kita. 

Tetapi semua duit berbillion dan beratus juta itu di curi oleh ex-perdana menteri dan konco-konco mereka dan disimpan dalam bilik dan peti besi mereka. 

Mereka beli berpuluh biji jam tangan mewah (sebiji saja beratus ribu ringgit), jongkong emas berkilo-kilo, jewellery mahal gila - semuanya dengan dana awam yang di curi.

Lepas itu mereka boleh pakai songkok dan ketayap dan pergi sembahyang di masjid. Mereka boleh naik haji di Mekah, bergambar tadah tangan depan Kaabah dan pelbagai lakonan lagi. 

Malang sekali penyokong yang dhaif masih boleh jilat. Itulah kelebihan mereka yang sebenarnya - mereka pandai mengenal dan merapatkan diri dengan kaum yang dhaif. Lebih susah bagi mereka 'makan' orang yang intelligent dan berakal sikit. Sedih sekali masyarakat kita masih mempunyai ramai orang yang dhaif. Orang yang tidak boleh fikir atau bezakan yang betul daripada yang salah. 

Pencuri Dato Seri ada, pencuri Tan Sri pun ramai. Pencuri jadi hero. 

Lepas itu mereka sensitif bila orang lain meludah mereka.