Monday, September 8, 2025

"Saya bukan pengkhianat" kata Hamzah

 



Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin menegaskan dia bukan pengkhianat kepada kepimpinan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dalam parti itu.

Berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu, Hamzah berkata dia adalah penyokong utama kepada Muhyiddin dalam memimpin parti.

Hamzah menegaskan dia akan terus bersama Muhyiddin dan Bersatu akan menjadi parti terakhirnya sampai mati.

"Saya nak sampaikan Tan Sri, percaya pada kami...kami di sini sayangkan Tan Sri, kami di sini sayangkan parti. Kalau nak pecatpun, parti mana lagi saya nak pergi, cukup ini parti terakhir saya.
ADS

"Percayalah, saya telah berkorban untuk parti ini, macam-macam saya telah lakukan...saya lakukan ini ikhlas. Saya lakukan untuk presiden kita. Jadi, janganlah hari ini anggap kita ini kumpulan pengkhianat.

"Saya nak maklumkan saya bukan pengkhianat, tapi saya seorang sahabat duduk di tepi presiden, ada kepada presiden, orang suruhan kepada presiden, tiada lebih daripada itu," katanya ketika berucap.

Malam tadi, kekecohan tercetus apabila Muhyiddin ketika menyampaikan ucapannya mendakwa wujud komplot untuk mengumpul tandatangan bagi menyingkirkannya.

Ucapan Muhyiddin itu disambut dengan jeritan “tidak benar " dan "Turun Tan Sri!”, sebelum dibalas dengan laungan “Hidup Tan Sri!” dari kumpulan lain.

Beberapa hari sebelum itu tular penyebaran surat layang yang memburukkan Hamzah dan mengaitkannya sebagai "broker" dalam parti itu.

‘Jangan dengar cucuk mencucuk’

Sementara itu, Hamzah berkata kekecohan yang berlaku semalam adalah perkara kecil dan ia tidak menjejaskan parti itu.

Timbalan presiden Bersatu itu juga membidas pihak yang suka "mencucuk" dalam parti bagi menimbulkan pergesaran dan suasana tidak harmoni.

"Sir believe me, im your man...jangan dengar cucuk mencucuk.

"Masalah kita hari ini adalah kerana ada orang yang belum tahu apa-apa cucuk...yang belum tahu apa-apa yang sebenarnya cucuk, yang belum tahu jantan betina cucuk, yang belum tahu depan belakang cucuk, ini bukan budaya kita," tegas Hamzah.

 

My Comments:

Saya telah mengubah pandangan saya sedikit. Lebih daripada 25 tahun yang lalu, saya pernah berkata bahawa kita harus hadkan tempoh perdana menteri kepada hanya dua penggal. Saya menulisnya dalam ruangan akhbar saya di Berita Minggu ketika itu. Pihak media telah bertanya kepada Dato Mustapha Mohamed (pada waktu itu Ketua Penerangan Umno) untuk memberi komen mengenai cadangan tersebut dan beliau berkata bahawa ia tidak termasuk dalam pertimbangan kerajaan pada waktu itu. Ia bukan keutamaan. Not a priority. Sekarang 25 tahun pun sudah berlalu. Pandangan saya sejak itu telah berubah sedikit. Kita mesti mengehadkan tempoh perdana menteri kepada hanya dua penggal tetapi setiap penggal mesti berlangsung selama EMPAT TAHUN sahaja dan bukannya lima tahun. Style Amerika. Dengan cara ini, pemimpin yang gagal seperti Joseph Biden boleh digantikan dengan pemimpin yang lebih mampu. Dan pemimpin yang sangat berbahaya seperti Barack Obama boleh dibataskan kepada tempoh maksimum lapan tahun sahaja.

Merujuk berita di atas, saya telah mengenali Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak sekian lama. Negara mengenalinya sebagai seorang yang baik. Tiada kontroversi. Memang beliau mainkan watak seorang bapa. Bagi saya, sungguh bodoh dan biadap soalan yang ditanya kepadanya suatu ketika dulu, 'Are you a Malay or a Malaysian first'? Sama ada beliau seorang Melayu dahulu atau seorang rakyat Malaysia dahulu. 70 tahun dulu, soalan itu tidak akan timbul pun kerana pada waktu itu tiada Malaysia. 70 tahun dulu, jika anda tanya seorang Cina, "Lu siapa?" dia akan jawab, "Saya Cina." 

Hari ini, Menteri Kewangan India, Nirmala Sitharaman (yang berbangsa Tamil) menghadapi soalan yang sama oleh ahli-ahli Parlimen lain di Delhi, "Adakah anda seorang Tamil dahulu atau seorang India dahulu?" Orang Tamil di Tamil Nadu semakin lantang mempertahankan bahasa dan identiti Tamil mereka. Kerajaan negeri Tamil Nadu yang sekarang juga dipimpin oleh ideologi ateis yang mendapat sokongan kuat di negeri itu. Hinduisme bukanlah keutamaan bagi mereka. Mereka makin jauh daripada dasar pro-Hindu parti pemerintah BJP yang semakin mendalam.

Kembali kepada Tan Sri Muhyiddin, seorang penyokong kuat di sisinya adalah isterinya yang kurang dikenali ramai (Puan Sri maintain low profile). Puan Sri menjaga baik rumah tangga dan menjadi tulang belakang keluarga mereka. Tiada kontroversi, tiada sebarang desas-desus - just a housewife dan isteri yang setia.

Tan Sri Muhyiddin telah berkhidmat dengan baik kepada parti dan beliau juga pernah menjadi perdana menteri Malaysia yang ke-8. Nasihat ikhlas saya kepada Tan Sri adalah untuk memberi laluan kepada barisan pimpinan yang seterusnya. Kita perlu terus menyegarkan kepimpinan parti dan negara dengan darah baru, pemikiran baru dan wajah-wajah baru. Dan ini adalah perkara yang agak urgent. 

Sejak 2020 Dato Seri Hamzah Zainuddin telah pun proven sebagai pemimpin parti dan naib yang setia kepada presiden yang  bekerja keras untuk menjayakan parti. Track record Dato Hamzah memang sudah proven. Tambah lagi Dato Seri Hamzah dicalonkan sebulat suara oleh parti PN sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen - dan kita lihat Dato Hamzah mudah menguasai isu-isu dan perdebatan yang timbul di Parlimen.  Tugas dan tanggungjawab Dato Hamzah dalam parti dan di Parlimen sudah jauh melebihi sebarang watak "broker".

Bottomline bukan saja parti Bersatu tetapi semua parti politik dalam negara kita dan pimpinan kerajaan perlu senantiasa berubah dan bertukar. Change must be a constant.

Yang lebih penting adalah pertukaran dasar. Saya rasa pelik dan hairan sebab dasar-dasar Dr Mahathir sejak tahun 1980an yang dikutuk dan dimaki sebagai mahazalim, mahafiraun dan mahakaya sekarang dilanjutkan lagi. Nasib baik Dr Mahathir tidak terlibat mahaliwat. 

Kalau tidak ada perubahan drastik dalam dasar kerajaan dan dasar-dasar ekonomi negara percayalah kesemua perdana menteri akan gagal. Ini saya boleh jamin 100%. The fatal wound has already been inflicted. Negara kita sudah lama kena pukulan maut. Kita sudah dalam sakratul maut.